Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Kos Membaiki Aircond Kereta Wira

Kos Membaiki Aircond Kereta Wira | Salam Sejahtera,

Sebelum ini aku ada menulis tentang Cat Kereta Wira Merah Special Edition. Selepas proses mengecat, kereta wira aku masuk pula bengkel aircond.

Aircond kereta wira aku ni sebenarnya dah lama dah aircond tidak sejuk. Kipas sahaja yang berfungsi tapi tidak sejuk. Mula-mula keadaan aircond kereta aku ni sekejap sejuk, sekejap tidak sejuk. Inilah yang berlaku.

Sepatutnya aku lama dah baiki aircond ni supaya benda lain tidak rosak. Itu nasihat tauke bengkel tu dengan aku. Apa boleh buat aku tiada masa nak hantar. Terpaksalah tanggung kos membaiki. Sebab tu kita kena perlu tahu Tips Penjagaan Kereta.

membaiki aircond

Antara Barang Rosak Yang Perlu Diganti

Gambar di atas menunjukkan beberapa barang yang perlu di ganti. Antaranya ialah aluminium filter, cooling coil dan equalizer bar.

Cooling coil telah bocor. Sekiranya di baiki awal mungkin aluminium filter dan equalizer bar tidak akan tersumbat dan mengalami kerosakan. Sebab itu jika aircond kereta anda kejap sejuk kejap tidak, baik di cek apakah penyebab kerosakkan supaya boleh diperbaiki awal.

Sebelum anda meneruskan untuk membaiki kerosakkan pada aircond kereta anda, pastikan tauke bengkel memberitahu anda alat yang perlu di tukar dan harga. Jika setuju baru anda menyuruh mereka menukar.

Kos Membaiki Aircond

Jumlah Keseluruhan Kos Membaiki Aircond

Mungkin kos di tempat anda lebih murah dari ini. Di kapit memang kos membaiki agak mahal jika di bandingkan dengan tempat lain di Sarawak seperti di Sibu atau Kuching. Harga barang ini adalah termasuk kos pemasangan dan upah.

Untuk rakan-rakan di Kapit memang aku syorkan bengkel ini. Bagi aku servis memang terbaik.

Kedai Aircond Kapit

Kedai Aircond Kapit

Nampak macam bukan kedai aircond. Tapi memang antara pakar aircond. Setiap kali ada masalah aircond aku hantar di sini. Memang puas hati dengan perkhidmatan yang di berikan.

Untuk pengetahuan, semua kerja-kerja membaiki aircond di lakukan di rumah sahaja. Memandangkan kawasan kedai ini agak kecil. Di rumah memang kelengkapan untuk membaiki aircond semuanya ada. Lagi satu kerja-kerja membaiki dilakukan oleh tauke ni sendiri. Bukan pekerjanya.

Kesimpulan

Kereta ni orang kata umpama bini. Mesti di jaga dengan baik. Belajarlah Tips Penjagaan Kereta supaya kereta lama nampak macam baru dan kerosakkan dapat dielakkan. Dan yang lebih penting untuk mengelakkan kita di tipu.

Terutamanya yang perempuan, kebanyakkannya pandai guna je. Maaf ye perempuan. Cuma segelintir sahaja yang ambil kisah pasal kereta.

9 Comments

Add a Comment
  1. Boleh tahan juga kos membaiki Aircond kereta wira ni… Mujurlah kereta buatan Malaysia… Saya pernah kena sampai RM800 semasa membaiki Air Cond di Sibu, Sarawak.. huhuhu
    ENTRI Anuar ☛ Koleksi Seni Khat Kufi Pada Harga Promosi!My Profile

    1. Masih dlm bajet bro…kira ok dan puas hati.
      ENTRI Wira Merah ☛ Kos Membaiki Aircond Kereta WiraMy Profile

  2. kereta kancil aku sekarang ada masalah air-cond pulak..kalau hujan terpaksa pakai myvi…aku lebih suka pakai kereta kancil sebab senang nak cilok bila pergi kerja.
    ENTRI blogger lelaki ☛ Buat Duit Di iLancee.comMy Profile

    1. Baiki awal bro, kancil memang sedap guna. Lagi2 kalau kat bandar…
      ENTRI Wira Merah ☛ Kos Membaiki Aircond Kereta WiraMy Profile

  3. boleh tahan harganya.
    ENTRI imran ☛ Perangai tak senonoh di pawagamMy Profile

    1. Kat sini brg mmg mahal bro…
      ENTRI Wira Merah ☛ Kos Membaiki Aircond Kereta WiraMy Profile

  4. wah mahalnye kost itu..

  5. bro baiki di kapit..patutla murah..kalau kat kuching boleh cecah ribu riban juga tu..
    ENTRI Kakiblog ☛ Halangan Untuk BlogwalkingMy Profile

  6. Ya betul, kena check dari semasa ke semasa, servis ikut jadual baru maintain ok
    ENTRI Kereta Sewa Tawau ☛ Sewa Kereta Proton Saga BLM Yang Murah Di TawauMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme