Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Masih Sayang Rupanya…

Salam Sejahtera | Masih Sayang Rupanya…

Lama sangat dah tak update blog. Sebelum tu saya ingin memohon maaf dengan rakan-rakan yang selalu berkunjung di sini. Masih adakah…harap masih ada yang sudi singgah di sini. Terima kasih banyak2 kepada rakan-rakan yang masih support dan sudi singgah di sini walaupun lama tiada artikel baru.

Sejak isteri pindah bekerja di Asajaya, Samarahan aktiviti berblog ni sangat berkurang. Dulu masa berblog memang mengharapkan talian streamyx yang ada kat rumah. Sejak febuari 2015 saya berhenti langgan streamyx sebab rumah yang kami duduk di pekan kapit rumah kerajaan untuk pekerja kementerian kesihatan.

Bila nak pindahkan talian streamyx ke rumah kami di Asajaya, tak dapat pulak sebab belum ada lagi talian telefon ke kampung saya. Kampung lama adalah. Lagipun kawasan tu antara kawasan blaclist TM kerana sering kehilangan cable telefon.

masih-sayang

Bila lama tak menjengok blog sehingga saya tak tahu bahawa domain dan hosting saya tamat tempoh. Sepatutnya perlu di renew pada 6 oktober. Saya bayar selepas 6 oktober so blog ini tak dapat dibuka sehinggalah 10 oktober.

Baru saya tahu sebenarnya saya masih lagi sayang pada blog ini. Banyak kenangan dan banyak perkara yang saya belajar. Kini usia blog ini dah 2 tahun. Harap masih dapat bertahan. Dan lepas ni akan mula menaikkan semula ranking blog yang sudah kelaut. Kerja-kerja permulaan terpaksa dilakukan kembali. Jangan sampai pakcik google pun berkecil hati….

Pada bulan Mac yang lepas sebenarnya saya juga telah memulakan peniagaan simkad. Saya sekarang adalah merupakan dealer ONEXOX. Sebelum ini saya juga pernah menulis berkenaan dengan onexox. Jadi selepas ini mungkin entri saya banyak berkongsi berkaitan dengan Onexox. Bagi yang ingin mencuba menggunakan simkad Onexox boleh KLIK SINI. atau SINI.

Rasanya sampai sini sahaja sebagai pembuka bicara setelah lama menyepi. Perjuangan harus diteruskan…Jika masih sayang jangan biarkan ia terkapai-kapai keseorangan. Berilah kasih sayang padanya (bloglah tu) semoga ia boleh memberi kebaikan pada kita nanti…

Terima kasih rakan-rakan blogger….sudi singgah…dan sudi tinggal komen. bagi yang komen baru di balas tu minta maaf banyak2…

2 Comments

Add a Comment
  1. Dah lama tak jejak kat sini, hope bro terus semangat update blog.
    ENTRI Bahrain ☛ Kecuaian Punca Tragedi BerlakuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme