Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Bersedia Untuk Keputusan UPSR 2013

Salam Sejahtera,

Keputusan UPSR 2013 – Keputusan UPSR ( Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ) akan di umumkan pada 14 November 2013 hari Khamis ini.

Bukan murid-murid dan ibu bapa sahaja yang berdebar-debar menunggu keputusan UPSR ini. Aku percaya guru-guru pun dalam debaran yang memuncak. Terutama guru yang mengajar kelas Tahun 6. Keputusan UPSR ini biasanya menjadi tanda aras tentang kejayaan guru dan sekolah.

keputusan-upsr-2013

Logo Baru KPM

Calon-calon UPSR boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing pada atau selepas pukul 10.00 pagi di sekolah masing-masing.

Calon UPSR dan Ibu Bapa boleh juga menyemak keputusan UPSR menggunakan SMS melalui sistem MySMS 15888. Panduan SMS untuk menyemak keputusan :

  • Taip UPSR ( angka giliran ) dan hantar ke 15888
  • Contoh : UPSR AZ1211221 dan hantar ke 15888
sms keputusan upsr

Contoh SMS Keputusan UPSR

Semoga calon UPSR tahun ini akan mendapat keputusan yang cemerlang. Bagi ibu bapa terimalah keputusan UPSR anak anda seadanya. Jika anak anda gagal. Banyaklah bersabar. Galakkan mereka untuk terus belajar dan berjaya.

Untuk guru-guru pula, terutama yang mengajar UPSR apapun keputusan anak didik anda terimalah dengan hati yang terbuka. Tahun depan cuba lagi buat yang terbaik 🙂 .

9 Comments

Add a Comment
  1. hu3…terinagt balik zaman budak2 dulu
    ENTRI blogger lelaki ☛ Kisah Lelaki BersayapMy Profile

  2. Nanti boleh la mencongak sekolah mane pulak yang sesuai…
    ENTRI Joe ☛ Komisyen Ke-48 Dari JobdirumahMy Profile

    1. Nilah pentingnya upsr…dapat sekolah asrama penuh mmg seronok budak2 tu nanti.

  3. Tak lah merasa berdebar sangat pasal tak ada yang ambik UPSR tahun ni.
    Apa pun semoga peningkatan dan pencapaian UPSR 2013 semakin bagus.

  4. Emm ada yang tak excited pun kan..emm haha
    ENTRI Hafizul ☛ Langkah Tangani Stress Dalam Masa 10 MinitMy Profile

  5. oo. rupanya dah ada cara senang macam ni,hehe. tq
    ENTRI pahan ☛ Bisnes Online menurut pandangan PahanMy Profile

    1. Cara tuk sesuai untuk Ibu Bapa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme