Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Gerhana Bulan Penuh Di Sarawak

Gerhana Bulan Penuh Di Sarawak | Salam Sejahtera,

Gerhana bulan bulan penuh akan berlaku di Sarawak pada 08 Oktober 2014 bersamaan dengan 13 Zulhijjah 1435H (Rabu) bermula pada jam 5.14 petang hingga 8.34 malam.

Gerhana bulan berlaku apabila kedudukan matahari, bumi dan bulan berada dalam satu garis lurus. Pendek kata dalam satu baris lurus. Atau bumi berada ditengah-tengah atau diantara matahari dan bulan.

Sepatutnya pada malam itu bulan mengalami bulan purnama. Tetapi akibat dari berlakunya gerhana bulan, bulan akan gelap seketika kerana bayang-bayang bumi akan terbentuk di permukaan bulan.

Gerhana Bulan Penuh

Gerhana Bulan Penuh

Gerhana Bulan Penuh Di Sarawak

Menurut surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Sarawak bertarikh 30 September 2014. Diminta seluruh masjid dan surau di negeri Sarawak dapat mengadakan sembahyang sunat gerhana bulan. Ada hikmah disebalik berlakunya gerhana ini. Baca selanjutnya Hikmah Berlakunya Gerhana.

Marilah kita sama datang ke masjid dan ke surau untuk menunaikan sembahyang sunat gerhana bulan.

Kejadian gerhana bulan ini adalah merupakan satu dari kejadian yang berlaku menandakan kebesaran Allah SWT.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :

Sabda Nabi Gerhana Bulan

Dari Abu Mas’ud radhiyallahu anhu berkata:

Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah, di mana Allah menakuti hamba-Nya. Tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang manusia, akan tetapi keduanya merupakan dua tanda kebesaran Allah, apabila kamu menyaksikannya, maka laksanakan solat dan berdoalah kepada Allah sehingga dikembalikan kembali oleh Allah”
(HR Bukhari dan Muslim)

Apabila berlaku kejadian gerhana, Rasulullah SAW akan berdoa sehingga mengalirkan air mata kerana bimbang Allah SWT akan mengazab umatnya di sebabkan dosa dan maksiat yang mereka lakukan.

Ini menunjukkan betapa perlunya kita sebagai umat yang dikasihinya agar memohon keampunan daripada Allah SWT, bertaubat dari segala kesalahan yang telah kita lakukan.

Kesimpulan

Sebagai umat Islam kita harus percaya bahawa Gerhana berlaku adalah menandakan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Ia bukan terjadi disebabkan oleh sesuatu sebab yang lain. Kerana dengan percaya dengan kepercayaan karut tentang kejadian gerhana ini boleh menyebabkan akidah kita terpesong.

Sama-samalah kita mengagungkan kebesaran Allah SWT dan memohon ampun atas segala dosa dan kesalahan kita. Semoga segala taubat yang kita lakukan di terima olehNya.

HotStrategi Jana Pendapatan 4-5 Angka Dengan Affiliate

13 Comments

Add a Comment
  1. bukan selalu kita dapat tengok gerhana bulan ni..dekat semenanjung dapat tengok tak?
    ENTRI blogger lelaki ☛ Bagaimana Cara Mesin ATM Di GodamMy Profile

    1. Betul tu bro,sekali sekala dapt tengok ni. Harap langit cerah malam rabu ni…kat semenanjung tak pasti BL.

  2. Tidak ada berita tersiar yang gerhana ini boleh dilihat di Malaysia atau saya terlepas baca beritanya….
    ENTRI ahmadyani ☛ Berusaha Mengatasi Masalah KewanganMy Profile

    1. Yup, tak pasti sama ada berlaku seluruh Malaysia atau kat Sarawak je…cuba2 lah tengok nanti.Entri nipun aku tulis berdasarkan surat dari Mufti Negeri Sarawak.

  3. tak perasan la plakk..

    nanti tolong ambil gambar ehh..
    ENTRI titan ☛ Ganesh, Cekodok Milo dan Roti Telur Double Telur.My Profile

    1. In Sha Allah, harap cuaca baik mlm esok.

  4. Di indonesia sepertinya jg ada berita tentang gerhana di kawasan daerah tertentu mas
    ENTRI Rizkyzone.com ☛ Apa Sih Blog ItuMy Profile

    1. Mungkin di kalimantan sebab bersempadan dengan sarawak…

  5. Di indonesia sepertinya jg ada berita tentang gerhana di kawasan daerah tertentu mas…
    ENTRI Rizkyzone.com ☛ Apa Sih Blog ItuMy Profile

  6. Dapat tgk gambar gerhana bulan semalam..ramai yg share di facebook..
    ENTRI nord ☛ BAHAYA Mengamalkan Kolagen secara Berterusan..My Profile

    1. Fasa akhir gerhana baru dpt tengok, masa bulan penuh tak dapat. Cuaca tak brp elok..awan tebal…

  7. info yang sangat menarik…satu kejadian alam yang hebat!
    ENTRI Hero Borneo ☛ Cuba Template Percuma Mesra SEOMy Profile

    1. Tanda-tanda kebesaran Allah swt…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme