Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Cat Kereta Wira Merah Special Edition

Cat Kereta Wira Merah Special Edition | Salam Sejahtera,

Hari ini ni buat entri buakan pasal blog wira merah. Tapi pasal kereta wira merah aku. Nama wira merah ni memang agak sinonim dengan aku. Dan kebanyakkan orang aku kenalpun kalau tak ingat nama aku. Mereka akan ingat aku selalu guna wira merah.

Sebagai pengguna kereta adalah sangat perlu kita mengetahui Tips Penjagaan Kereta. Ini bagi mengelakkan kita di tipu oleh pemilik bengkel. Lagipun jika pandai menjaga kereta ia dapat mengurangkan risiko kerosakan pada kereta.

Kini umur wira merah aku dah 10 tahun. Memang dah jadi hak milik kekal. Senang sikit sebuah kereta dah habis bayar. Nak dijadikan cerita sebenarnya kereta aku ni memang dah di cat / spray semula pada penghujung tahun 2011. Warna asal merah, dan di cat semula warna merah.

Kini ia di cat semula, dan masih dikekalkan dengan warna asalnya merah. Memang teruk juga keadaaan kereta aku ni. Dalam masa setahun ini kereta ni parking di tempat yang tidak berbumbung. Jadi memang mengelupas habis cat terutama nya cat clear. Anak aku kata macam kurap kereta. Puas cari gambar keadaan kereta aku yang dah mengelupas catnya. Tapi tak jumpa.

Tak senang dengan keadaan cat kereta yang amat menyedihkan, jadi aku mengambil keputusan untuk mengecat semula. Cuma cat di bahagian luar sahaja. Dalam masih dalam keadaan yang tip top.

Perkhidmatan sangat baik. Dalam masa 3 hari kereta aku siap di cat semula. Memang puas hati.

Wira Merah

Wira Merah Dalam Proses Sebelum Mengecat

Cat Wira Merah

Wira Merah Selepas Di Cat

Kini kereta wira merah aku masih berada di bengkel. Sebelum ni berada di bengkel mengecat. Tapi kini telah di masukkan ke bengkel aircond pulak. Aircond memang dah lama tak sejuk. Memang anak selalu komplain bila naik kereta aku. Panas.

Dah buat quotation untuk aircond, semua kos dalam RM700 lebih. Nanti cerita lagi,tauke tempat aku hantar tu main telefon je. Aku setuju dia buat.

Satu lagi masalah kereta ni perlu di selesaikan. Minyak hitam dah leaking. Perlu top overhaul. Duit lagi. Kos untuk top overhaul RM1,300. Bajet untuk kereta dalam RM2K. Nampaknya bajet untuk kereta sudah lari dari bajet asal. Nasib baik untuk cat kereta aku dapat harga diskaun. Jadi banyak juga jimat.

Tadi dah tanya bengkel yang lain, ada bengkel minta RM500 lebih. Masih servey mana satu yang lebih baik dan harga berpatutan. Bab enjin ni, tidak boleh dipandang enteng, sekali buat hal parah dibuatnya. Lagipun bukan tahu apapun pasal enjin. Ikut cakap pomen je. Cuma mampu mengiyakan sahaja.

Kesimpulan.

Kereta dah berumur 10 tahun, memang perlu untuk top overhaul. Sebelum ia menjadi lebih parah. Lagipun enjin kereta aku memang tak pernah pun bermasalah sebelum ini.

Memang dalam masa 10 tahun aku menggunakan kereta wira merah special edition ni, jarang sekali ia mengalami masalah. Cuma aircord kalau tak silap aku dah dibaiki 4 kali. Itu kena tipu kali masa kali kedua aku baiki aircond. Untuk penjagaan aircond ni aku memang agak kurang. Yang lain masalah kecil-kecil biasalah. Window rosak, lock door rosak.

Jika anda sayang kereta anda, aku memang galakkan membaca ebook ini –> Tips Penjagaan Kereta.

Harap dengan memiliki panduan tips Penjagaan Kereta ini anda dapat MEMBANTU anda mengurangkan kos membaiki dan tidak di tipu oleh pomen-pomen di luar sana.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

4 Comments

Add a Comment
  1. Cantik dan berkilat kereta bro sekarang ni.. Warnah merah Ferrari memang sesuai dengan kereta ni… 😉
    ENTRI Anuar ☛ Koleksi Seni Khat Kufi Pada Harga Promosi!My Profile

    1. Warna ni ikut caler asal wira, sebelum ni warna merah ferrari…

  2. wah sudah kembali nampak baru
    ENTRI blogger lelaki ☛ Buat Duit Di iLancee.comMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme