Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Cara Mudah Membuat Kata Laluan Yang Kuat

Salam Sejahtera,

Kali ini saya ingin berkongsi cara mudah untuk membuat kata lalauan yang kuat. Kata laluan ini sangat penting kerana ia merupakan kata laluan yang kita gunakan untuk masuk dalam sesebuah laman web seperti facebook, twitter akaun bank dan sebagainya. Dengan memiliki kata laluan yang kuat, ia memberi jaminan keselamatan akaun kita daripada di ceroboh.

Kebanyakkan daripada kita menggunakan kata lalauan yang mudah untuk di ingat dan di teka seperti nombor kad pengenalan, nama, dan  tarikh lahir. Tahukah anda jika anda membuat kata lalauan yang lemah ia memudahkan pengodam untuk menceroboh akaun anda. Ingat akaun anda adalah hak anda. Bayangkan jika anda tidak dapat login akaun bank anda kerana telah di ceroboh. Dan anda kehilangan wang anda. Sedih bukan. Jika akaun facebook mungkin kebanyakkan kita tidak kisah kerana ia tidak membabitkan kehilangan wang. Tapi ia tetap bahaya jika akaun kita di ceroboh dan di salahgunakan oleh orang lain.

Untuk membuat kata laluan yang kuat ia seharusnya menggandungi huruf besar,huruf kecil nombor dan simbol. Sebagai contoh : Kita hendak membuat kata laluan menggunakan ayat.

“kucing saya” boleh di tulis seperti ini “Ku<!N954Y@” . Disini saya menggunakan gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol untuk membuat kata lalauan berdasarkan perkataan “kucing saya”.

membuat kata laluan

Contoh lain :

Semangat  = 53M4n9@T .

Nama Saya = N@m454y@ .

Cara ini adalah bagi memudahkan anda mengingat kata lalauan yang digunakan. Dan penukaran huruf menggunakan simbol dan nombor hanya anda sahaja yang tahu sebab anda yang menciptanya. Huruf A anda boleh tukar mengunakan nombor 4 atau simbol @ atau $ ( shift + 4 ) berada pada butang yang sama dan terpulang kepada anda untuk mencipta.

Anda boleh menggunakan nama anak anda, nama ibu, nama bapa, nama haiwan kesayangan atau apa sahaja nama dan tukarkan nama itu dalam bentuk yang sukar orang lain nak teka.

Untuk memudahkan pemahaman anda cuba cipta kata laluan diruangan komen. Di harap tips mudah ini akan membantu anda membuat kata laluan yang kuat. Tidak perlu menggunakan software, kata laluan anda mudah di ingat tapi sukar untuk orang lain atau perisian teka kata laluan anda. Selamat mencuba.

9 Comments

Add a Comment
  1. byk2 pswd ni susah gak, lambat nak login
    ENTRI encikarman ☛ Cara Senang Redeem Treatpoint Maybank – Lenovo A706My Profile

    1. Aku guna 1password utk login semua akaun aku. Perlu ingat master password jer. Password lain tak ingat pun tak apa he..he..

  2. Wahhh boleh cuba nanti..hehe
    ENTRI Hafizul ☛ Maafkan Aku Jika Ada Yang TerasaMy Profile

    1. Cubalah. Mudah nak ingat password cara ni dari kita auto create password.

  3. wah…terbaik.. hanya kita yang tahu..lebih safety kan?
    ENTRI hafizi ☛ Apakah Alexa RankMy Profile

  4. Wah³ hebak la klu cenggini gat:) kuang³;D

  5. betul3 mmmm…mm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme