Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Anak, Blog dan Contest SEO Eridy

Salam Sejahtera,

Apa khabar hari ini ? Harap rakan-rakan dan pengunjung blog wira merah sihat dan murah rezeki. Kita juga doakan semoga rakan-rakan yang di landa banjir semuanya selamat. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Banyak bersabar dan ingat pada Allah.

1. Anak.

Malam ini Fatul menangis. Tangisanya tidak seperti biasa. Kebiasaan jika hendak tidur memang dia menangis tapi sekejap sahaja. Malam ini aku melayannya menangis hampir 2 jam. Mata dah pejam hendak tidur pun menangis.

fatul

Fatul – Masa menangis minta nenen.

Pada jam 11.30 mlm. Aku serender, call Mama yang semamangnya malam ini dia kerja syif malam.   Nasib tiada orang beranak kat wad. Jadi dapatlah dia balik sekejap. Sebenarnya takut juga aku dengar dia menangis. Dah 1 tahun umur. Inilah kali pertama aku dengar dia menangis cam tu. Bagi yang ada anak tu. Tahulah macam mana bunyi anak menangis biasa dan luar luar. Mesti anda susah hatikan.

Dulu pernah juga berlaku dengan anak aku yang kedua. Setiap jam 12 malam gerenti menangis. Ni bukan menangis biasa. Luar biasa juga. Masa tu kita baru balik dari bercuti. Balik dari bercuti tulah di kena penyakit menangis setiap jam 12 malam. he..he..he..

Al-hamdulilah, aku dan Mamanya bawa berubat cara kampung. Mak Cik ni kata, anak aku tu masih bermain. jauh tempatnya bermain. Tak mahu pulang.  Memang sejak malam pertama berubat, anak aku berhenti terus menangis. Kalau menangis pun biasa-biasa sahaja. Tiga malam berturut-turut juga berubat.

Sebenarnya ada cerita, sebelum kami pergi ke satu tempat ( tepi pantai ). Pak Cik kat kedai roti canai tempat aku makan dan bertanya arah jalan, dia beri nasihat. Jangan pergi tempat tu. Dia kata keras. Tapi aku tak percaya. Kami pergi juga. Memang tidak makan nasihat. Maaf ya nama tempat yang aku pergi tu aku rahsiakan. Mungkin ini akibat bila tidak mendengar nasihat orang tua.

2. Blog

Hari ini aku membuat sedikit perubahan pada blog ini. Jika anda selalu datang ke sini mungkin perasan perubahan yang aku buat. Perubahan yang aku buat pada blog, kemaskini jugakan. Tidak semestinya kemaskini konten.

Perubahan yang aku buat terutama pada diskripsi , membuang plugin. Dan menambah 3 plugin untuk membantu proses SEO On Page blog ini.

Plugin yang aku buang ialah YASIP ( Yet Another Social Media Plugin ). Aku ganti dengan menggunakan code di widget. Icon masih guna icon YASIP.

Plugin yang aku tambah SEO Auto link, Link Checker dan External link. Aku cuba tambah dan guna plugin ini. Banyak blog yang menyarankan 3 plugin ini. Tapi setakat ini aku belum tahu lagi prestasi ketiga-tiga plugin ini. Jadi aku tidak dapat nak komen apa-apa.

tumblr

First Page Google.Com – setakat ini.

Contest SEO Eridy

Mungkin ini adalah contest SEO bagi penutup tahun 2013. Tak banyak yang aku nak kata tentang contest ini. Hari ini ( 11.12.2013 ) tarikh akhir menghantar penyertaan. Dan esok ( 12.12.2013 ) bermulanya contest seo eridy. Jangan putus asa dahulu, banyak masa lagi untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Bagi yang menyertai contest . Bila menang nanti, kongskan teknik dan strategi yang anda gunakan.

3. Kesimpulan.

Anak – aku dapat inpirasi menulis pasal anak dari blogger BroFrameStone dan En.Titan bujang beranak satu ( anak buah ). Cara menulis tajuk artikel ini pun aku meniru cara Encik Titan. Jangan marah En. Titan. Cara ini aku rasa tidak terikat dan kita bebas menulis.

Blog – aku rasa nak jadikan blogging ini sebagai satu niche blog aku. Ikut nasihat pakar dalam bidang bisnes online ” Jangan tunggu jadi pakar baru hendak bermula “. Jika ada minat mulakan sahaja.

Contest SEO Eridy – aku tidak mengharapkan menang. Tapi ilmu yang aku dapat dari contest ini. Blog dari tumblr boleh mengalahkan blogspot dan wordpress (self-host ). Satu kejutan buat aku. Kerana blogspot dan wordpress adalah raja dalam permainan SEO. Dan aku telah mendaftar dengan tumblr . Nak tengok apa kelebihan tumblr ini.

Itu sahaja update hari ini. Jangan lupa share artikel ini jika berminat. Dan jangan lupa tinggalkan komen.

9 Comments

Add a Comment
  1. Bab anak ni ada masanya mereka senang kena gangguan… Banyakkan baca ayat kursi, berselawat, surah Al-Fatihah dan surah 3 Kul… In Shaa Allah dapat membantu….

    Seronok orang yang gunakan platform WordPress.. Boleh pakai macam-macam Plugin, untuk memantapkan seo… Good Luck semoga berjaya menjadi salah seorang pemenang Contest ini…
    ENTRI Anuar ☛ Emas Terpakai Untuk Dijual 2012My Profile

    1. Terima kasih beri tips..kalau salah guna plugin bahaya juga bro…
      ENTRI Arman ☛ Contest SEO Eridy Percubaan PertamaMy Profile

  2. haha..ni macam suruh gua kahwin empat cepat-cepat aje je..
    ENTRI titan ☛ Cuti Sekolah, facebook dan dunia blog yang huru-hara.My Profile

    1. Kawin 1 cepat sikit. Pastu baru fikir lebih he..he..he..

  3. dulu ada gak akaun tumblr.. dah malas nak update kat sana
    ENTRI zool ☛ Buah Binjai – Buah masam manis yang semakin hilangMy Profile

    1. Buat dummy untuk backlink je bro..

  4. “Jangan tunggu jadi pakar baru hendak bermula” -memang nasihat kelas A+ ni. Start from zero, kalau nak tunggu jadi hero baru nak start memang tak start sampai bila-bila la jawabnya.
    ENTRI Malaysia Tercinta ☛ Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2014My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme