Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Bila Blog Kena Google Sandbox

Blog Kena Sandbox Google

Bila Blog Kena Google Sandbox

Bila Blog Kena Google Sandbox | Salam Sejahtera,

Apakah blog anda selamat dari google sandbox. Kerana sifat ingin tahu berkaitan dengan google sandbox aku mencari sedikit maklumat berkaitan dengannya.

Bermakna jika blog kita telah masuk dalam senarai google sandbox berkemungkinan blog kita tidak di index oleh enjin carian google.com atau google.com.my . Tapi jangan risau jika blog anda telah kena google sandbox. Ini kerana hanya entri tertentu sahaja yang kena google sandbox bukan keseluruhunan blog.

Sebenarnya blog aku ni dah kena google sandbox. Mula-mula panik juga. Tapi bila dah baca beberapa artikel berkenaan google sandbox ini, rasanya masalah ini boleh diselesaikan.

Semak blog ada : http://pixelgroove.com/serp/sandbox_checker/

Anda boleh semak blog anda sama ada kena google sandbox atau tidak. Antara kesan dari google sandbox ialah jumlah pengunjung akan berkurangan. Baca lanjut sebab pengunjung blog berkurang.

Blog Kena Sandbox Google

Blog Kena Google Sandbox

Tidak tahu pula aku apa sebab blog aku ni kena google sandbox. Bila aku semak blog entri, rata-rata masih lagi di index oleh google. Tidak tahu entri mana yang kena google sandbox ni.

Ada tak rakan-rakan yang pernah kena google sandbox ni. Dari apa yang aku baca ada beberapa perkara yang menyebabkan kena google sandbox ni :

1.  Melakukan optimasi search engine yang berlebihan Contohnya membangunkan backlink yang banyak dalam masa yang singkat.

2. Membuat backlink dengan melakukan blogwalking yang terlalu kerap dalam waktu terdekat dan membuat komen yang tidak relevan  atau dengan copipes komen dari blog sebelumnya dengan memberikan link menuju blog anda.

3. Terlalu banyak mengulang kata kunci dalam satu entri. SPAM kata kunci.

4. Membuat link menuju web atau blog yang di blacklist oleh google.

P.S: blog atau web yang diblacklist berbeza dengan blog yang kena google sandbox.

5. Terlalu banyak melakukan PING dalam waktu sehari. Sepatutnya dilakukan setiap kali lepas update entri.

6. Copy paste artikel dan tidak menyertakan link sumber.

Sumber : www.ariqadriansyah.com

Ini adalah antara 6 sebab menyebabkan blog kita akan kena google sandbox atau penalti. Mungkin ini satu bentuk hukuman yang dikenalan oleh google pada blog kerana melakukan kesalahan seperti ini.

Dalam kes aku ini, rasanya aku melakukan kesalahan yang ke-2 dan ke-5.. Aku rasa ini disebabkan oleh satu kontest SEO yang aku ikuti masa mula-mula berblog dulu. Mungkin ini yang menyebabkan blog aku kena penalti.

Kesimpulan

Kepada rakan-rakan blogger yang pernah terkena penalti atau google sandbox boleh kongsikan pengalaman bagaimana nak keluar dari masalah ini. Ia umpama masuk ke dalam pasir jerlus dan berusaha untuk keluar dari bahaya.

Ada beberapa perkara yang telah dilakukan untuk keluar dari masalah ini. Tapi tak pasti sama ada berjaya atau tidak. Ada yang mengatakan ia mengambil masa 7 hari dan ada yang mengatakan mengambil masa 6 – 7 bulan untuk melihat keberkesanan cara yang di gunakan untuk keluar dari google sandbox ni. Jika berjaya nanti aku akan kongsikan lagi artikel bagaimana nak keluar dari goolge sandbox ini.

22 Comments

Add a Comment
  1. Entri contest SEO saya terus jatuh ke belakang akibat ada salah satu penyebabnya disenarai di atas. Tapi bila saya check ia ok saja.

    “sensasi2020.com looks OK!”

    Atau sebab lain saya tak tahulah….
    ENTRI sensasi2020 ☛ Majlis Pelancaran Vemma Renew Dan Verve Remix Di MalaysiaMy Profile

    1. Tu bermakna selamat. Tak kena google sandbox.
      ENTRI Wira Merah ☛ Bila Blog Kena Google SandboxMy Profile

  2. Saya rasa kena buan balik backlink terlampau tu. Ia juga dikenali over optimization.
    ENTRI sensasi2020 ☛ Majlis Pelancaran Vemma Renew Dan Verve Remix Di MalaysiaMy Profile

    1. Rasanya begitulah…masa tu blog aku masih baru sangat. Dan backlink yg terlampau meungkin menyebabkan kes ni.
      ENTRI Wira Merah ☛ Bila Blog Kena Google SandboxMy Profile

  3. Buat masa ni, status blog aku masih OK

    Harap tak kena sandbox r

    1. Tahniah bro. Jgn masuk sandbox ni. Kalau blog traffic banyak masuk dari search enjin mmg akan terasa sangat dengan sandbox ni.
      ENTRI Wira Merah ☛ Bila Blog Kena Google SandboxMy Profile

  4. setakat ni masih ok..cuma agak lambat sikit je..tapi yang bestnya makin naik ke first page..dan mengekalkan tempatnya..hehe
    ENTRI reezluv ☛ Kagumnya Dengan Blogger NiMy Profile

    1. Org lama..pengalaman dah banyak. main di 1st page google ni perkara biasa kan….
      ENTRI Wira Merah ☛ Bila Blog Kena Google SandboxMy Profile

  5. bro, aku pun kena gak la.haha. mcm mana nak halang tu ? patut la rangkin alexa aku tak berubah dalam seminggu ni.haha
    ENTRI Pahan ☛ Senyum….tak perlu kata apa-apaMy Profile

    1. Setakat ini aku buat :
      1.buang link2 terlampau yg aku tanam dulu.
      2. Aku resubmit sitemap di webmaster.
      3. Buat entri berkaitan google sandbox, jgn lupa beri backlink ngan google mcm yg aku buat di entri ini.
      4. Teruskan buat entri baru…pastikan ori bukan kopi pes. Sebagai bukti kita komited berblog…
      5.Tunggu, sabar dan doa….
      dan…elakkan juga blogwalking yg melampau selagi blm keluar dari sandbox ni.
      lama juga tunggu nak keluar dari sandbox ni. Ada yg kata makan masa 6 bln lebih. Kalau dpt tahu entri mana yg kena sandbox bolh edit semula supaya google suka dan tidak rasa tertipu he..he..he..
      Lain2 nanti aku update entri pasal ni.
      Aku pun masih try and error buat ni.
      ENTRI Wira Merah ☛ Bila Blog Kena Google SandboxMy Profile

  6. kalau kena memang rasa hampa ..juga tapi untuk blogwalking tak pelah..kasi kawan-kawan yang baca..ye tak (sorry sound like semenanjung)
    ENTRI Hero Borneo ☛ 3 Blogger Terbaik Menjadi HeroMy Profile

    1. Betul tu. Tapi tidak semua entri yg kena google sandbox. Mmg down juga rasa bila tahu blog dah masuk sandbox ni. Mun kelakar sarawak kelak sik semua orang paham.
      ENTRI Wira Merah ☛ Bila Blog Kena Google SandboxMy Profile

      1. betul juga..mahu tak mahu guna sahaja bahasa yang diguna pakai seluruh Malaysia..
        ENTRI Kakiblog ☛ Cara Bagi Komen Yang TerbaikMy Profile

  7. hasil dari blog saya

    rizkyzone.com is possibly penalized or sandboxed by google!

    gak masalah sih blog saya kena sandbox mas, yang penting ngeblog tetap jalan terus

    1. Teruskan berblog, buat apa yg patut mas. Masalah nya cuma entri yg kena sandbox tidak di index oleh mbak google. Kesannya pengunjung dari search enjin berkurang mas. Pengunjung dari blog aku yg dtg dari search enjin dah berkurang 54% mas…
      ENTRI Wira Merah ☛ Kisah Lanjut Blog Kena Google SandboxMy Profile

    2. Aku semak ok je mas : Rizkyzone.com looks OK!
      ENTRI Wira Merah ☛ Kisah Lanjut Blog Kena Google SandboxMy Profile

  8. Dah cek blog saya. OK maksudnya okaylah kan? hehe
    ENTRI Sally Yatiey ☛ Blogger Buat Duit OnlineMy Profile

  9. setakat ini aku x pernah kena lagi

    1. Janji tak melanggar TOS google..

  10. risau pul aku takut terkena benda nie jugak
    ENTRI blogger lelaki ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

    1. Hati2 buat backlink, kalau di anggap SPAM oleh google mmg akan kena…

  11. kalau dah kena memang payahlah..jawabnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme