Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

5 Cara Mudah Membuat Blog Mesra SEO

Salam Sejahtera,

Sebagai blogger, menguasai asas-asas SEO adalah sangat penting untuk menarik lebih ramai pengunjung ke blog. Semakin ramai pengunjung yang mengunjungi blog kita semakin berjaya blog itu. Blog mesra seo akan lebih mudah untuk mendapatkan pengunjung.

Jumlah pengunjung blog yang semakin bertambah adalah merupakan petunjuk bahawa blog kita suatu hari nanti akan memberikan pulangan untuk kita. Jadi menarik pengunjung ke blog adalah sangat penting. Antara perkara yang perlu di titik beratkan dan wajib di pelajari adalah asas SEO.

blog mesra seo

5 cara mudah membuat blog mesra seo – Ihsan google image.

Sebenarnya ada banyak cara untuk menarik pengunjung ke blog kita. Antara caranya ialah dengan mempromosikan blog kita sama ada dengan cara berbayar atau percuma. Contohnya dengan berkongsi di media sosial (FB, Twitter, IG dan sebagainya) atau melakukan blogwalking. Aku pernah tulis artikel Mudahnya Blogwalking Dengan RSS Owl. Selain itu, jika ada modal boleh mengiklan blog di blog lain dengan menyewa ruangan iklan.

Jika kita menguasai asas SEO, blog kita akan lebih mudah untuk dijumpai di search enjin seperti google, yahoo dan bing. Dan cara ini adalah percuma.

Sekiranya blog kita mudah di jumpai dengan katakuunci yang di sasarkan, jumlah pengunjung blog kita akan lebih mudah meningkat. Jadi bagaimana cara mudah membuat blog mesra SEO.

Ada beberapa cara mudah membuat blog yang mesra seo. Biasanya trik mudah ini berkaitan dengan konten, katakunci serta rekabentuk blog tersebut. Selain itu juga mengubahsuai sedikit kod html atau php pada template atau theme blog.

Di sini aku akan kongsikan 5 cara mudah membuat blog mesra seo. Mari kita lihat satu persatu perkara asas ini.

  1. Menulis konten yang berkualiti.

Menulis konten yang berkualiti adalah asas pertama yang harus di kuasai oleh blogger. Konten yang berkualiti akan di utamakan oleh enjin carian. Kerana itu menulis konten yang berkualiti sangat mempengaruhi SEO blog yang akan dibangunkan.

  1. Tingkatkan keyword density  pada artikel.

Selain dari konten yang berkualiti, keyword density juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kedudukan artikel kita dalam enjin carian. Pastikan juga artikel yang di tulis panjangnya hendaklah minimal 500 patah perkataan.

Bagi blogger yang menggunakan platform wordpress boleh menggunakan plugin Yoast SEO untuk menetukan keyword density pada setiap artikel yang ditulis.

  1. Menggunakan sitemaps

Blog yang mempunyai sitemaps akan diberikan keutamaan oleh enjin carian. Jadi jangan abaikan sitemaps pada blog anda. Jika belum ada sila buat sekarang. Ada banyak plugin pada blog wordpress. Bagi pengguna blogspot juga ada banyak panduan yang di tulis blogger di luar sana bagaimana hendak membuat sitemaps pada blog anda.

  1. Tag header

Seperti apa yang aku faham, enjin carian juga mengutamakan artikel yang mempunyai tag header. Tag header juga mesti berada pada perenggan pertama dan kedua dalam artikel. Ini akan menambahkan lagi cinta enjin carian pada artikel yang kita tulis.

  1. Theme blog yang responsive atau mesra telefon pintar.

Cara mudah membuat blog mesra SEO ialah dengan menggunakan reka bentuk theme blog yang boleh di akses menggunakan telefon pintar atau dalam bahasa kampung di panggil sebagai ‘smartphone’. Oleh kerana zaman sekarang maklumat boleh di akses dimana-mana. Pemilihan theme yang responsive adalah sangat penting.

Jika ada mengabaikan cara terakhir ini, anda akan kehilangan pengunjung blog anda. Ini kerana kebanyakkan orang sekarang ini lebih cenderung untuk berinternet menggunakan telefon pintar. Jadi pengunjung blog kita tidak akan terhad kepada pengguna laptop atau komputer desktop sahaja.

Kesimpulan

Aku juga budak baru belajar, artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian ilmu dan aku masih cuba memparaktikkan ilmu ini untuk memajukan lagi blog ini. Semoga artikel 5 cara mudah membuat blog mesra SEO membantu anda untuk membina blog yang lebih ramai pengunjung.

Bagi yang ingin mempelajari ilmu SEO, anda boleh mendapat Kitab SEO dalam bahasa melayu yang di tulis oleh Ahmad Faizal atau nama penanya Titan.

HotDownload Kitab SEO sekarang.

Dengan memiliki e-buku Kitab SEO ini ia akan memudahkan lagi anda untuk mempelajari ilmu SEO jika anda serius untuk memplajarinya. Belajar dari yang pakar adalah lebih baik, daripada anda membuat eksperimen dengan tips SEO yang belum pasti berjaya.

23 Comments

Add a Comment
  1. Emm nampak mudah kan..tapi susah saya nak buat semua tu..
    ENTRI Panduan Exam ☛ Soalan Study Exam Penguasa Kastam W41My Profile

    1. Slow2 buat, aku pun masih byk benda nak belajar..

  2. kalau dah biasa buat semua tu, takde masalah dah..masalah cuma bila nak start tu je
    ENTRI reezluv ☛ Apa Perlu Buat Selepas Beli DSLR? – Part 2My Profile

    1. Memang betul nak mula tu yg masalah, satu lagi nak maintain…

  3. Huh makan masa jugak nak khatam benda alah nie ….
    thanks tips
    ENTRI WRizuan ☛ Kad Sim Altel berbaloi kah ?My Profile

    1. Blajar SEO ni mmg tak pernah khatam pun…

  4. Aku dah bertukar-tuar blog.. tapi masih kosong bab seo..hu

    1. Belajar lagi, nak senang belajar dapatkan kitab seo merah jambu…

  5. kena buat. kena rajin. barulah leh faham.
    ENTRI titan ☛ Setiap orang ada peluang masing-masingMy Profile

    1. Bab rajin ni, nak maintain rajin tu yg rasa payah sikit….

  6. saya juga baru belajar bro!
    ENTRI Hero Borneo ☛ Portal Ilmu Medium Promosi EbookMy Profile

    1. Teruskan belajar bro…

  7. Insya Allah akan cuba belajar step by step.
    Sedang usaha untuk jadi lebih baik dalam SEO ni.
    ENTRI mmodridzwan ☛ Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu JuaMy Profile

    1. Akupun masih belajar bro.Sekarang aku byk beri perhatian dgn onpage seo.Lepas ni nak beri perhatian dgn offpage seo pula. Kerana ia bagi aku lebih sukar dibandingkan dgn onpage seo.

  8. Banyak lagi yang perlu saya pelajari. Terima kasih bro berkongsi info yang terbaik ini. Saya akan praktikkan di blog saya. Insya Allah bro…
    ENTRI Kamil Salleh ☛ Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di FacebookMy Profile

    1. Sama2. Akupun banyak yg dipelajari ini.

  9. Salam tn admin..gd info tq..sy br nk belajar 🙂
    ENTRI rozy saleh ☛ Nutrisi Yang Hebat: Kluang Oh Kluang!My Profile

  10. bagus kupasan yg ringkas dan padat..
    ENTRI ISMAIL AHMAD ☛ Komisen Dari Affiliate AshadeeMy Profile

  11. Tq bro.. Leh cuba implement kat blog saya nie…
    ENTRI kamal ☛ RESEPI UDANG GORENG MENTEGA SEDAP.My Profile

  12. kalau masalah theme saya sebelumnya guna Iconic one, tapi sekarang saya guna theme seperti blog wiramerah ini, yang sedikit saya redesign

  13. Salam tuan, tq untuk info ni, akan try carigali lagi untuk betul-betul faham..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme