Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Blogger Buat Duit Online

Blogger Buat Duit Online | Salam Sejahtera,

Buat duit online, rasanya semua orang nak buat duit. Tidak kira sama ada secara online atau offline. Ramai orang suka bila di sebut buat duit. Sampai ada yang tertipu kerana ingin buat duit online. Buat duit online ini ada banyak cara, ada banyak kaedah. Dan yang penting jika betul-betul hendak buat duit online kena ada guru, kena ada panduan, kena ada ilmu.

Sebenarnya ada banyak contoh blogger-blogger di luar sana yang membuktikan bahawa dengan menjadi blogger boleh buat duit. Jika dahulu mungkin ada yang tidak percaya, tapi sekarang banyak telah dibuktikan.

Blogger Buat Duit Online

Blogger buat duit online.

Blogger Buat Duit Online

Ada banyak cara blogger buat duit online. Blog cuma sebagai satu sarana untuk membantu mereka berjaya dalam dunia buat duit online. Jika anda seorang blogger bermakna anda mempunyai blog. Tidak kira blog anda cuma satu sahaja atau ada banyak blog.

Bagaimana sebenarnya cara blogger baut duit online ? Aku akan cuba terangkan seperti apa yang aku faham. Di internet terdapat pelbagai cara untuk membuat duit. Tidak kira anda seorang blogger atau tidak. Jadi entri ini akan akan cuba menerangkan serba ringkas beberapa cara blogger buat duit online.

1. Affiliate

Program affiliate adalah antara cara yang sangat popular dan menjadi pilihan setiap blogger untuk membuat duit online. Antara blogger yang berjaya dalam bidang affiliate ini ialah blogger Titan, Denaihati, Hasrul Hassan dan banyak lagi. Encik Titan ada menulis sebuah ebook yang di beri judul Kitab SEO Merah Jambu. Dah banyak blogger yang menjadikan tulisan beliau ini sebagai satu panduan untuk berjaya dalam dunia blogger.

Contoh affiliate yang boleh disertai Ashadee.com, KlikJer.com, Lazada.com.my, Amazon.com ClickBank.com dan banyak lagi.

Pendapatan pertama aku dari Affiliate ialah dari affiiate eQurban yang pertama aku promosi masa blog ini masih baru lagi pada oktober 2013. Cari bukti pembayaran tak jumpa-jumpa. Tahun ini alhamdulillah ada lagi rezeki dari eQurban.

Daftar Affiliate KlikJer.com

2. PPC ( Pay Per Click )

Program PPC ini adalah merupakan program di mana blogger menyertai program PPC yang di anjurkan oleh pengiklan-pengiklan terbesar seperti google Adsense dan nuffnang, Komli, Infolink dan Yes Click.

Aku sendiri pernah cuba buat google adsense dan nuffnang. Tapi earning slow sangat. Jadi aku tinggalkan PPC dan cuba fokus dengan affiliate.

3. Dropship

Ini lagi satu cara blogger buat duit. Mereka menyertai program dropship. Melalui program dropship biasanya produk yang dijual adalah produk fizikal. Ada banyak tulisan blogger berkenaan dengan dropship ni.

Aku sendiri pernah menjalankan perniagaan melalui dropship. Dengan dropship ni kita boleh tentukan sendiri margin keuntungan. Lagi satu kita tidak perlu nak simpan stok jadi jimat. Tugas kita hanya promosi produk. Dan mengambil tempahan dan membuat tempahan. Mudah dan menyenangkan.

Aku belajar bisnes dropship ini dengan Noorisham Shah dan Sifu Lan. Mereka adalah pakar dalam bisnes dropship dan ebay. Tapi kini aku dah berhenti menjual di ebay dan kini hanya fokus pada blog. Boleh baca artikel aku Pengalaman Berniaga Di Ebay.

4. Produk Sendiri

bagi blogger yang dah di iktiraf sebagai otai dan pakar. Mereka akan maju lagi kedepan dengan mencipta produk sendiri. Terutamanya produk digital seperti ebook, video dan webinar. Tujuannya adalah untuk membantu lebih ramai lagi berjaya seperti mereka.

Menghasilkan produk sendiri adalah satu peringkat yang lebih advance bagi blogger buat duit online. Ini kerana dari mula menghasilkan produk sehingga pemasaran produk akan dilakukan sendiri oleh blogger. Jadi sebelum menghasilkan produk sendiri banyak ilmu yang hendak di tuntut. Ia bukan sahaja memerlukan ilmu teori tapi ilmu dari pengalaman sendiri.

Ini kerana memasarkan produk sendiri bukan suatu kerja yang mudah ia perlukan pengalaman dan ilmu yang tinggi.

Rahsi Produk Digital

5. Pengiklanan

Melalui pengiklanan juga blogger boleh buat duit online. Melalui pengiklanan di blog, blogger boleh menyediakan ruang untuk di sewa bagi meletakkan banner pengiklan. Selain menyediakan ruang untuk iklan di blog.

Blogger juga boleh memberi perkhidmatan advertorial kepada para pengiklan. Melalu advertorial iklan akan berada kekal dalam blog berbanding dengan iklan banner. Bayaran juga sangat lumayan sehingga boleh mencecah ribuan ringgit.

6. Contest

Boleh ke contest di jadikan sebagai satu cara blogger membuat duit online. Ya boleh. Aku sendiri pernah memenangi beberapa contest yang di anjurkan oleh denaihati. Dan kini denaihati mengadakan contest untuk blogger iaitu Cabaran iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger yang kini sudah masuk ke pusingan akhir.

hadiah-contets

Antara Hadiah Contest Yang Pernah Di Menangi

Selain itu blogger akma Omar juga mengadakan contest SEO ‘ Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan ‘. Apa yang menarik ialah contest ini menyediakan hadiah wang tunai yang sangat lumayan.

Pengalaman

Dari cara yang aku senaraikan di atas, aku pernah buat duit online dengan menjadi ajen affiliate, dropship dan contest. Aku juga pernah mencuba membuat duit dengan PPC tapi tidak berjaya Masih ada lagi duit dalam akaun adsense tu. Tapi tak cukup syarat untuk di keluarkan. Untuk berjaya dalam PPC anda harus mempunyai blog yang mempunyai pelawat yang banyak. Dan ia memerlukan kerja yang luar biasa.

Aku jua pernah buat dropship. Melalui dropship, margin keuntungan boleh kita tentukan sendiri. Memang untung jika tahu mencari lubok dropship yang boleh memberikan harga yang rendah.

Dalam bidang buat duit online ini, masih banyak yang perlu aku belajar.Pada tahun 2015, Sasaran utama dalam dunia blogging adalah untuk mendapat pendapatan dengan berblog. Untuk tahun 2014 ini walaupun ada juga mendapat sedikit komisen dari affiliate tapi ia masih jauh lagi dari sasaran aku yang tetapkan.

Untuk perancangan yang akan datang aku akan cuba fokus dalam mempromosikan produk affiliate tempatan dan juga antarabangsa. Dan mungkin akan mengubah sedikit strategi pemasaran untuk mendapat komisen yang lebih baik. Antara impian aku dalam dunia blogging adalah untuk mendapat pendapatan bulanan sama dengan pendapatan tetap aku sekarang.

Kesimpulan

Apa yang dapat aku katakan di sini ialah nak buat duit online perlu ada ilmu dan perlu fokus. Jika nak buat duit dengan blog mesti fokus membangunkan blog sehingga boleh buat duit. Jangan tamak sangat nak buat itu, dan nak buat ini. Nak tambahkan ilmu, pastikan membeli produk yang berkaitan dengan arah tuju kita berblog.

Antara sebab utama aku gagal dalam dunia buat duit online adalah tidak fokus dan cepat putus asa. Satu lagi mind set tidak berubah. Jadi kelemahan ini haruslah diperbaiki dan jangan ulangi kesalahan yang pernah aku buat. Jika tidak anda tidak akan ada arah yang betul hendak di tuju dalam dunia online.

Entri ini adalah entri Cabaran Terakhir iPhone 5s anjuran Denaihati.com ‘ Blogger Buat Duit Online ‘.

Berikut adalah senarai penaja untuk cabaran iPhone 5S.

Penaja Utama

  1. http://amariman.com

Penaja Individu

  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip

Terima Kasih kepada semua penaja untuk Cabaran iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger.

21 Comments

Add a Comment
  1. Patutlah ramai yg cuba buat Blog sungguh sungguh, boleh jana pendapatan rupanya
    ENTRI Safiya ☛ Apa Yang Isteri Bekerja Selalu Terlupa: Unconditional RespectMy Profile

    1. Betul tu safiya. Ni nak beritahu. Blog safiya tak dpt buka jika url ada www. (keluar error 404). Tapi jika tiada www tiada maslah. Rasanya perlu set semula url tu supaya direct link boleh guna www dan tanpa www.
      ENTRI Wira Merah ☛ Blogger Buat Duit OnlineMy Profile

  2. Tabik spring dengan blogger ni. Selamat Berjaya yea!
    ENTRI Noriza Rahman ☛ Set Kombinasi Mantap OmegaGuardMy Profile

  3. Ramainye geng berduit..nak join blh? Kita baru merangkak…
    ENTRI JAWATAN KOSONG TERBARU ☛ KEKOSONGAN KERJA SYARIKAT MALAYSIA AIRLINESMy Profile

  4. Nak buat duit tapi tak pandaile…
    ENTRI JAWATAN KOSONG TERBARU ☛ KEKOSONGAN KERJA SYARIKAT MALAYSIA AIRLINESMy Profile

  5. memang banyak cabang boleh buat duit online. Selamat berjaya saya ucapkan.
    ENTRI ainun ☛ Blogger Buat Duit OnlineMy Profile

    1. Ya, terima kasij ainun.

  6. billion terima kasih sudi meneruskan cabaran terakhir iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses.
    ENTRI Denaihati ☛ Cabaran terakhir iPhone 5sMy Profile

    1. Sama2 DH. Harap begitulah. jika ada rezeki bro.

  7. Bila memang konsen sebagai blogger maka menjana duit melalui dunia online bukanlah hal yang mustahil
    ENTRI News Farras ☛ Cara Mensyukuri Nikmat AllahMy Profile

    1. BEtul tu news Farras…tiada yg mustahil. Cuma kekadang kita yg tak sabar.

  8. wah ..artikel menarik semoga berjaya nanti dan membawa satu set iPhonen 5s..he..
    ENTRI Hero Borneo ☛ Nak Kereta Axia Carilah SayaMy Profile

    1. Harap begitulah hero borneo…entri ktk apa kurangnya…

  9. hebat betul penangan blog ni kann..
    ENTRI titan ☛ Mitos Blogger Buat Duit OnlineMy Profile

    1. Yup..makin banyak yg buat blog, makin lakulah kitab merah jambu kau Titan…

  10. Banyak kan cara nak buat duit online?

    All the best!
    ENTRI myliferia ☛ 20 Senaman Peha & Punggung Ala-ala Kevin ZahriMy Profile

    1. Byk cara, cuma perlu cari yg serasi ngan jiwa…

  11. entri yang menarik bro..gud luck
    ENTRI blogger lelaki ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

    1. Tq bro..harap mendapat perhatian hakim…

  12. Hmmm boleh tahan entri
    lengkap dan padat
    ada peluang utk menang ni…
    ENTRI AUC ☛ Ulu Cheka Bakal Dapat Masjid BaruMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme