Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

DiGi Internet Mobile Alternatif Untuk Streamyx

Salam Sejahtera,

Masa cuti sekolah ini aku lebih banyak masa menjaga anak-anak. Maklum sahajalah, isteri aku kerja shif. Ada 3 shif, shif pagi, shif petang dan shif malam. Hari ini my love kerja shif petang. Kerja shif petang dari pukul 2.00 petang hingga 9.00 malam.

Sambil menjaga anak-anak aku layan internet. Anak-anak bermain sambil menonton astro. Layan kartun sahaja sepanjang cuti ni. Aku memang rapat dengan anak-anak. Orang kata anak perempuan biasa rapat dengan Ayahnya. Tidak pasti pula mungkin betul.

Melalut pula, yang sebenarnya aku nak ceritakan pasal internet. Pada 30.11.2013 lepas aku melanggan DiGi Internet Mobil. Aku melanggan pun sebab gangguan talian streamyx . Setakat ini tiada tanda-tanda pihak TM hendak membaiki kerosakkan yang berlaku. Agak teruk juga sebenarnya kerosakkan disebabkan tanah runtuh tempoh hari.

Kalau di kira tiang, lebih kurang 4-5 tiang yang tumbang dan meyebabkan kabel telefon terputus. Dan aku rasa sepanjang Disember ini memang tidak merasa mengguna streamyx.

digi

SmartPhone Rebet – Akhirnya Berguna Masa Kecemasan

Sebagai alternatif untuk online aku melanggan DiGi Internet . Aku pernah guna celcom, tapi habis kredit smartphone aku. Pernah juga langgan untuk 1 minggu pada hari raya lepas. Untuk seminggu bayaran sebanyak RM18.00 . Yang peliknya aku reload RM30.00. Bila langgan celcom internet ( RM 18.00 seminggu ) tak sampai pun 2 jam dengan kredit baki aku sekali habis. Tidak tahu pula apa sebabnya. Dan sampai sekarang aku memang fobia terus hendak melanggan internet menggunakan celcom.

Bila berblog line internet adalah merupakan kepentingan yang mesti ada. Sangat susah jika line lambat sangat. Hendak kemaskini blog, blogwalking, cari maklumat, kalau semuanya lambat memang boleh menyebabkan hilang sabar.

Balik dengan DiGi internet, bila hujan memang ada masalah. Lagipun di rumah aku ni mana dapat 3G. Rasanya 0G pun belum tentu ada. Apapun memang aku berterima kasih sangat dengan DG ini. Kalau tidak susah juga aku hendak meneruskan aktiviti berblog.

Pada 3.12.2013 dapat mesej dari DiGi ‘You have used 50% of your Internet quota. Speed after 100% will be reduced’ .

Pada 4.12.2013 jam 4.07 pm dapat lagi mesej ‘You have used 75% of your internet quota. Speed after 100% will be reduced. To continue sufing at 3G speed dial *116# and subcribe to an internet plan”.

Kini tinggal kurang dari 25% quota. Baru je 5 hari guna. Aku ni jenis guna internet 24 jam. Sebab itu aku memang sangat perlukan streamyx. Streamyx oh streamyx bilalah engkau boleh di gunakan.

Lagi satu, sekarang ini aku join ‘Contest SEO Eridy‘. Kalau internet macam ni, mana tahan. Perlu cari alternetif lain untuk berblog. Semakin ramai yang join contest seo eridy . Aku join pun cuma hendak test seo blog wira merah ni. Strategi belum dapat dilaksanakan sepenuhnya disebabkan line internet yang lambat macam siput.

Ini mungkin satu persediaan untuk contest dari Denaihati nanti . Kalau tidak menang di contest SEO Eridy kita jumpa di contest denaihati pula. Aku harap sangat contest dari denaihati nanti bukan pada Disember 2013 ni.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini sampai habis. Anda boleh share artikel ini ataupun tinggalkan komen.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

3 Comments

Add a Comment
  1. mungkin sebab banyak sangat download files ni. selalu bandwith tak banyak kalau celcom ni.hhehe
    ENTRI pahan ☛ Tip Jadi Pemenang Contest SEO Eridy like a bossMy Profile

    1. Celcom ni aku bagi 3/10 bintang je pahan, pengalaman aku guna DG memang bagus setakat ini. Quota limit dah habis pun aku still boleh online lagi sehingga tempoh langganan aku tamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme