Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Kertas Soalan UPSR Sains Bocor

Salam Sejahtera,

Sedih juga mendengar berita sebegini apabila ada sebilangan pihak tidak bertanggungjawab membocorkan soalan UPSR. Berikut adalah petikan akhbar berkenaan pemberitahuan penangguhan ujian USPR yang akan dijadualkan esok.

PENGKALAN KUBOR: Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada ibu bapa dan murid terbabit berikutan penangguhan kertas peperiksaan Sains Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang didapati bocor.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kejadian kertas peperiksaan itu bocor sehingga terpaksa ditangguhkan adalah sesuatu yang malang.

Katanya, laporan polis berhubung perkara itu sudah dibuat oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan mengulas mengenai penangguhan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan esok selepas didapati bocor.

Tarikh baharu peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas berkenaan ialah pada 30 September ini.

Sumber : Berita Harian

Kertas Soalan UPSR Sains Bocor

Sebagai seorang guru yang terlibat secara langsung kerana aku mengajar subjek Sains untuk murid tahun 6. Perkara sebegini sepatutnya tidak terjadi. Kenapa perlu bocorkan soalan. Sedangkan murid telah kita latih dan didik untuk menjawab soalan.

Sepatutnya pihak yang terlibat membocorkan soalan ini di ambil tindakan yang tegas. Bukan hanya di pindahkan sahaja. Tapi ambil tindakan buang kerja dan di penjarakan.

soalan upsr sains bocor

Cuba bayangkan berapa kerugian yang harus di tanggung oleh kerajaan, banyak kos yang perlu di gunakan untuk menguruskan peperiksaan awam sebegini. Terutama di Sarawak, yang mempunyai sekolah yang jauh di pedalaman dan pengangkutan yang sukar.

Semoga penangguhan ini ada hikmahnya. Semoga murid-murid lebih bersedia dengan ujian yang akan di adakan pada 30 September nanti.

Kesimpulan

Harapan aku semoga perkara sebegini tidak berulang lagi. Dan sekiranya kes soalan bocor ini berlaku hanya di negeri atau kawasan tertentu sahaja biarlah kawasan atau negeri itu sahaja yang menduduki semula kertas UPSR yang bocor. Tidak perlu seluruh Malaysia.

Apa pula pendapat anda. Tinggalkan komen dan mungkin anda juga ada cadangan untuk mengatasi perkara sebegini supaya tidak berulang. Komen anda tanggungjawab anda.

1 Comment

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme