Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Dalam Dilema Nak Beli iPhone 6 atau ?

Dalam Dilema Nak Beli iPhone 6 atau ? | Salam Sejahtera,

Semenjak Lenovo Vibe X aku kondem bulan lepas, aku sekarang menggunakan Samsung Galaxy S Plus isteri aku buat sementara waktu. Mood menggunakan lenovo vibe x memang dah kelaut dah. Samsung Galaxy S Plus ni pun sebenarnya dah nak kondem juga. Masalah bila nak buat call selalu lag.

Memang dah tak CINTA dengan Lenovo vibe X. Memang aku dah putus harapan dah dengan lenovo. Talak 3 terus. Tapi lenovo yang isteri aku guna macam ok je aku tengok. Mungkin setakat ini sahaja jodoh aku dengan lenovo.

Smartphone impian aku ? Sememangnya jenama apple. Oleh kerana aku orang miskin, bajet tu lamalah nak tunggu cukup untuk mendapatkan smartphone impian tu.

Nak beli iPhone 6 ? Dari segi design aku memang tak suka sangat. Dari segi spec dan saiz skrin aku memang suka. Aku lebih suka dengan design iPhone 5s tapi sayang saiz skrin cuma 4″ sahaja. Dari segi harga boleh jimat dalam RM400 kalau ambil iPhone 5s. ada pro dan kontra nak pilih iphone ni. Jadi masih dalam dilema.

Nak Beli iPhone 6

Iphone 6 vs Xiaomi Mi4 vs Motorola Nexus 6

Sememangnya aku berminat juga dengan Xiaomi Mi4 dan Motorola Nexus 6. Kedua-dua smartphone ini bagi aku setanding dengan iphone 6. Cuma jika aku membeli smartphone yang menggunakan OS Android ia menjadi masalah untuk aku memindahkan data dari smartphone android dengan macbook pro yang aku guna sekarang.

Dari segi RAM walaupun iphone 6 cuma memiliki RAM 1GB dibandingkan dengan Xiaomi MI4 3GB dan Motorola Nexus 6 (2GB). Harus di ingat iphone menggunakan iOS bukan android. Jadi untuk membandingkan penggunaan RAM bagi smartphone ini agak kurang tepat.

Xiaomi Mi4 rasanya belum masuk pasaran Malaysia lagi. Tapi boleh beli set AP secara online di Lazada.com.my atau Lelong.com.my. Untuk Motorola Nexus 6 tak pasti samada dah masuk pasaran Malaysia atau tidak. Aku dah cuba cari kat Lazada.com.my. Belum ada jual lagi di lazada.

Ada juga iPhone 6 promosi dari dari celcom, digi dan maxis. Semalam ada juga bertanya dengan amoi cantik wakil jualan  dari Maxis mengenai pakej yang mereka tawarkan. Walaupun harga iPhone agak murah tapi dari segi komitmen atau bayaran bulanan serendah RM100 sebulan dibayar selama 24 bulan agak tidak berbaloi.

Tidak berbaloi kerana aku bukan online 24 jam. Top up handphone aku sebulanpun biasanya paling banyakpun RM30 sahaja. Jadi bila di kira-kira agak rugi aku membeli secara kontrak.

Bagi sesiapa yang pengunaan internet mobile melebihi RM100 sebulan aku rasa pakej ini agak sesuai. Lagipun dapat beli iphone dengan harga murah.

Kesimpulan

Oleh kerana aku bukan jenis orang yang tukar smartphone bila ada keluaran baru. Jadi target aku untuk mendapatkan smartphone yang boleh aku guna paling lama 3 tahun. Kalau dapat guna lebih lama lagi bagus. Tukar smartphone ni pun kerana smartphone aku dah rosak. Kalau ada rezeki menang Contest Cabaran iPhone 5s Gajet Impian setiap Blogger anjuran denaihati jimat lagi aku tak perlu beli smartphone baru.

Apakah smartphone pilihan aku seterusnya hanya bajet yang menentukan ….

14 Comments

Add a Comment
  1. rembat je iPhone 6 tu bro..baru puas hati..hahaha
    ENTRI blogger lelaki ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

    1. Tengah buat kira2 bro…rasanya dah 70% he..he..he..
      ENTRI Wira Merah ☛ Dalam Dilema Nak Beli iPhone 6 atau ?My Profile

  2. Beli je setakat mana yang mampu janji berbaloi dengan spec yang ditawarkan.
    ENTRI adarain ☛ Ada Apa Kat Legoland Malaysia Sampai Beratus Kena Bayar?My Profile

    1. Ya bro, bajet tu penting…

  3. tak faham part yang “OS Android ia menjadi masalah untuk aku memindahkan data dari smartphone android dengan macbook pro yang aku guna sekarang.” ape masalahnye?
    ENTRI Alongxp ☛ Susah ke buat laman web?My Profile

    1. Kalau sambung hp dgn mac guna cable…mac tak support. Sebab file installation biasanya guna .exe. Memang tak dpt buka. Dapt pindah data dlam phone ke mac guna online je..kalau guna samsung masih boleh lagi. Boleh install ‘Kies’. Tapi ‘kies’ ni hanya utk smartphone samsung connect to mac ( macam itunes jugalah ). Lenovo Vibe X aku mmg tak dapat. Ada cara lain ke ? mungkin aku terlepas pandang .
      ENTRI Wira Merah ☛ Dalam Dilema Nak Beli iPhone 6 atau ?My Profile

  4. bro tahan dulu..tunggu keputusan cabaran iPhone 5 keluar
    ENTRI Kakiblog ☛ Blogger Penyampai MaklumatMy Profile

    1. Yup bro…harap ada rezeki dapat iphone 5s…boleh save bajet.
      ENTRI Wira Merah ☛ Tips Penjagaan Kereta Supaya Tetap Tip TopMy Profile

  5. Kalau saya mending beli iPhone 5S saja sudah lumayan bagus.

    1. Saya pun minat iphone 5s lebih cantik dari iphone 6…

  6. aku masih guna Lenovo S930 aku ni..ok lagi la..tapi ngah ushar ushar Oppo plak..ahahaa
    ENTRI reezluv ☛ Belajar Gitar – Layan Lagu Canon RockMy Profile

  7. saya pun jenis tak fanatik sangat dengan gajet ni, janji tak meragam banyak sudah 🙂
    ENTRI Noriza Rahman ☛ Jangan Takut Melancong ketika Hamil!My Profile

  8. salam, saya ader jual pelbagai Jenis phone clone grade AAA dengan harga yang sangat murah, ip5s, ip6, ip6+ pon ader, ader banyak lagi phone jenama lain, berminat?, whatapp or pm saya di 01128755146

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme