Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Awas ! Kanta Sentuh Risiko Tersembunyi

Salam Sejahtera,

Awas ! Kanta sentuh risiko tersembunyi – Hari ini isteri balik kerja bawa beberapa risalah berkaitan kesihatan.  Antaranya berkaitan dengan kanta sentuh, gula, asma, cinta terlarang dan skoliosis.

Antara risalah yang di bawa aku tertarik dengan risalah berkaitan dengan kanta sentuh. Aku bukan pengguna kata sentuh dan cermin mata kerana aku tidak rabun. Setakat ini mata aku boleh melihat dengan jelas. Syukur alhamdulillah.

Apa yang aku perhatikan sekarang ini ialah penggunaan kata sentuh terutama yang mempunyai warna menjadi satu trend.

Memang tidak salah menggunakan kanta sentuh tapi mestilah atas nasihat dari mereka yang pakar seperti pakar mata, optometris dan pakar optik. Mereka mempunyai tauliah dan berdaftar serta mempunyai permit untuk kanta sentuh.

kanta sentuh

Bahaya Kanta Sentuh

Pemakaian kanta sentuh bukan sesuai untuk semua orang. Nasihat pakar sangat diperlukan sama ada anda sesuai memakai kanta sentuh atau tidak.

4 Nasihat yang diperlukan ialah :

 

  • Menilai kesesuaian memakai kanta sentuh.
  • Memastikan pemasangan kanta sentih yang sesuai.
  • Mendapat pengetahuan yang betul tentang penjagaan kanta sentuh dan komplikasi yang mungkin timbul.
  • Merancang rawatan susulan.

Kesan penggunaan Kanta Sentuh.

 

  • Ulser Kornia – Merupakan jangkitan pada kornia mata. Ini adalah komplikasi kanta sentuh paling serius. Ini mungkin akan menyebabkan kebutaan.

Tanda – tanda :

# Mata Merah.

# Rasa Sakit.

# Penglihatan kabur.

# Adanya tahi mata.

  • Mata Kering

Tanda-tanda :

# Mata tidak selesa.

# Terasa bendasing dalam mata.

  • Calar Pada Kornia – Terdapat luka di permukaan kornia.

Tanda -tanda :

# Mata berair.

# Mata merah.

# Rasa sakit.

# Penglihatan kabur.

  • Konjunktivitis Alergi – Komplikasi ini adalah disebabkan oleh reaksi terhadap bahan kotoran yang terdapat pada katan sentuh.

Tanda-tanda :

# Mata gatal.

# Mata merah.

# Tahi mata yang bertali-tali.

Ikut nasihat ini sebelum anda memilih untuk menggunakan kanta sentuh.

 

Perkara-perkara yang perlu dilakukan.

  • Dapatkan kanta sentuh dari pengamal berkelayakkan seperti pakat mata, optometris atau juru optik berdaftar yang boleh memberi preskripsi kanta sentuh.
  • Belajar cara yang betul untuk memakai, mengeluarkan dari mata, mencuci, dan menyimpan kanta .
  • Memakai kanta sentuh mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Membasuh tangan dengan sabun dan keringkan tangan anda sebelum mengendalikan kanta sentuh.
  • Mencuci kanta sentuh dengan larutan yang mencukupi bagi menutupi keseluruhan kanta sepanjang malam.
  • Bilas dengan saline sepenuhnya sebelum memakai kanta.
  • Mencuci dan mengeringkan bekas kanta sentuh setiap kali selepas kanta dikeluarkan dari bekas. Letak bekas di tempat kering dan bersih. Tukar bekas kanta setiap 3 bulan.
  • Memastikan kuku bersih.
  • Mendapatkan nasihat dari pembekal kanta anda sebelum menggunakan sebarang ubat titis mata.
  • Menjalani pemeriksaan mata secara berkala, sekurang-karangnya sekali setahun atau atas nasihat pembekal kanta sentuh anda.
  • Menanggalkan kanta dan berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala seperti mata merah, sakit, berair mata berlebihan, mata lebih sensitif kepada cahaya, penglihatan kabur, bertahi mata atau mata bengkak.

Perkara yang tidak boleh dilakukan :

  • JANGAN membeli kanta sentuh dari kaunter jualan atau internet tanpa nasihat dari pengamal yang berkelayakkan, ini termasuk kanta sentuh kosmetik berwarna.
  • JANGAN memakai kanta sentuh kepunyaan orang lain.
  • JANGAN memakai kata sentuh semasa tidur walaupun ianya jenis pemakaian berterusan, kerana ia akan meningkatkan risiko infeksi mata.
  • JANGAN memakai kanta sentuh semasa berenang.
  • JANGAN rendam atau cuci kanta dengan saline buatan sendiri, air suling atau air paip.
  • JANGAN guna larutan cucian kanta yang telah dibuka lebih dari 30 hari.
  • JANGAN memakai kanta sentuh sekiranya terdapat iritasi pada mata atau merasa tidak selesa.

Kesimpulan

Jika anda tidak dapat mengikuti nasihat pemakaian yang betul. Anda berisiko lebih tinggi untuk mendapat komplikasi berkaitan kanta sentuh.

Jika anda tidak dapat mematuhi langkah-langkah yang di sebut di atas adalah lebih baik anda kembali menggunakan cermin mata. Mata adalah anugerah Allah yang paling berharga. Syukur kerana kita masih dapat melihat. Utamakan kesihatan. Sihat sepanjang hayat.

Rujukkan : Risalah dari KKM.

14 Comments

Add a Comment
  1. samapi skang aku memang takut nak pakai kanta sentuh ni
    ENTRI blogger lelaki ☛ Peristiwa Di Bulan MuharramMy Profile

    1. Lebih baik tak pakai terus je bro. Guna cermin mata lagi nampak kacak..
      ENTRI Arman ☛ Awas ! Kanta Sentuh Risiko TersembunyiMy Profile

  2. kanta sentuh ini apa aksesoris mata mas arman, dengan kata lain namanya soft lens contacts
    ENTRI Rizkyzone.com ☛ Masuk Neraka Siapa Takut | Sosok Ibu yang SabarMy Profile

    1. Yup betul tu mas Rizky..

      1. dulu saya sempat terfikirkan / penasaran pengen nyoba soft lens ini mas karena unik menurut saya, setelah saya fikir2, saya merasa lebih banyak mudhorotnya ketimbang manfaatnya
        ENTRI Rizkyzone.com ☛ Masuk Neraka Siapa Takut | Sosok Ibu yang SabarMy Profile

  3. betul2 amat bahaya. silap2 kalau pakai ms tido tak boleh nak buka.
    ENTRI pahan ☛ Kata-kata pahit ditelan, manis dimakan #1My Profile

    1. Kalau tak boleh buka mata dan tak gerak2 tu lagi bahaya..Tanah Kubur..

      1. betul2. sakit tu.hehe

  4. Dah lama tahu pasal ni,bahaya juga kanta sentuh ni yer
    ENTRI wazy ☛ Salam Maal Hijrah 1435HMy Profile

    1. Jika guna atas nasihat pakar bahaya tu mungkin kurang.

  5. takut aku nak guna kanta sentuh nih
    ENTRI encikarman ☛ Gambar Toyota Vios Baru 2013My Profile

  6. kena berhati-hati dan ikut nasihat pakar. takde spare part mata kita, kalau boleh tukar pun takkan sama.
    ENTRI Denaihati ☛ Peluang untuk menangi RM40,000 dengan kontes mudahMy Profile

  7. Emm betul tu bro..se lagi kang..jangan nak bergaya jer pandai…hehe
    ENTRI Hafizul ☛ Wordless Wednesday #73 – Jobdirumah Dah Daftar Tak Tahu Nak MulaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme