Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Lama Tak Jumpa

Salam Sejahtera,

Apa khabar rakan-rakan semua? Lama dah tak jumpa. Permulaan yang tidak baik untuk tahun 2014. Banyak perkara perlu diperbaiki apabila lama tidak kemaskini blog. Mungkin ada rakan-rakan yang dah lupa dengan blog ini.

Tiada yang akan marah dengan kita bila tidak update blog. Betul tak. Tapi harga persahatan itu amat penting. Ini kerana dengan berblog, aku telah mengenali banyak rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama.

Mohon maaf pada rakan-rakan dan pembaca semua. Aku juga lama tidak blogwalking di blog rakan-rakan yang lain. Lepas ini hendak membuat jadual semula untuk aktiviti berblog supaya ia lebih terancang dan blog tidak dibiarkan lama bersawang.

Masalah 500 Server Internal Error.

Antara masalah yang di hadapi apabila lama tidak menjenguk blog ialah ‘500 Internal Server Error’.Mula-mula ngelabah juga bila didapati blog tidak dapat dibuka. Patutlah pada bulan april UV menurun secara mendadak.

500 Internal Server Error

500 Internal Server Error

Rupanya masalah ini terjadi disebabkan oleh plugin atau fail .htaccess. Oleh kerana tidak dapat login ke wordpress untuk disable semua plugin. Aku cuba delete fail .htaccess. Bingo. Masalah ini dapat diselesaikan. Akhirnya blog dapat dikembalikan seperti sediakala.

Kesimpulan

Rasanya ini sahaja dulu entri sebagai pembuka bicara setelah lama tidak update blog. Terima kasih kepada pengunjung yang sudi datang singgah di blog ini.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme