Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Cara Menyimpan Isi Blog Dalam Bentuk Pdf

Salam Sejahtera,

Antara tujuan saya membina blog wira merah ini adalah ingin berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan saya berkenaan dengan Sistem Operasi kepunyaan Apple iaitu Mac OS X. Selain itu saya juga mencuba untuk membincangkan berkaitan dengan perisian yang di gunakan dalam sistem Mac OS X ini bagi memudahkan pengguna baru komputer Mac. Untuk kali ini saya akan cuba memperkenalkan cara menyimpan isi blog dalam bentuk pdf.

Untuk ini, anda perlu menggunakan browser Safari untuk melakukannya. Di Safari telah tersedia satu fungsi READER. Antara fungsi reader ialah memudahkan kita membaca web atau blog yang mengunakan tulisan yang kecil.

Ada beberapa sebab kenapa kita perlu menyimpan isi blog dalam bentuk pdf antaranya ialah :

  1. Line internet perlahan.

    Sekiranya line internet anda perlahan. Adalah lebih baik anda menyimpan dahulu isi blog yang ingin anda baca. Ini bagi menjimatkan masa anda untuk online. Kandungan blog yang ingin anda baca boleh di baca bila-bila masa dalam bentuk pdf.

  2. Sebagai Rujukkan.

    Anda antara kita mencari maklumat penting dan juga tutorial penting di internet. Apabila anda menyimpan maklumat yang anda perolehi dalam bentuk pdf. Ini akan memudahkan anda untuk membuat rujukkan di kemudian hari. Tidak perlu anda membuang masa mencari maklumat yang sama setiap kali ingin membuat rujukkan.

  3. Koleksi Tutorial.

    Sekiranya anda adalah seorang yang berminat dengan tutorial di internat. Ini adalah cara terbaik anda menyimpan koleksi anda. Di samping itu anda boleh berkongsi tutorial yang anda simpan dengan rakan-rakan lain sama ada secara online atau off line.

Ini adalah antara sebab saya menyimpan maklumat penting di blog dalam bentuk pdf. Jadi kita terus ke cara menyimpan isi blog dalam bentuk pdf.

Baiklah, mari kita teruskan dengan tutorial cara menyimpan isi blog dalam bentuk pdf. Jika anda menggunakan browser firefox atau google crome sila guna Safari. Jika sudah anda boleh buka mana-mana blog atau guna sahaja blog wira merah untuk praktikal.

cara menyimpan isi blog dalam pdf

Perhatikan gambar di atas. Di sebelah kanan anda, ada butang reader yang saya bulatkan bernombor 1. Bahagian nombor 2 iaitu isi blog adalah paparan yang akan terhasil. Anda Klik reader dan paparan seperti di bawah akan keluar.

cara menyimpan isi blog dalam pdf

Untuk menyimpan dokumen ini dalam bentuk pdf.

1. Klik Menu → File → Print atau anda boleh guna short cut keyboard. Anda hanya perlu tekan Command ⌘ + P . Paparan seperti di bawah akan di tunjukkan.

cara menyimpan isi blog dalam bentuk pdf

Apabila paparan seperti di atas di tunjukkan. Anda tidak perlu klik print. Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyimpan dokumen ini dalam bentuk PDF. Apa yang perlu ada buat :

  1. Klik butang PDF sebelah kiri anda.

  2. Pilih ‘Save as PDF’.

cara menyimpan isi blog dalam bentuk pdf

Paparan seperti di atas akan keluar. Anda boleh tukar nama file [1 Save as ] mengikut kesesuaian. Dan memilih [2 Where ] di mana akan menyimpan file ini nanti. Bahagian lain biarkan default atau kosong. Dan akhir sekali Klik butang [ 3 Save ] . selesai.

Di sini ada beberapa perkara yang hendak di jelaskan. Kenapa kita perlu menggunakan fungsi Reader pada safari dahulu. Sebenarnya jika anda terus Save As tanpa mengunakan fungsi reader anda tidak boleh save dokumen ini dalam bentuk pdf. Sebab itu fungsi reader ini penting.

Yang kedua, jika anda tidak menggunakan fungsi reader dan klik print untuk save as pdf, hasil yang anda dapat tidak akan memuaskan. Ini kerana anda akan save keseluruhan isi blog.

save file pdf

Paparan di atas adalah hasil yang di perolehi menggunakan fungsi reader dan tidak menggunakan fungsi reader. Di sebelah kiri menggunakan fungsi reader dan di sebelah kanan tidak menggunakan fungsi reader. Hasil yang di sebelah kiri adalah lebih baik dan kemas.

Fungsi untuk ‘save As PDF’ ini boleh juga anda gunakan untuk perkara lain. Contohnya sekiranya maklumat online anda perlu di prints. Dan dalam masa sama anda tiada sambungan printer pada komputer anda boleh guna fungsi ‘save as PDF’ ini dan mencetak dokumen anda kemudian.

Setakat ini tutorial cara menyimpan isi blog dalam PDF. Semoga ia bermanfaat untuk anda. Jika anda rasa artikel ini dapat membantu rakan anda jangan lupa kongsikan di facebook atau twitter. Jika ada pandangan dan pendapat anda boleh tinggalkan di ruangan komen.

Macam seronok aje Contest SEO Eridy .

6 Comments

Add a Comment
  1. Bagus enteri nie. Kalau ada webpage yang penting senang jadi PDF – kalau bookmark selalunya lupa macam tu jer…
    ENTRI Izzuddin Fauzi ☛ Windows 8.1: Lebih Baik dari Windows 8My Profile

    1. Bookmark juga bro, kalau guna crome browser. Boleh bantu ranking google he..he..he..
      ENTRI Arman ☛ Contest SEO Eridy Terhangat Di PasaranMy Profile

  2. menarik ni.. kena simpan sebagai panduan di masa hadapan
    ENTRI zool ☛ Proton Perdana baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme