Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Contest SEO, Terima Kasih Denaihati dan Tahun Baru 2014

Salam Sejahtera,

Apa khabar rakan-rakan semua ? Lama juga tidak kemaskini blog. Berehat sekejap dari memikirkan blog. Kalau tidak asyik fikir pasal blog sahaja. Ambil mood untuk tahun 2014.

Contest SEO Eridy,

Pada bulan disember 2013 ini, rasanya contest seo eridy adalah antara contest yang hangat di penghujung tahun 2013. Aku ada juga ikut contest ini. Banyak juga rakan-rakan blogger menyertai contest ini. Dari yang blog baru sehingga blog otai-otai SEO.

Banyak pengajaran dan pengalaman yang di perolehi dari contest ini. Jika ada peluang nanti akan di kongsikan pengalaman mengikuti contest ini.

Dari semakan yang di buat entri aku berada di halaman 9 ( google.com ). Memang masih jauh dengan usaha yang minimum he..he..he… Boleh baca entri aku di sini. Jadi rasanya esok adalah hari terakhir contest seo eridy. Mungkin ada perubahan kedudukan di saat-saat akhir nanti. Mana tahu ada yang buat kerja ‘last minute’.

Terima Kasih Denaihati

Selain dari contest seo eridy, aku ada juga menyertai contest review aplikasi android denaihati terbaru.Β Boleh baca review ini di link yang di berikan. Ini kali pertama aku buat review.

Alhamdulillah pagi tadi dapat email dari saudara Anarm Khairul. Beliau memaklumkan bahawa entri yang aku buat terpilih juga sebagai pemenang. Jadi dapatlah sedikit hadiah dari Denaihati penghujung tahun ni. Terima kasih Denaihati Network.

denaihati

Terima Kasih Denaihati

Walaupun nilai tidaklah banyak sangat tapi ia tetap berbaloi kerana rezeki itu datang dari pelbagai bentuk dan arah πŸ™‚ . Rasanya ada satu lagi contest dari denaihati iaitu contest iphone 5. Tapi contest iphone 5 ini belum bermula lagi. Mungkin akan bermula pada awal 2014.

Boleh dapatkan info contest iphone 5 terkini di denaihati.com.Β Siapa yang hendak sponsor boleh sponsor untuk contest ini.

Tahun Baru 2014

Tahun baru 2014, aku ada beberapa projek blog yang hendak di buat. Ini juga adalah percubaan pertama untuk terjun dalam bidang blog niche. Banyak benda yang perlu di belajar. Dan dengan perojek ini juga akan menentukan sama ada aku sesuai atau tidak dalam bidang ini.

Untuk projek ini, aku tidak ada pilihan selain dari berjaya. Oleh kerana blog yang di bina adalah blog bahasa inggeris. Ada beberapa kekangan yang telah di kenal pasti. Yang pasti bahasa inggeris aku memang teruk. Tapi aku rasa itu bukan masalah besar sangat. Jika dah nama masalah, mesti ada cara untuk mengatasi.

Ini adalah antara azam dan harapan aku untuk tahun 2014. Doakan kejayaan aku dan di harap segala usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil.

Jika rakan-rakan ingin memberi idea dan pandangan berkenaan dengan projek blog niche ini tinggalkan komen. Beri cadangan niche apa yang perlu di cuba. Dan apa-apa pandangan dan cadangan agar projek ini berjaya.

Segala cadangan dan pandangan anda, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak, aku doakan semoga kita sama-sama berjaya dengan apa yang kita lakukan.

Selamat Tahun Baru 2014.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

14 Comments

Add a Comment
  1. tahniah dan teruskan segala yg dirancang tu bro..:)
    ENTRI reezluv β˜› Cabaran 2014My Profile

    1. Terima kasih reezluv…

  2. tahniah bro!

    terbukti, menulis blog juga mampu menjana pendapatan sampingan..moga 2014 mendatang dgn penuh keberkatan utk kita semua..ameen
    ENTRI hafizmd β˜› Kembara Palestine Jejak Khalifah Umar al-Khattab r.aMy Profile

  3. Tahniah. . Semoga lebih berjaya pada tahun 2014 nanti. ..
    ENTRI anuar β˜› Baju Melayu Kembar 3 Aaron Aziz?My Profile

  4. Niche apa bro? Pilih yang hot-hot sikit. Senang nak berjaya. Tapi jangan lupa, hot biar hot ikut syariat. Heheh
    ENTRI Amran β˜› Catatan Terakhir 2013My Profile

    1. Hot tapi kurang persaingan…test market dulu bro.

  5. Alhamdulillah bro menang dan dah terima bonusnya, dan terima kasih sekali lagi penyertaan dan sokongannya.
    ENTRI Denaihati β˜› 2013 mengembara merata ceruk rantau duniaMy Profile

  6. Selamat tahun baru 2014 dan tahniah dapat rezki tu. Moga akan lebih sukses lagi nanti…Insyaallah!
    ENTRI Mohd Shubhi β˜› Panduan buat azam tahun baru 2014My Profile

  7. Tahniah, RM50 pun takpe asalkan masyuk πŸ™‚
    ENTRI Malaysia Tercinta β˜› Video Full Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 7 OnlineMy Profile

  8. Rezeki di tahun baru…gud job bro..hehe
    ENTRI Hafizul β˜› Ok. Aku Tak PandaiMy Profile

  9. Alhamdulillah mas arman menang, selamat mas, semuga bisa jadi penambah semangat
    ENTRI Rizkyzone.com β˜› Custom Made Sticker KeretaMy Profile

  10. Tahniah bro. semoga semakin sukses pada tahun ini πŸ™‚
    ENTRI Khairul Zamri β˜› Muslim Niaga – Platform Dropship Produk IslamikMy Profile

  11. tahniah dan semoga terus Berjaya dalam hidup…
    ENTRI hafizi β˜› Panduan Jadi Blogger TerkenalMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme