Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

About Me

Salam Sejahtera,

WiraMerah.Com sebuah blog lahir bagi memeriahkan lagi dunia blogging Malaysia. Bersama WiraMerah.Com ini saya akan berkongsi pengetahuan mengenai Komputer ( MacBook Pro + Mac OS X ) , Blogging ( WordPress.org ), Review Produk terbaik dan tajuk bebas ( personal ) .

Sebenarnya saya sudah lama terdedah dengan dunia blogging. Dimana ebook pertama yang saya beli untuk membina blog wordpress adalah ‘Panduan Asas WordPress’ yang di tulis oleh saudara Smart Zul. Kalau tak silap ebook ini saya beli pada tahun 2007.

Beliau adalah guru pertama saya dalam dunia blogging. Tapi atas sebab-sebab tertentu blog yang di bina telah terkubur. Kini keinginan untuk memiliki domain dan hosting sendiri bangkit semula. Dan saya harap kebangkitan kali ini setelah mengalami kegagalan pertama menjadi pengajaran dan pengalaman untuk membina kejayaan.

Oleh itu saya menyedari ada banyak perkara baru yang perlu saya pelajari. Ini adalah untuk membina keyakinan supaya dapat terus bersaing dalam dunia blogging yang penuh dengan keganasannya yang tersendiri.

Atas dasar ingin berkongsi ilmu dan menerima ilmu serta saling membantu, saya mohon kritikan dan saranan daripada rakan-rakan yang mempunyai hati kering dalam dunia blogging. Jika terdapat kesalahan atau ada pihak yang kurang berkenan mengenai tampilan dan konten yang saya tulis dalam blog ini. Dengan kerendahan hati saya mohon maaf.

Saya yang menurut perintah,

Ikhlas ,

Arman.s

www.WiraMerah.com

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme