Personal | Blogging | Komputer | Tune Talk Tone Plus

Bajet 2014 – Bonus Awal Januari 2014

Salam Sejahtera,

Bajet 2014 – Ini adalah topik yang hangat dibincangkan setelah di bentangkan semalam. Mungkin belum terlewat untuk aku berkongsi pendapat aku berkenaan bajet 2014.

Secara keseluruhan bajet 2014 ada yang aku suka dan ada juga yang aku tidak suka. Walauapapun sebagai rakyat biasa aku harus menerima belanjawan ini dengan hati yang terbuka. Terima dan berdoa semoga belanjawan ini memberi kebaikkan pada negara. Dan tidak lupa juga pada rakyat. Itu yang aku harapkan. Dan mungkin juga anda.

Bajet 2014 Bajet 2014   Bonus Awal Januari 2014

Bajet 2014

Cuma, satu sahaja perkara yang hendak aku sentuh di sini. Iaitu berkenaan dengan bonus penjawat awam 2013. Aku faham pemberian bonus setengah bulan gaji dan RM500 minimum sangat menggembirakan penjawat awam.

Tapi apa yang bermain difikiran aku sekarang apa rasional kerajaan memberi bonus di awal bulan januari 2014. Kenapa tidak di beri pada November atau December 2013.

Baiklah seperti yang kita sedia maklum, cuti sekolah tidak lama lagi. Dan aku percaya ramai ibu bapa yang akan membawa anak-anak untuk melancong. Paling tidak pun balik cuti ke kampung jumpa ibu bapa. Jadi di sini aku lihat, kewangan amat diperlukan masa kini. Lagipun gaji untuk Oktober terlalu awal. Menunggu untuk terima gaji bulan November masih lama.

Penghujung bulan november juga adalah merupakah masa di mana ibu bapa dah mula nak membeli barangan persiapan untuk anak-anak bersekolah. Jadi duit sangat diperlukan. Bagi yang anak sedikit mungkin ini bukan beban. Tapi bagi bapa yang anak-anak bersekolah sehingga 4-5 orang dan isteri tidak bekerja. Ini adalah satu beban.

Lagipun bagi masyarakat yang beragama kristian kita jangan lupakan kerana mereka akan menyambut Perayaan Hari Kristmas. Jika hari raya kita di beri bonus untuk meringankan beban. Kenapa bonus kali ini di bayar seawal Januari 2014. Aku rasa ini akan membebankan mereka.

JIka kita lihat rakyat Sabah dan Sarawak majoriti adalah beragama kristian. Persiapan perayaan mereka juga penting di samping persiapan untuk menghantar anak kesekolah.

Aku yakin kebanyakkan ibu bapa akan mengeluarkan banyak perbelanjaan untuk musim cuti sekolah. Lagipun mereka juga perlu membuat persiapan persekolahan. Walaupun kerajaan menyediakan pendidikan percuma. Tapi bayaran untuk persekolahan masih lagi banyak.

Pengalaman aku sendiri. Untuk seorang anak. Bersekolah di Tabika. Bayaran hari pertama persekolah adalah melebihi RM300. Belum lagi membeli barangan lain untuk kelengkapan persekolahan.

Sebelum persekolahan 2014 bermula, aku yakin penjawat awam sangat mengharapkan bonus ini di bayar lebih awal. Mungkin kerajaan ada rasional sendiri kenapa bonus penjawat awam dibayar awal Januari 2014.  Aku rasa ada baiknya di bayar sebelum persekolahan bermula. Ini bagi memastikan kewangan untuk percutian, perayaan dan persekolahan anak-anak dapat di rancang sebaiknya.

Tergendala untuk menghabiskan entri ini. Layan bola Sarawak lawan Pahang. Kecewa tapi apa boleh buat. Peluang untuk Sarawak menang ada. Tapi sayang peluang yang ada tidak dapat di gunakan sebaik mungkin. Apapun syabas untuk pasukan Ngap Sayot. Tahun depan cuba lagi. Sarawak kalah dengan dengan argreget 2 – 4. Tahniah untuk pasukan Pahang. Dan tidak lupa juga tahniah untuk pasukan Kelantan kerana berjaya ke final.

Apapun terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana menghargai sumbangan penjawat awam. Rasanya semua rakyat dapat ‘ikan’. Orang beri kita makan.

Apa kata anda tentang bajet 2014 yang di bentangkan semalam. Ada yang puas hati malah ramai yang tidak puas hati. Apapun terimalah dengan hati yang terbuka. Elaun perumahan bilalah nak naik.

Tahniah, anda hebat kerana berjaya membaca artikel ini sehingga habis.

The Author

Arman

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

29 Comments

Add a Comment
  1. Setuju dengan bajet ni lebih kepada memberikan ‘ikan’ kepada rakyat berbanding memberikan ‘joran’. Tapi, ‘pengemis’ seperti saya ni tak boleh nak memilih-milih, terima je apa diberi.

    Rasional berikan bonus bulan Januari tu agak janggal pada bajet kali ni. Masalah untuk penjawat awam yang sudah berkeluarga menguruskan belanja untuk persekolahan.
    ENTRI Anak Askar Pencen ☛ Surat Khabar MenipuMy Profile

  2. saya tak mengerti ini mas, tapi mungkin saja ada pemikiran lain yang di pertimbangkan pihak kerajaan kenapa memberi di tahun 2014, tp ya tetap mas arman, namanya juga peraturan, kan peraturan di buat untuk di ikutin, tapi yh dengan adanya ini setidaknya bisa di jadikan bahan pertimbangan pihak kerajaan malaysia
    ENTRI Rizkyzone.com ☛ Label Made In Indonesia Vs Made In ChinaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2014 | Wiramerah Network Frontier Theme