Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Akibat Lama Tidak Blogwalking

Salam Sejahtera,

Akibat Lama Tidak Blogwalking – Rasanya adalah dalam masa dua minggu lebih aku tidak membuat aktiviti blogwalking. Bagi kebanyakkan blogger, aktiviti blogwalking adalah antara yang mesti di buat.

Begitu juga dengan aku, dengan blogwalking aku dapat berkenalan dengan blogger yang sudah terkenal dan popular. Dan kebanyakkan dari mereka tidak sombong dan amat menghormati walaupun kita masih baru lagi.

blogwaking

Entri Belum DIbaca

Akibat dari lama tidak blogwalking, banyak entri yang belum sempat di baca lagi. Mampukah aku baca semua entri ini. Jika di lihat jumlah rasanya memakan masa yang lama juga untuk menghabiskan semuanya. Untuk blog Melayu atau blog dalam bahasa Melayu ada lebih kurang 1,147 entri yang belum dibaca.

Rasanya aku akan baca entri yang penting dan menarik sahaja. Lagipun line internet aku macam siput. Paling fed up kalau keluar mesej ‘This webpage is not available’. Terpaksa reload berkali-kali. Mesej ni keluar kalau internet anda perlahan tahap gaban. Dan anda adalah pengguna crome browser.

blogwalking

Blogwalking – Not Available

Untuk mengetahui entri yang belum di baca aku menggunakan RSSOwl. Anda boleh baca entri berkaitan RSSOwl ni bagi yang belum baca.

Dari RSSOwl ini juga aku perhatikan. Kebanyakkan blogger mampu membuat lebih dari 4 entri sehari. Memang aku tabik spring dengan blogger ni. Aku masih tidak mampu membuat entri sebanyak itu dalam sehari. Sehari 1 entri pun masih tidak dapat aku buat. Apa ilmu yang anda guna.

Sambil blogwalking hari ini aku berminat dengan Contest SEO Eridy. Aku dapat tahu tentang contest ini dari blog Mrjocko.com semasa lepak di group Denaihati Network. Dan peserta pertama yang menyertai kontest ini pula ialah tidak lain dan tidak bukan pemilik Kitab Teknik SEO Merah Jambu.

Rasanya aku ingin juga hendak join Contest SEO Eridy ni. Walaupun blog Eridy ni baru sahaja aku singgah. Bertegur sapa dengan Eridy pun belum lagi. Nanti aku lepak lama sikit di blog Eridy ni.

Hendak menyertai contest ni pun cuma ingin menambahkan lagi ilmu SEO terutama berkaitan dengan offpage SEO. Aku memang masih blur dengan offpage SEO ni. Memang atau kalah itu tidak penting. Yang penting ilmu yang kita dapat selepas menyertai contest. Belajar dan terus belajar.

Dan akhir sekali, siapa nak join contest ni bolehlah sama-sama kita meriahkannya. Siapa yang singgah kat blog aku ni. Jangan lupa tinggalkan komen. Senang aku nak kunjung balik nanti. Kalau blog anda belum ada dalam senarai RSSOwl aku, bolehlah aku masukkan nanti. Senang sikit nak blogwalking.

2 Comments

Add a Comment
  1. aku cuma tolong promosi aje. Kalau menang, kira nasiblah. haha
    ENTRI titan ☛ Pengalaman Shopping Online di Lazada.com.myMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme