Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Aduh Bila Seterika Jatuh Kedeboom

Salam Sejahtera,

Ni kes nak minta duit lagi. Pagi semalam tengah gosok baju sekolah anak-anak, kedeboom seterika aku terjatuh. Tergamam seketika. Bila seterika jatuh, terus black out satu rumah.

Seterika ini di berikan oleh kawan baik aku masa dia bekerja di Kapit. Ingatkan nak simpan seterika ini. Memang tahan lasak. Mungkin dah tua kot seterika ini. Susah nak cari seterika yang berat sekarang ni . Senang nak guna kalau berat. Tak perlu nak tekan kuat-kuat. Baju memang boleh di gosok sehingga licin tanpa kedut dengan gemilang sekali.

seterika-lama

Seterika Lamaku Suba

Rasanya dah tak dapat diselamatkan lagi seterika aku ni. Ada benda yang patah dalam seterika tu. Sebab bila aku goyangkannya ada bunyi. Plan nak beli baru. Kalau boleh nak cari yang murah je. Tak nak beli yang mahal-mahal. Lagipun fungsinya sama je kan. Untuk melicinkan baju yang berkedut.

Rasanya nak beli kat online je. Bila nak beli online ni memang pilihan aku dan isteri adalah di lazada. Kenapa lazada, salah satu sebabnya ialah harganya murah kadang-kadang tak masuk akal. Kalau beli kat kedai nak tawar harga pun susah.

Kalau pasal seterika ni, aku tak kisah sangat pasal jenama. Seterika aku yang rosak ni pun entah apa jenama. Made in apa pun tak ada tertulis. Tapi lama juga guna. Rasanya lebih 14 tahun. Dari kawan aku guna sehingga aku guna sampai jatuh dan rosak. Kalau tak jatuh rasanya boleh tahan lagi 5 -6 tahun.

Membeli di lazada ni aku yakin. Dah banyak juga barang yang aku dah isteri beli kat lazada ni. Gerenti sampai, puas hati dan tiada cacat cela barang yang di beli.

seterika-trio-brand

Jenama Trio

Ok. Ni dia seterika yang aku nak beli. Murah je. Sebelum ni pernah juga order seterika kat lazada. Tapi jenama tefal. Jenama trio ni kami pernah beli pembakar roti. Sampai sekarangpun masih elok lagi. Dapat guna dalam masa 3 – 4 tahun dah puas hati beli barang murah macam ni.

Jika anda ingin membeli barangan lazada bolehlah klik banner di bawah. Anda akan berpuas hati dengan harga dan layanan pihak lazada.

 

Bagaimana dengan anda. Ada pengalaman membeli di lazada. Kongsikan di sini. Mungkin boleh dijadikan panduan untuk rakan-rakan membeli di lazada nanti.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

18 Comments

Add a Comment
  1. cuma sekarang ni, barang2 memang dibuat supaya cepat rosak sbb dorang nak orang beli lebih kerap. compared dengan barang2 dulu, semuanya berkualiti tinggi.

    1. Betul, tu sebab beli yg murah je. Kdg2 yg murah dan jenama x terkenal pun boleh guna tahan lama.

  2. Ainaa Roseberry

    Uzur sangat sterika yang lama tu.. eloklah tukar yang baru.. Belum ada rezeki lagi nak membeli belah kat lazada

    1. Boleh cuba beli yg murah2 dulu he..he..he..

  3. Dulu memang pernah pakai seterika jenis macam ni. Tahan sampai belas-belas tahun jugaklah baru berganti dengan yang lain. Barang dulu, kualiti dia memang makan tahun baru nak rosak.
    ENTRI Anak Askar Pencen ☛ Paksa Join MLMMy Profile

    1. Betul tu. Aku mmg sayang seterika ni. Kalau tak jatuh hari tu. mmg masih tip top lagi…

  4. barang-barang zaman dulu..memang kualiti tip top maa..
    ENTRI titan ☛ Review Ebook Blueprint TSMy Profile

    1. Betul tu Titan…susah nak dapat yg tahan lasak cam ni sekarang.

      1. saya seterika jenis berat masih ad alagi rumah mak dekat kampung hee..sungguh lasak
        ENTRI suri ☛ Kerja Rumah Jangan Tinggalkan Daku..My Profile

        1. Boleh simpan jadi brg antik…

  5. ada juga beli terbeli heeee..tapi suka sangat heeeee
    ENTRI suri ☛ Kisahku Bersama Pemusnah Si Pemotong Menjadi BersihMy Profile

  6. aku pun dulu ada sterika lama macam tu. jenama singer kalau tak silap. tapi itu lah, mengalami nasib yang sama. jatuh dan terus tak boleh nak guna.

    streika lama best, sebab berat. tak payah nak tekan kuat-kuat.
    ENTRI azwan ☛ Jorge Mendes : Ejen Pemain Bintang Bola Sepak DuniaMy Profile

    1. Betul tu bro. Jenama singer mmg tahan lasak. Tak tahu lah sekarang. Lama juga dah tak beli brg jenama singer ni. Mahal sangat….

  7. puteri pun suka seterika yang berat…senang nak gosok baju.

  8. beli yang berkualiti bro..untuk keselamatan dan jimat elektrik!
    ENTRI Hero Borneo ☛ Gambar SPA Baby Yang CuteMy Profile

    1. Sekarang ni susah juga nak cari kualiti, kadang2 jenama je gempak…dah pernah kena.

  9. nampak mcm seterika lama yg jenis berat tu.tapi sedap guna seterika cmni, skali gosok, dah licin kedut….

    1. Ni mmg seterika lama, dah berbelas tahun juga umurnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme