Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus

Salam Sejahtera,

Semoga pembaca dan pengunjung blog wiramerah di murahkan rezeki dan di panjangkan umur. Selamat Hari Malaysia yang ke 51. Bersyukur kerana kita hidup di Malaysia negara yang kaya dan aman damai. Apa yang aku nak kongsikan hari ini ialah berkaitan dengan SmartPhone. Kerapkali aku diajukan soalan ‘apakah tips memilih SmartPhone / HandPhone yang bagus?’

Aku bukan pakar SmartPhone seperti blogger amanz. Dan siapalah aku untuk bercakap tentang SmartPhone sedangkan aku hidup di pedalaman pada tanggapan orang ketinggalan dari apa segi perkembangan pun.

Dari pertanyaan oleh rakan-rakan itu, ‘Apakah tips memilih SmartPhone yang bagus?’ jawapan yang aku selalu berikan ialah semuanya bagus. Terpulang pada invidu yang memiliki SmartPhone itu. Jika anda cuma menggunakan handphone hanya untuk membuat panggilan, menerima panggilan, menghantar sms dan menerima sms handphone Nokia 3310 adalah terbaik. Jadi jangan bandingkan terbaik dari pandangan orang lain. Sama macam kita piliih isteri he..he..he..ikut selera sendiri.

tips-memilih-smartphone

HotRahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

5 Tips Memilih SmartPhone

Mari kita bincangkan bebera tips memilih SmartPhone atau HandPhone terbaik untuk kita sendiri.

1. Keperluan

Tips memilih SmartPhone pertama. apa yang perlu kita tekankan ialah untuk apa kita beli SmartPhone. Adakah ia satu keperluan atau cuma untuk menunjuk-nunjuk atau kita terikut-ikut dengan rentak perkembangan teknologi. Bila keluar yang baru nak tukar smartphone.

Untuk apa kita beli ? Ada pelbagai alasan orang nak beli, ada yang nak guna untuk online, main game 3D, untuk bisnes online, untuk berblog, selain dari penggunaan asas smartphone itu sendiri.Jika anda minat dengan kepantasan dan perlu menggunakan banyak applikasi untuk kegunaan anda seharian pilihlah yang sesuai dengan keperluan anda.

Jika keperluan anda untuk penggunaan yang asas sahaja, cukuplah menggunakan yang biasa-biasa juga. Jadi itulah yang terbaik untuk anda. Jangan bandingkan dengan orang lain. Kerana setiap orang lain keperluannya dan lain seleranya.

2. Kemampuan

Tanya diri sendiri, Mampukah aku ? Tidak rugi ke nak beli SmartPhone mahal tapi anak kelaparan di rumah ? Bila mak bapa nak minta duit kat kampung cakap tak ade duit. Tapi guna smartphone mahal-mahal. Kecil hati mak bapa kita. Dosa tau.

Jika anda mampu nak beli smartphone mahal belilah. Jika tak mampu belilah ikut kemampuan. Itulah yang terbaik bagi kamu. Jangan bandingkan dengan orang lain. Nanti diri sendiri yang merana.

iphone-5s-impian-blogger

iPhone 5S Gajet Impian Blogger

3. Spesifikasi

Jangan risau, sekarang banyak SmartPhone yang spesifikasi tinggi tapi harga cukup berpatutan. Pilihan di tangan anda. Pilih SmartPhone bandingkan harga, spesifikasi seperti prosessors, RAM, ROM, ada slot SD ada atau tidak, berapa inci besar, berapa kepadatan pixel per inchi, ketahanan bateri (mAH), Kamera depan dan belakang berapa MP, jadi lain-lain lagi yang anda rasa perlu untuk di ketahui. Ini bagi mengelakkan anda tertipu.

4. Jenama

Bagi aku jenama bukan ukuran yang tepat untuk menentukan bagus atau tidak SmartPhone yang kita guna. Jenama ini cuma kerana kita minat, dan ada yang sampai nak bergaduh mempertahankan jenama yang mereka minat.Yang sorang kata samsung bagus, sorang lagi kata lenovo bagus, sorang lagi kata Apple yang bagus. Macam-macam.

Jadi nak pilih smartphone jangan pilih jenama sangat. Dulu aku guna samsung S Advance (smartphone pertama) dan rosak aku beli yang baru sekarang, aku guna Lenovo Vibe X. Harga murah tapi spesifikasi tinggi.

5. Buat Kajian

Tips memilih smartphone yang kelima. Buat kajian. Luangkan sedikit masa untuk membuat kajian mengenai smartphone yang hendak dibeli. Jangan main hentam sahaja. Bandingkan dan cari yang terbaik untuk diri anda.

Mana nak buat kajian ? Ada banyak sumber kita mencari maklumat, cari kat google, forum, laman web jualan seperti lazada.com.my, mudah.my dan lelong.com.my. Kat facebook banyak yang berkongsi maklumat. Kalau ada duit lebih sikit boleh beli majalah berkaitan smartphone. Atau anda boleh bertanya di kedai-kedai yang menjual smartphone.

Kesimpulan

Dah habis baca 5 tips memilih smartphone yang bagus, terima kasih banyak kerana dapat khatam entri yang merapu lebih dari 500 patah perkataan ini. Entri standard SPM je he..he..he.

Jangan gaduh pasal smartphone mana yang bagus, mana yang terbaik. Jangan perli rakan-rakan yang tidak tukar handphone/smartphone. Sebab itu yang terbaik buat mereka.

Baca juga iPhone 5s gadjet impian setiap blogger 

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

25 Comments

Add a Comment
  1. Betul..tu.beli ikut kemampuan.jangan ikut nafsu.Handphone mahal xde guna klu hutang sana sini..

    1. Betul3x..ikut nada suara upin dan ipin…

  2. Antara elemen saya selalu perincikan ada spesifikasi dan harga.
    ENTRI akubiomed ☛ Percutian keluarga ke tempat menarik di MelakaMy Profile

    1. Yup, ini adalah dua elemen yg pentign utk menilai hp yg hendak dibeli. Byk pilihan…

  3. saya antara orang yang belum guna smartphone lagi..namun itu yang terbaik buat saya pada masa kini..
    ENTRI Hero Borneo ☛ Hari Malaysia adalah Nikmat MerdekaMy Profile

    1. Nanti menang iphone 5s satu hero borneo..

  4. asal leh tengok email..itupun dah cukup bagus dah bagi gua..
    ENTRI titan ☛ Teknik Sannin VS Blueprint TSMy Profile

    1. Ni utk cek emel komisen….

  5. tak boleh tengok orang, kena check poket sendiri.
    ENTRI Denaihati ☛ Malaysia Tanah Tumpah Darah KamiMy Profile

    1. Btl tu bro DH,lain orang lain keperluan, lain juga tebal poketnya…

  6. Bagi saya no.1 ialah harga dan no.2 ialah kamera;)
    ENTRI siti hazreen ☛ Tips Kepada Ejen InsuransMy Profile

    1. Bergantung dengan keperluan, kalau suka berselfie camera depan mesti power…

  7. untuk ponsel smartphone saya, saya sudah guna samsung galaxy tab 2 mas, Alhamdulillah sudah sesuai dengan kebutuhan saya khususnya buat akses internet
    ENTRI BusinessAdExchange ☛ Yoseph Blog – Tutorial Blogger dan Dunia PendidikanMy Profile

  8. Emm saya setakat nitak ada keperluanlagi nak pakai smartphone..tapi kalau ikut nafsu, memang tergugat sokmo doh..asyik2 nak beli iphone aje..duit makan hari2 berkira..haha
    ENTRI Hafizul ☛ Gembira Hutang PTPTN SelesaiMy Profile

  9. tengok facebook dan email je.

    cuma kekadang..untuk main game jugakk..hehe
    ENTRI ohcikgu ☛ Siapa kata mengajar MUZIK ni tak seronok dan tak best?”My Profile

  10. duit yang dikumpul tak pernah cukup nak beli smartphone
    huhu
    ENTRI TehR ☛ Tidur Bawah Ketiak EmakMy Profile

    1. Semoga cukup duit nak beli bro..sikit2 lama2 jadi bukit…

  11. Alamak.. selama ni saya cuma pilih blackberry je… brand lain memang tak ambik

  12. Pada aku kemampuan aku letak di no-1 sebelum memilih untuk membeli smartphone. dan sekarang aku masih setia dengan ninetology x1. hehehe
    ENTRI Sobri Mansor ☛ Belajar Al-Quran Kaedah Al-Jabari ABAHATAMy Profile

  13. lebih baik beli ikut keperluan, smartphone apa yang best untuk blogger?
    ENTRI ainun ☛ Dapat Surat Dari JepunMy Profile

    1. Jika utk aktiviti berblog, rasanya saiz smartphone memainkan peranan. Mana yg best. Ikut keperluan dan bajet.

  14. Saya mesti tengok harga dulu kalau nak beli smartphone ni..kang beli mahai tapi spesifikasinya ntah hapa-hapa buat rugi ja beli

    1. Betul harga dan spec hp mesti seimbang. Sekarang ni byk hp yg spec tinggi tapi harga berpatutan. Pandai2 lah pilih.

  15. Saya mesti tengok harga dulu kalau nak beli smartphone ni..kang beli mahai tapi spesifikasinya ntah hapa-hapa buat rugi ja beli

  16. Semakin banyak pilihan memang saat ini dan membuat bingung 🙂
    tapi buat saya yang paling penting fungsinya, selama masih berfungsi dengan baik tidak perlu melirik smartphone baru 🙂
    ENTRI Aisah ☛ Cara Setting/Menambahkan Akun Yahoo Pada Aplikasi Gmail AndroidMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme