Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

5 Sebab Pengunjung Blog Berkurang

5 Sebab Pengunjung Blog Berkurang | Salam Sejahtera,

Pengunjung blog atau lebih di kenali sebagai traffik blog adalah sangat penting bagi sesebuah blog. Tanpa pengunjung, blog kita akan mati. Dengan adanya pengunjung blog yang ramai, kita akan menjadi lebih bersemangat untuk berblogging.

Namun, kita harus ingat. Pengunjung blog kita tidak semestinya banyak seperti biasa. Dan ada juga yang mengalami penurunan jumlah pengunjung yang sangat ramai dari hari-hari sebelumnya. Peningkatan dan penurunan pengunjung blog juga berkait rapat dengan ranking alexa blog.

HotPanduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita!
Sebab Pengunjung Blog Berkurang

5 Sebab Pengunjung Blog Berkurang

Kenapa perkara ini terjadi ? Kenapa pengunjung blog kita dari jumlah pengunjung yang luar biasa banyaknya menjadi biasa-biasa sahaja. Pendek kata jumlah pengunjung blog kita semakin sedikit. Pengunjung semakin berkurang bukan isu kecil bagi blogger yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Jadi perkara ini harus di tangani. Jadi apakah penyebabnya?

5 Sebab Pengunjung Blog Berkurang

  • Tidak konsisten dalam membuat artikel

Perkara pertama yang perlu ambil perhatian ialah artikel blog. Sebagai seorang blogger yang mementingkan pengunjung kekerapan membuat artikel baru hendaklah konsisten. Pastikan pengunjung blog sentiasa di hidangkan dengan artikel yang baru. Terpulang kepada anda sama ada membuat artikel setiap hari, 1 kali sehari, 3 kali seminggu atau 1 kali seminggu. Apa yang penting mesti konsisten.

Apa yang sering kita abaikan ialah penjadualan membuat artikel. Aku sendiri akui, masih lagi lemah dalam pengurusan artikel blog. Dan perkara ini harus di perbaiki supaya blog kita akan sentiasa bertambah pengunjung. Dalam membuat artikel, kualiti artikel juga harus di ambil kira. Bukan artikel yang hanya kopi pes.

  • Kerap menukar templete / theme blog

Penyebab kedua yang aku rasa ialah kerap menukat templete / theme blog. Proses pemilihan theme blog amat penting. Ini kerana jika theme blog yang di pilih tidak tepat, kita akan sering menukar templete. Dan akhirnya blog kita tiada identiti.

Antara kesan dari kerap menukar templete blog ialah dari segi kekuatan SEO. Tidak semua templete mesra SEO. Jika kita kerap menukar templete blog. Ia akan menganggu terutamanya on page SEO blog. Semasa mula-mula membina blog pemilihan theme adalah sangat penting.

Ada blogger yang sudah menjadi hobi menukar-nukar templete blog. Jika perkara ini terlalu kerap di lakukan ia akan menyebabkan pengunjung blog berkurangan.

  • Banyak backlink yang mengarut

Ini lagi satu penyakit yang menyebabkan pengunjung blog tidak suka lama berada di blog kita. Terlalu banyak link atau backlink yang mengarut. Memang betul dengan adanya backlink ia bagus untuk SEO. Tapi jika backlink terlalu banyak dan tidak berkaitan ia akan di anggap SPAM oleh google. Jika ia di anggap SPAM berkemungkinan blog kita di kenakan penalti. Jika di kenakan penalti memang agak sukar blog kita untuk berada di serp terbaik google. Jadi ini akan merugikan. Jadi pastikan untuk membuat backlink. Pastikan backlink yang di buat adalah releven dan bukannya backlink yang mengarut.

  • Terlalu banyak Iklan

Iklan. Memang tidak dinafikan. Ada blogger yang mencari pendapatan dengan memasang pelbagai jenis iklan. Jika terlalu banyak iklan juga akan menyebabkan pengunjung rimas dan sesak nafas untuk berada lama di blog kita.

Belum lagi iklan yang terbang dan melayang-layang hingga sukar untuk kita fokus dengan isi artikel yang hendak di sampaikan. Ada antaranya meletakkan iklan yang pelbagai jenis dalam satu blog. Iklan nuffnang, iklan adsense, iklan affiliate dan bermacam-macam lagi. Tahukah anda ! Iklan yang terlalu banyak ini menyebabkan pengunjung blog anda benci untuk singgah kembali keblog anda.

Sebaiknya ialah fokus satu satu dua jenis model bisness internet untuk satu blog. Contohnya kita nak buat blog untuk affliate dan PPC nuffnang. Pastikan iklan jenis ini sahaja yang berada di blog kita. Jika nak buat amazon, bina satu lagi blog khas untuk amazon.

  • Loading Blog Lambat

Semua orang nak cepat, jadi loading blog juga haruslah cepat. Kita harus faham. Tahap kelajuan internet di Malaysia masih lagi tahap yang sederhana. Jadi loading blog sangat penting. Pastikan blog boleh di loading sepenuhnya kurang dari 10 saat paling lama. 10 saat ni pun sebenarnya dah di kira lama untuk laoding penuh. Jika boleh dalam masa 5 saat.

Kebanyakan pengunjung terus meninggalkan blog kita atau tidak mahu lagi berkunjung ke blog kita adalah kerana masa loading blog lambat. Bila lambat mereka akan cepat-cepat klik butang ‘X’ close. kan dah rugi.

Anda boleh cari sendiri tips-tips melajukan loading blog di google. Banyak blogger berkongsi pengalaman dan tips melajukan loading blog.

Bagaimana dengan blog ini. Ada masalah loading lambat atau tidak. Jika ada tinggalkan komen anda supaya dapat aku perbetulkan masalah loading ini.

Kesimpulan

Dari 5 sebab pengunjung blog berkurang yang di senaraikan tadi. Terdapat lagi lagi beberapa sebab lain. Jika anda ada tambahan bolehlah di tambah diruangan komen. Semoga artikel ini bermanfaat untuk kita meningkatkan lagi jumlah pengunjung blog kita. Ini keran pengunjung blog ini umpama aset yang sangat bernilai yang perlu kita jaga supaya ia tidak meninggalkan kita.

Jika mereka meninggalkan blog kita, dan tidak kembali. Ia merupakan satu kerugian yang agak besar. Terutama jika blog adala merupakan sumber pendapatan anda.

Mungkin anda ada pengalaman lain dengan pengunjung blog anda. Kongsikan di sini. Jangan malu jangan segan. Untuk bacaan lanjut anda boleh baca ” Kenapa Pengunjung Blog Saya Berkurang Atau Tidak Stabil “.

27 Comments

Add a Comment
  1. point menukar template tu aku setuju..awal bulan hari tu aku tukar wajah baru..memang terasa pageview jatuh mendadak..tapi nasib baik UV tak jatuh teruk sangat…kini dah hampir sebulan baru dapat balik pageview lama..tapi UV meningkat sikit dari yang dulu
    ENTRI blogger lelaki ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

    1. Dengar cerita selalu sangat tukar templete pun boleh menyebabkan blog kena banned oleh google. Tak tahu setakat mana kebenaran. kalau adapun mungkin kes terpencil.
      ENTRI Wira Merah ☛ Cabaran Terakhir iPhone 5sMy Profile

  2. rajin-rajinla promosi.

    baru la ada orang nak datang.
    ENTRI titan ☛ Komisen ke 31 dari Ashadee.comMy Profile

  3. so far, trafik agak konsisten… boleh la…. jarang gak update, so x harap sangat la trafik tinggi…
    ENTRI Alongxp ☛ Macam mana nak jual ebook?My Profile

    1. Apa rahsia bro, lama tak update trafic konsisten…

  4. Sekarang ni berusaha keras nak tarik viewers dengan berblogging dan berblogwalking
    ENTRI Noriza Rahman ☛ Kenapa Saya Kagumi Blogger ni!My Profile

    1. Semoga berjaya dapat pengunjung yg berkualiti…

  5. Ooo gitu caranya… Napok gaya kena buat skedul artikel lepas ni.. Hehehe..

  6. setuju sangat part tak konsisten tu. ramai blogger tak guna SEO, tapi sebab konsisten, entry menarik, banyak traffic dia
    ENTRI Suriya ☛ Seminar Pemasaran Internet: Khas iReachMy Profile

    1. Kalau menguasai SEO dan keyword lagi bagus…

  7. thumb up artikal 🙂
    ENTRI Pahan ☛ Erti Satu PersahabatanMy Profile

  8. kalau saya lebih ke pada poin satu mas Tidak konsisten dalam membuat artikel, di sebabkan kerana kendala masalah koneksi internet yang belum punyai sendiri

    1. Hebat mas rizkin. Blm ada koneksi Internet sendiri sudah bisa jadi blogger yang berjaya.

  9. Suuuka sgt artikel ni.walaupun pengunjung blog AA sangat sedikit tp lama kelamaan akan bnyk jugak dgn update artikel consistently.tq wiramerah.AA bagi 4 bintang!
    ENTRI Aishah Ahmad ☛ Di mana AA?My Profile

    1. Konsisten dan rajin blogwalking. Gerenti bertambah2 pengunjung blog nanti. Tapi kalau mahir SEO lagi bagus.
      ENTRI Wira Merah ☛ Cabaran Terakhir iPhone 5sMy Profile

  10. OO tukar template pun ada kena mengena jugak ke rupanya

  11. tajuk entri kasi kaw-kaw punya dan selari dengan isu yang menjadi carian utama..
    ENTRI Hero Borneo ☛ 3 Blogger Terbaik Menjadi HeroMy Profile

  12. trafik ni nak naik payah, nak jatuh terjunam mudah je…

    1. Betul tu suriya. Yg penting dapat menten..

  13. saya semua di atas
    patutlah trafik kurang hehehe
    ENTRI AUC ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  14. ya..memang ada logik juga tu..terima kasih kerana berkongsikan info ini

    1. Selamat kembali kakiblog…gegarkan dunia blogging dengan kaki blog.

  15. jangankan berkurang mas,,wong blog saya masih baru hehehe
    ENTRI luki ☛ Membuat Email Di Gmail:Google TerbaruMy Profile

  16. betul tu.. selaluntukae template boleh effect pd seo. risau betul bab ni lagi2 bila tgh join contest berkaitan seo. hehe

    terima kasih kongsi. sudi2 jenguk blog saya
    ENTRI nurmisnan ☛ Minyak herba asmak wajib ada disetiap rumah andaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme