Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Menerapkan Ciri-Ciri Blogger Berjaya Dalam Diri

Salam Sejahtera,

Sebagai seorang blogger baru. Perkara yang menjadi impian aku ialah ingin menjadi seorang blogger yang berjaya. Terdapat beberapa ciri seorang blogger yang berjaya yang harus menjadi ikutan. Kerana mempunyai ciri-ciri ini mereka menjadi blogger yang berjaya sekarang.

Entri ini ditulis bagi mengingati aku tentang apa yang perlu aku lakukan. Harap ia juga dapat membantu rakan blogger yang lain. Jika ada pendapat boleh kemukakan diruangan komen supaya apa yang dibincangkan lebih bermakna.

Jika kita menerapkan ciri-ciri yang akan aku senaraikan nanti serta mengamalkannya. Aku yakin kita boleh berjaya seperti rakan blogger yang lain.

blogger berjaya

Image – SuccessOnline.com.au

5 Ciri Blogger Berjaya

1. Membuat entri secara konsisten.

Ciri pertama ialah membuat entri secara konsisten. Konsisten bermakna mereka boleh membuat entri sehari satu, seminggu 3 entri, sebulan 20 entri, atau beberapa entri dalam sehari.

Ini bermakna blog mereka tidak akan dibiarkan sepi tanpa entri baru dalam masa yang lama. Dalam erti kata lain menetapkan berapa jumlah entri yang boleh di post dalam masa sehari, seminggu atau sebulan.

Pernah baca komen yang di tinggalkan oleh Encik Titan seorang blogger berjaya. “Bro kemaskini blog selalu” lebih kurang macam ni lah ayat beliau. Maaf aku lupa kat blog mana beliau komen.

Jika anda menggunakan RSSOwl anda akan dapat perhatikan blog mana yang kerap kemaskini.

2. Minat dengan topik yang di tulis di blog.

Kebanyakkan blog yang aku kenal dan sudah berjaya adalah blog peribadi. Apa yang aku dapati adalah mereka menulis perkara yang mereka minati. Sebab itu apa yang mereka tulis itu ada rasa. Rasa inilah yang menyebabkan entri mereka tak jemu dibaca oleh pengunjung blog. Mereka sentiasa menantikan entri baru dari mereka.

3. Suka berinteraksi dengan pengunjung blog.

Berinteraksi dengan pengunjung blog adalah sangat penting. Inilah yang cuba aku terapkan dalam blog aku ini. Berinteraksi dengan pengunjung blog ini adalah lebih kepada membalas komen-komen yang ditinggalkan. Dan berkunjung balik ke blog mereka sebagai balasan. Dan lakukan perkara yang sama iaitu meninggalkan komen.

Kebanyakkan yang meninggalkan komen di blog kita ialah mereka juga adalah blogger. Dengan berinteraksi sebegini menyebabkan blog kita lebih hidup.

4. Tidak kedekut memberikan link.

Blogger yang berjaya tidak kedekut untuk memberikan link. Maksudnya disini dalam penulisan artikel. Mereka akan cuba mengaitkan artikel dengan link blogger lain yang sama topik dengan mereka.

Blogger sebegini tidak mengira google page rank. Walaupun blog mereka sudah mencapai PR3 keatas. Mereka tetap memberi link kepada blog-blog baru walaupun masih PR 0. Seperti tag line blogger berjaya Denaihati – Hidupkan Untuk Memberi.

5. Menulis artikel dengan baik.

Tidak tahu menulis bukan alasan untuk tidak menjadi blogger yang baik. Ini kerana menulis artikel dengan baik boleh di pupuk dan dilatih dengan kerap. Tulislah artikel hasil dari kerahan otak sendiri. Lainlah kalau kopipes. Memang sampai bilapun penulisan akan tahap tu sahaja.

Bab ini aku masih lagi melatih diri aku menulis mengikut rentak aku sendiri. Menjadi diri sendiri adalah cara terbaik untuk menghasilkan penulisan yang baik. Ini adalah pesanan dari kebanyakkan blogger yang berjaya.

Panduan Menjadi Penulis Bebas

Kesimpulan.

Ini adalah 5 ciri-ciri blogger berjaya yang cuba aku terapkan pada diri aku. Untuk berjaya tidak salah kita meniru orang yang telah berjaya. Aku juga perlukan teguran yang membina dari rakan blogger. Menjadi blogger berjaya perlu mempunyai hati kering.

Selain apa yang aku nyatakan di atas. Ada banyak lagi ciri-ciri seorang blogger berjaya. Apa kata anda kongsi pengalaman dan pendapat anda. Apakah ciri-ciri blogger berjaya yang anda terapkan dalam diri anda.

10 Comments

Add a Comment
  1. berhubung saya masih category pemula dal berblogging, posin2 yang disebutkan di atas sedikit demi sedikit saya kembangkan sob, agar semakin baik kemampuan menulis saya
    ENTRI Rizkyzone.com ☛ Hari Raya Idul Adha Selalu BersamaanMy Profile

    1. Saya pun masih nak menerapkan ciri2 ini.Semoga kita sama2 berjaya mas.
      ENTRI Arman ☛ Pemilihan Tema Blog Wira Merah : FrontierMy Profile

  2. salam perkenalan..

    ciri-ciri blogger yang berjaya ialah kesungguhan untuk melakukan apa yang dinyatakan di atas..
    ENTRI kakiblog ☛ Segmen Inspirasi JutawanMy Profile

    1. W’slm, slm perkenalan juga bro.

  3. Hehe..setuju dengan apa yang bro senaraikn ni..tapi kadang kala masa agak mencemburui..hehe
    ENTRI Hafizul ☛ Surat Cinta PiahMy Profile

    1. Byk lagi ciri dan amalan blogger berjaya.Tapi yg 5 ni kalau dpt ikut aku rasa bagus untuk permulaan.

  4. salah satu ciri blogger berjaya adalah kena ada “target” dan jangan “sederhana” didalam berblogging. Xda target nanti xda tujuan malah jadi lesu pula, kena sederhana kalau x nanti paksa diri sangat last last hilang semangat, itu x mau
    ENTRI Juan ☛ Barefoot Friends Best Selepas Running ManMy Profile

    1. Tq. Juan atas nasihat ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme