Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Harapan Blogger Pada Bajet 2015

Harapan Blogger Pada Bajet 2015 | Salam Sejahtera,

Pada 10 Oktober 2014 Jumaat ini, perbentangan bajet 2015 akan di buat oleh Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan Dato Seri Najib Razak. Sebagai rakyat Malaysia, kita memang mengharapkan yang terbaik untuk bajet 2015.

Apakah harapan blogger pada bajet 2015 ? Sebagai blogger memang aku mengharapkan ada sesuatu yang kerajaan buat bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi golongan blogger ini. Dan membantu lebih banyak blogger untuk berjaya.

Oleh kerana jumlah blogger ini masih lagi dalam golongan minoriti, tapi suara mereka harus juga didengar. Kalau tidak bajet 2015 mungkin boleh dipertimbangkan untuk bajet 2016.

Bajet 2015

Harapan Blogger Bajet 2015 | Image : AstroAwani.com

Harapan Blogger Pada Bajet 2015

1. Bantuan Langganan Internet

Sebagai seorang blogger, tak kira sama ada separuh masa atau sepenuh masa, internet adalah sangat penting untuk menggerakkan perniagaan mereka. Tanpa internet kerja sebagai blogger akan tergendala. Aku percaya blogger atau peniaga online memerlukan talian internet yang lebih laju.

Namun disebabkan kekangan bayaran bulanan yang tinggi dan membebankan untuk mendapat pakej yang lebih baik. Aku harap kerajaan dapat memberi sedikit bantuan berupa diskaun khas untuk para blogger dan peniaga online untuk menikmati pakej yang lebih baik dengan bayaran yang minimum.

2. Meningkatkan Taraf Kelajuan Internet

Jika kita lihat ranking kelajuan internet Malaysia, ia masih lagi pada tahap yang kurang memuaskan. Tidak seperti negara-negara Asia lain seperti Korea, Jepun, Taiwan dan Singapura. Mereka memiliki tahap kelajuan internet yang terbaik di asia malah di dunia.

Diharap kerajaan dapat meluaskan lagi taraf kelajuan internet. Memang tidak di nafikan kerajaan ada memberi bantuan seperti kampung wireless. Tapi apa yang aku nampak, dari segi pengurusan dan capaian internet masih lagi lemah. Ini kerana kebanyakkan tempat yang mempunyai kampung wireless tidak dapat di gunakan.

3. Kursus-kursus Khas Untuk Blogger

Menambah peruntukkan khas bagi mengadakan kursus-kursus untuk golongan remaja dan belia supaya mereka lebih celik IT, bukan sahaja pandai menggunakan IT tapi celik peluang perniagaan internet. Aku rasa sekarang sudah banyak pakar-pakar perniagaan online yang boleh dijemput untuk memberi kursus khas bagi membantu para blogger dan peniaga online bagi memantapkan lagi skill perniagaan mereka.

Apa yang aku nampak ialah, kursus-kursus sebegini lebih banyak di anjurkan oleh pakar perniagaan online sendiri atas usaha untuk membantu orang lain maju. Bayaran juga di lakukan oleh peserta sendiri. Dengan adanya bantuan kerajaan untuk mengadakan kursus-kursus sebegini blogger baru dan peniaga online boleh menerima ilmu sebagai newbie dengan lebih baik.

Ini juga baik untuk menggerakkan ekonomi negara. Dengan lahirnya perniaga online dan para blogger ini aliran masuk wang asing juga akan bertambah. Ini kerana blogger dan peniaga online ini bukan sahaja mensasarkan pasaran tempatan tapi pasaran antarabangsa.

4. Pengurangan Bayaran Harga Pos

Bagi merancakkan lagi perniagaan online. Harap kerajaan dapat mengurangkan lagi bayaran harga pos. Ini kerana harga pos yang sangat tinggi secara tidak langsung akan membebankan pembeli. Ini akan merencatkan perkembangan perniagaan online.

Bagi blogger yang memilih untuk memasarkan produk digital mungkin perkara ini tidak menjadi masalah. Bagaimana pula ada blogger dan peniaga online yang memilih untuk memasarkan produk fizikal. Jadi dengan kos pos yang tinggi ia akan membebankan. Sedangkan antara tujuan kita membeli produk secara online adalah sebagai satu langkah penjimatan. Satu lagi adalah bagi memudahkan kita memasarkan produk tempatan diperingat antarabangsa dengan kos penghantaran yang murah.

5. Kawalan Harga Barang

Sebagai seorang blogger, aku memang mengharapkan kerajaan dapat mengawal harga barangan. Terutamanya harga barangan keperluan asas. Ini kerana jika barangan keperluan asas meningkat barangan lain juga akan terjejas.

Sebagai contoh kenaikkan harga minyak 20sen. Ekoran kenaikkan harga minyak ini, harga barangan lain juga akan turut meningkat. Ini akan membebankan jika kawalan harga barang tidak dilaksanakan dengan baik.

Seiring dengan itu, kerajaan juga harus dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu bagi mengelakkan negara menghabiskan wang kepada perkara yang tidak perlu.

Kesimpulan

Harapan blogger pada bajet 2015 ini adalah dari pendapat aku sendiri. Mungkin setiap blogger ada harapan sendiri pada bajet 2015. Bagi aku harapan aku tulis ini adalah bagi memberi sedikit kebaikkan dan nafas kepada para blogger untuk terus maju dalam dunia blogging.

Bagaimana pula dengan rakan-rakan yang lain, apakah harapan anda sebagai blogger terhadap bajet yang akan dibentangkan. Harap bajet 2015 akan dapat mambantu dan meringankan beban semua rakyat. Lebih baik lagi jika bajet kali ini dapat meningkatkan kemajuan ekonomi rakyat dan negara khususnya.

Harap selepas ini lebih banyak lagi blogger dan peniaga online yang boleh bersaing bukan sahaja diperingkat tempatan dan bersaing diperingkat antarabangsa.

HotStrategi Jana Pendapatan 4-5 Angka Dengan Affiliate

34 Comments

Add a Comment
  1. Saya harap volume usage data Internet tu kasi besar sikit dengan harga lebih murah. Pakej lebih menarik.
    ENTRI ahmadyani ☛ Berusaha Mengatasi Masalah KewanganMy Profile

  2. saya berminat jika koata broadband dapat kasi besar sikit, terbaikk

    1. Kalau besar dan murah, baru seronok nak online..
      ENTRI Wira Merah ☛ Harapan Blogger Pada Bajet 2015My Profile

  3. Sepertinya sudah mewakili harapan temen temen blogger malaysia yang lain, semoga bisa terealisasi.. Quota besar harga murah, aktifity blogging jd tambah semangat pula.

    1. Itulah harap dipertimbangkan…

  4. apa yang aku paling harap adalah orang kampung yang kerja tak ada kerja tetap akan dapat perhatian..iya lah dengan GST dan kemungkinan ledakan harga barangan naik selepas kenaikan minyak
    ENTRI blogger lelaki ☛ Diskriminasi Anak Lelaki?My Profile

    1. Harap harga barang dpat di kawal..naik pun biarlah berpada-pada…
      ENTRI Wira Merah ☛ Harapan Blogger Pada Bajet 2015My Profile

  5. Semoga bisa terlaksana, harapan untuk kebaikan para blogger. ^_^
    Salam kenal

  6. Semoga bisa terlaksana, harapan baik bagi blogger. ^_^
    Salam Kenal
    ENTRI Andriyatna ☛ QQ Internasional (Chat, Video Call, Groups) Bukan Sekedar Messenger BiasaMy Profile

  7. pasal postage tu aku amat setuju..China punya postage sangatlah murah, itu sebab depa monopoli semua online postage di dunia ni..
    ENTRI reezluv ☛ Tips Buat Alamat EmailMy Profile

    1. Kalau murah lebih mudah nak hantar brg ke luar negara…
      ENTRI Wira Merah ☛ Harapan Blogger Pada Bajet 2015My Profile

    2. Kalau murah lebih mudah nak hantar brg ke luar negara…
      ENTRI Wira Merah ☛ Harapan Blogger Pada Bajet 2015My Profile

  8. kalau internet leh kasi laju..itu dah cukup bagus dah bagi aku.
    ENTRI titan ☛ Tulis Ebook dan dapat Gaji RM2500.My Profile

  9. sepatutnya cadangan ini perlu di email kepada PM dulu lagi ..tahun depan mungkin boleh
    ENTRI Hero Borneo ☛ Cuba Template Percuma Mesra SEOMy Profile

  10. harapan ini memang betul dan tepat..lepas ini bro boleh jadi wakil blogger di Parlimen..he..he..
    ENTRI Hero Borneo ☛ Cuba Template Percuma Mesra SEOMy Profile

    1. Tunggu aku jadi MP samarahan he..he..he..

  11. setiap tahun, macam tulah bajet. yang tersepit dan tak dipandang, golongan pertengahan lah..tapi takpe, buat jadi push factor nak kerja lebih keras
    ENTRI Suriya ☛ 5 Sebab Saya Jadi Ahli Shaklee Bukan Ahli Kongsi GelapMy Profile

  12. kan best kalu ade bajet untuk blogger
    ENTRI hani ☛ Sebab Sebut Alhamdulillah Semasa BersinMy Profile

    1. Ada dlm bajet cuma rangkaian internet akan di perluaskan di seluruh negara…lepas ni mungkin semakin ramai rakyat Malaysia yg boleh melayari internet…

  13. Harapannya dah tentu nak tambah kelajuan internet dgn lebih byk lagi.. Hehe

    1. Betul tu,biar seronok sikit nak online..

  14. kos langganan internet dengan broadband patut dimurahkan lagi agar ramai boleh akses..
    ENTRI zool ☛ Belajar Programming : Adakah lambat bermula ?My Profile

    1. Betul2 tu. Lebih pantas dan lebih murah, lebih bagus…

  15. salam 🙂

    lama dah tak masuk blog wira merah 🙂

    Betul tu. harap2 semuanya menjadi kenyataan 🙂

    1. Wslam…semoga dipenuhi untuk bajet2016 😉

  16. paling penting internet laju dan harga yang berpatutan..biar puas hati online

  17. leh la ada habuan sikit.

    tak banyak, sikit pun tak apa.
    ENTRI ohcikgu ☛ Kelebihan menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41My Profile

  18. Pendek kata semua yang berkaitan Internet. Blogger pun menjana ekonomi negara
    ENTRI Khadeejah Hasmad ☛ Tips Kewangan : Cara Kami Settle Kan Kad KreditMy Profile

  19. Miracle Vitamins

    Saya setuju dengan semua cadangan. Harap adala yang dipertimbangkan,sebab blogger pun kerjaya yang membantu pendapatan negara juga
    ENTRI Miracle Vitamins ☛ Cara Hilangkan Parut JerawatMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme