Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Cara Mengatasi Trackpad Macbook Pro Bermasalah

Salam Sejahtera,

Bagi pengguna Macbook pro, jangan sangka tiada masalah yang ada hadapi apabila menggunakan komputer keluaran apple ini.  Selama lebih 3 tahun menggunakan Macbook pro pelbagai masalah yang telah aku hadapi. Tapi al-hamdulillah, segala masalah dapat di atasi dengan bantuan youtube dan google.

Apakah masalah trackpad macbook pro ni ? Sekali kena, macam komputer kena virus. Ada virus ke komputer apple. Jawapannya ada tapi oleh kerana tahap keselamatan adalah tinggi. Risiko untuk dijangkiti virus adalah 0.01%.

Masalah trackpad yang berlaku pada macbook pro aku ialah trackpad tidak dapat dikawal. Ia bekerja dengan sendirinya. Buka aplikasi, buat folder, klik itu, klik ini dengan automatik seperti dikawal oleh malware atau virus. Apa yang aku faham dan baca dari google. Sebenarnya trackpad atau touch pad macbook ini sangat sensitif.

Masalah trackpad ini aku rasa mungkin ada kesan dari tumpahan air dan susu tepung anak aku. Ini menyebabkan trackpad menjadi kotor dan ini menyebabkan berlakunya gangguan pada trackpad. Masalah ini biasa berlaku dan mungkin boleh menyebabkan kerosakkan terus pada hardware.

Masalah-Trackpad

Masalah Trackpad

Apabila macbook pro anda mengalami masalah ini cuba ikuti langkah-langkah dibawah :

1. Untick Setting Trackpad.

Perkara pertama perlu dilakukan ialah untick semua setting di trackpad (Sistem preference –> trackpad). Selepas untick anda hanya dapat menggunakan fungsi klik kana/kiri trackpad. Dan off semua wifi dan bluetooth.

2. Shutdown komputer.

Adalah sukar untuk anda mengawal komputer anda. Ini kerana anda tidak boleh menggunakan trackpad secara efektif. Untuk shutdown macbook, anda harus klik kanan untuk menghentikan seketika masalah trackpad ini. Cara ini hanya berkesan untuk beberapa saat sahaja. Jadi ambil peluang untuk shutdown macbook pro anda.

3. Cuci Trackpad

Setelah shutdown, anda perlu mencuci bahagian trackpad. Pastikan menggunakan kain yang lembut. Gunakan kain pengelap yang diberikan oleh pihak apple. Jika tiada boleh gunakan kain pengelap cermin mata. Jika tiada pencuci khas. Aku sarankan menggunakan air suam. Rendamkan kain lembut tadi dan cuci trackpad. Cuci dengan tekanan yang lembut. Lepas cuci biarkan sehingga betul-betul kering.

4. Reset PRAM/NVRAM

Langkah ketiga anda ‘ON’macbook pro anda dan lakukan reset PRAM (Parameter RAM). Caranya ialah dengan menekan key ‘OPTION + COMMAND + R + P’. Tekan secara serentak apabila anda turn on macbook pro anda. Untuk memastikan reset PRAM berjaya.Jangan lepaskan sehingga anda mendengar bunyi untuk kali kedua. Lepas bunyi kali kedua baru dilepaskan butang.

5. Verify dan Repair disk.

Ini adalah langkah terakhir yang aku lakukan. verify dan repair disk. Untuk melakukan ini anda perlu klik Finder –> Applications –> Other –> Disk Utility . Klik Macintosh HD –> Verify Disk. Tunggu beberapa minit. Lepas itu lakukan Repair Disk sekiranya perlu.

Setelah selesai 5 langkah di atas anda boleh setting balik trackpad anda untuk menggunakan fungsi-fungsi yang ada.

Kesimpulan

Aku harap artikel ini dapat membantu mengatasi masalah trackpad anda. Jangan hantar kedai dahulu. Cuba atasi sendiri masalah ini. Tapi kalau macbook anda masih ada warranty bagus lagi hantar ke pusat servis apple. Kalau tidak ada warranty macam macbook pro aku ni. Bagus buat dulu. Tak dapat baru hantar ke pusat servis.

HotProgram Jana Pendapatan Pasif

Sekiranya artikel ini boleh membantu anda dan rakan anda, jangan lupa klik butang share di bawah.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

12 Comments

Add a Comment
  1. saya memang belum pernah pakai macbook..laptop yang ada pun masih pinjam dari wife
    ENTRI Hero Borneo ☛ Ranking Alexa Hero Borneo MerudumMy Profile

    1. Laptop isteri pun tak pe..janji dpat online..

      1. itu yang terbaik masa ini..grap sahajalah he..he..
        ENTRI Hero Borneo ☛ Ibadah Puasa Dan Piala Dunia FIFAMy Profile

  2. Letih juga menggunakan MacBook ni. . Belum mampu lagi nak pakai MacBook. . Setakat ini hanya mampu menggunakan notebook Acer. . Satu saya beli pada bulan September 2006, alhamdulillah masih elok lagi sehingga sekarang. .. satu lagi notebook Acer saya beli pada Disember 2012. .
    ENTRI anuar ☛ Sepanyol diaibkan Pasukan Belanda 5-1My Profile

    1. Laptop 2006 masih boleh guna, mmg terbaik bro ni, pandai jaga laptop…
      ENTRI Arman ☛ Menangi RM500 Cabutan Bertuah Setiap HariMy Profile

  3. terima kasih atas informasi berguna ni
    ENTRI brohantu ☛ Harga Reel Pancing Daiwa SaltigaMy Profile

  4. tak pernah pula ada macbook nie.. tapi teringin juga nak pakai dan lihat os dia…

    1. Boleh tengok2 dan cuba dulu kat kedai apple bro…
      ENTRI Arman ☛ Menangi RM500 Cabutan Bertuah Setiap HariMy Profile

  5. Apple Mac memang banyak masalah… selalu je jadi macam2…
    ENTRI Boyfriend Felixia Yeap ☛ 3 iPad Mini Untuk Anda Menangi Di Spritzer+Fibre Viral VideoMy Profile

    1. Biasanya kalau dah kena cam ni ia akan berulang…

  6. hehe..belum mampu nak pakai MacBook pro.. kalau ada rezeki boleh la merasa
    ENTRI hafizi ☛ Panduan Jadi Blogger TerkenalMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme