Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan

Salam Sejahtera,

Hari ini aku nak berkongsi 3 cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan. Tidak perlu aku terangkan apa itu ranking alexa. Banyak blogger telah menulis berkaitan dengan alexa ini.  Apa yang aku nak kongsikan di sini hasil pemerhatian aku pada blog ini.

Selepas blog ini aku tidak kemaskini bermula dari bulan Januari lepas sehingga April.Dan akibatnya ranking alexa pun agak teruk. Yang sememangnya dah teruk he..he..he.. Bulan April aku cuma update sekali sahaja. Dan pada bulan Mei aku kembali bangkit untuk menulis artikel. Oleh kerana pada bulan Mei dan Jun ada banyak cuti. Jadi aktiviti blogging kira agak aktif sikit.

Pada awal september semangat kembali pulih dan target utama aku ialah untuk menurunkan ranking alexa dari 15 Juta dan mengurangkan sekurang-kurangnya di bawah 1 juta. Sasaran ini sebenarnya paling tidak pun aku boleh capai penghujung tahun 2014. Untuk ranking alexa Malaysia pula sasaran aku ialah bawah 3 ribu.

Ini adalah ranking Alexa terkini blog wiramerah.com.

cara-meningkatkan-rangking-alexa

Ini adalah ranking pada 20 September. Bermakna belum cukup sebulan. Walaupun bagi sesetengah orang mungkin perkara ini tidak penting. Tapi bagi aku ia adalah salah satu cara bagi meningkatkan dan memotivasikan diri untuk terus berblog. Bukan hanya wang ringgit, apa sahaja sasaran yang kita target jika tercapai kita akan berpuas hati. Walaupun kejayaan itu cuma kejayaan yang kecil.Ingat sebelum kita mencapai kejayaan yang lebih besar, kejayaan-kejayaan kecil ini adalah merupakan perintis yang akan membawa kita menuju puncak.

3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa

Sebenarnya tiada rahsia. Apa yang aku lakukan ini adalah cadangan dari blogger-blogger senior. Cuma aku ambil sedikit dari cara yang diberikan. Nak ambil semua cara meningkatkan ranking alexa nanti tak larat pula nak ikut.

1. Kemaskini blog.

Ini adalah perkaran pertama yang aku lakukan. Aku cuba kemaskini blog aku secara konsisten. Paling tidak pun selalang sehaari aku kemaskini. Aktiviti kemaskini blog ini bukan sahaja alexa yang suka, tapi google pun suka. Kesan dari tidak kemaskini blog hari tu blog ini telah berada di ranking yang sangat jauh.

Syukur, setelah lebih 2 minggu, ranking alexa semakin baik. Jika aku kemaskini blog ini secara konsisten sejak ia di tubuhkan. Aku yakin ranking alexa akan lebih baik dari ini. Tiada guna menyesal pekara dah jadi. Ini satu peringatan buat aku sendiri, ingat kemaskini, kemaskini, kemaskini..

2. Pasang toolbar alexa

Cara meningkatkan ranking alexa kedua yang aku lakukan ialah memasang toolbar pada browser chrome. Pada asalnya aku mengguna browser safari. Tapi malangnya pihak alexa tidak menyediakan toolbar untuk browser safari. Jadi terpaksa aku beralih arah menjadi pengguna chrome.

Jika anda belum memasang toolbar ini sila download di sini untuk meningkatkan rangking alexa blog anda.

3. Blogwalking

Blogwalking . Aku pun sebenarnya tidak berapa pasti, tapi inilah yang aku lakukan. Dan aku lihat perubahan ranking alexa blog aku setiap hari. Memang berlakunya perubahan pada ranking alexa blog aku. Aktiviti blogwalking ini antara aktiviti yang wajib di lakukan sekiranya anda ingin menjalinkan hubungan sesama blogger.

Jika anda membuat blog niche dan anda pakar SEO. Dan 100% pengunjung blog anda dari search engine, abaikan teknik ini. Dan ada juga sebenarnya tidak memerlukan sangat ranking alexa ini.

Kesimpulan

Ranking alexa ini bukanlah merupakan perkara utama, ia cuma satu penanda aras dan memungkinkan blog anda mempunyai nilai yang tinggi di mata pengiklan. Jadi penting atau tidak ranking alexa ini adalah bergantung kepada tujuan anda membina blog.

Dan apa yang aku lakukan ini adalah cara ke-4 untuk aku meningkatkan lagi ranking alexa blog. Cara keempat ini tidak perlu aku terangkan. Pandai-pandai kau orang teka.

OK. Cukup 3 cara meningkatkan ranking alexa yang berkesan dan di amalkan oleh aku sepanjang bulan september ini.

Nak lepak kat blog denaihati untuk membuat tugasan kedua Cabaran Iphone 5s.

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen, supaya aku boleh menjejaki anda semula.

23 Comments

Add a Comment
  1. Thanks untuk perkongsian. Saya tengah berusaha nak turunkan dari 7 juta ni. Hehe.

    1. Teruskan usaha. Moga berjaya.

  2. Kena selalu upadate blog dan buat aktiviti BW, INSYA ALLAH, mengecil la tu Alexa rank tu. hehe
    ENTRI Bahrain ☛ Soalan Bocor Tapi Tak Cemerlang JugaMy Profile

  3. erm blog aku dah berapa juta tuh agaknya?? tak konsisten sangatlah..hehe
    ENTRI zik ☛ Keputusan terkini malaysia u23 vs saudi arab u23 21.09.2014 sukan asia incheonMy Profile

  4. Untuk poin 1, saya belum bisa update post berkala, keterbatasan waktu dan belum punya akses internet sendiri at home.
    Untuk poin 2, saya gak pernah pasang
    Poin 3, hal paling utama dalam blogging yang harus di lakukan, manakala saya pas ada waktu luang untuk akses internet.

    1. Kalau blm ada akses internet di rumah dan dapat berblog dengan baik,ini dah kira bagus.

  5. lagi satu…pasang widget alexa di blog…memang sangat membantu 🙂

    1. Widget aku tak pasang…hari tu pasang kejap je. Lepas tu buang balik kode tu.

  6. Yup..betul tu..3 cara ni kalau amalkan memang menjadi-jadi alexa tu..hehe
    ENTRI Hafizul ☛ Hutanglah Kamu Dengan BerhemahMy Profile

    1. Yup betul tu..aku tengah amalkan 3 cara ni. Tapi bab nak cari idea dan update blog ni agak mencabar bila idea tak de….

  7. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Ranking alexa blog aku sekarang memang ke laut… hehehe
    ENTRI Sobri Mansor ☛ Belajar Al-Quran Kaedah Al-Jabari ABAHATAMy Profile

  8. alexa ni berkait dengan trafik.

    so..pepandailah banyakkan trafik.

    Nanti alexa tu turun la.
    ENTRI titan ☛ Benda kalau dah SEDAP, mahal pun saya SANGGUP bayar.My Profile

  9. saya setuju dengan 3 tips ni. Memang banyak juga perubahan pada blog saya. dari 2 juta lebih kepada 500k lebih
    ENTRI ainun ☛ Dapat Surat Dari JepunMy Profile

    1. Ya, memang berkesan. Harap ia berkesan utk PR blog juga…

  10. Ilmu yang berguna bagi blogger baru seperti saya, terima kasih
    ENTRI Amirul ☛ Kisah Rasulullah Doa Langsai HutangMy Profile

    1. Sama2, aku pun masih setahun jagung…
      ENTRI Arman ☛ Pengalaman Bersama NetKL.comMy Profile

    2. Sama2, aku pun masih setahun jagung…
      ENTRI Arman ☛ Pengalaman Bersama NetKL.comMy Profile

  11. yang paling efektif memang kene update blog selalu. tu lagi elok untuk naikan ranking alexa 🙂
    ENTRI mohd rasul abu hanipah ☛ Rantau Eco Park Tarikan Terbaru Di Negeri SembilanMy Profile

    1. Sampai satu tahap nanti ia susah nak di turunkan dan perlukan kemaskini yg konsisten.

  12. banyak backlink berkualiti masuk cepat mencantikkan ranking alexa..tulis yang menarik ramai yang tertarik
    ENTRI Hero Borneo ☛ Pertandingan Borneo Bird Race 2014My Profile

    1. Tq…tgh berusaha lagi, kalau dapat menten pun ok.

  13. saya masih mencuba untuk mendapatkan ranking alexa, terima kasih di atas perkongsian maklumat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme