Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Gangguan Talian Streamyx

Salam Sejahtera,

Gangguan Talian Streamyx – Lama juga sudah tidak update blog ni. Tengah bercuti dari 18 – 28 November 2013. Bila dah berada di kampung memang agak susah nak update blog. Dan sekarang walaupun masih bercuti tetapi masa aku lebih banyak berada di rumah dan bersama keluarga.

Jadi masa ini adalah masa yang baik untuk membuat aktiviti blog dan aktivit online yang lain. Tapi agak malang, sebab buat masa ini line streamyx mengalami masalah selepas berlaku tanah runtuh pada 18.11.2013 yang lepas. Dari tarikh ini sehingga sekarang belum ada tanda-tanda pihak TM membaiki kerosakkan pada kabel talian mereka. Ini bermakna dah hampir 2 minggu dah tiada internet. Tanah runtuh ini belaku di jalan Selirik antara SK Sungai Amang dan Medical Villa Kapit.

Tidak pasti pula bila pihak TM akan membaikinya. Harap pihak TM kapit cepat mengambil tindakan kerana kami di sini sangat memerlukan internet. Apa-apa projek yang hendak di buat sekarang terpaksa di hentikan. Sekarang aku guna line DiGi langgan yang seminggu RM7.00 100MB.

Aku harap pihak TM Kapit ada memberikan notis berkaitan dengan tempoh pembaikan kerosakkan. Ini bagi memudahkan kita mencari alternatif lain untuk berinternet. Lagipun bayaran bulanan tetap juga di bayar.

Bina Perniagaan Dengan Jenama Sendiri

Jika streamyx masih tak dapat di gunakan aku pertimbangkan nak langgan pakej DiGi sebulan 1GB (RM30) atau 2GB (RM48). Jika ada rakan-rakan yang pernah guna DiGI boleh kongsi di ruangan komen. Aku memang tidak berapa faham tentang pakej internet DiGi. Internet ni dah jadi satu keperluan sekarang. Semua bil-bil di bayar secara online. Buang masa kalau berurusan di kaunter. Tiada internet umpama tiada kenderaan untuk bergerak.

Celcom aku memang tak guna untuk online. Menghabiskan kredit smartphone aku sahaja. Walaupun aku pengguna talian Celcom tegar dari dulu sehingga kini. Tapi itu cuma untuk call dan sms sahaja. Untuk online aku memang tidak menggunakan celcom.

Aku rasa ini sahaja informasi dari Wira Merah sekarang. Mental juga di sebabkan streamyx ni. Tapi apa boleh buat. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Entri ni pun aku taip guna TextEdit dulu. Kalau line DiGi aku ok dapat post artikel malam ni. Kalau tak dapat esoklah aku publish.

Maaf aku tak dapat nak upload gambar pada entri ini. Line slow sangat. Ini pun alhamdulillah selepas berminit-minit menunggu akhirnya dapat loading penuh page ini.

p.s Bagi pengguna browser Crome jika ada masalah membuka blog aku, minta tolong maklumkan di ruangan komen. Terima kasih.

3 Comments

Add a Comment
  1. sk amang tu tempat kawan aku. jauh eh?
    ENTRI pahan ☛ Tip Jadi Pemenang Contest SEO Eridy like a bossMy Profile

    1. Tak jauh, mmg berlaku dekat dengan SK Sg Amang, aku tinggal kat medical villa sebelah sk amang jer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme