Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Memory Clean Untuk Mac Book

Salam Sejahtera,

Apa khabar rakan-rakan, semoga hari ini lebih baik dari semalam. Hari ini saya ingin berkongsi satu aplikasi macbook untuk pengguna laptop apple. Pernah tak anda merasa macbook anda jadi perlahan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh penggunaan ram macbook kita yang semakin banyak.

memory-clean-for-mac

Memory clean for mac

Sekiranya macbook anda menggunakan hanya 4gb RAM dan telah di kemaskini menggunakan Mac OS X 10.9 anda mungkin akan merasai perubahan semasa menggunakan macbook anda.

Sekiranya kita menggunakan aplikasi yang banyak menggunakan RAM seperti Adobe Photoshop, Microsoft Word dan games. Penggunaan RAM akan meningkat. Walaupun anda telah menutup aplikasi ini tetapi ia tetap masih meninggalkan file cache untuk aplikasi ini. Setiap kali selepas menggunakan aplikasi. Seeloknya kita tutup sepenuhnya aplikasi yang digunakan.

Untuk melihat samada aplikasi yang kita gunakan masih berjalan walaupun telah di tutup. Kita boleh lihat di bahagian ‘force quit’. Jika aplikasi anda telah ditutup dan nama aplikasi itu masih dipaparkan di force quit ini bermakna anda sedang membazirkan penggunaan RAM macbook anda.

memory-clean-review

Memory clean

Untuk meminimumkan pengunaan RAM macbook. Aplikasi memory clean dapat menjalankan tugas ini dengan baik. Yang bagusnya ialah aplikasi ini percuma. Anda boleh download di sini.

Dengan menggunakan aplikasi memory clean ini kita hanya perlu membuat tetapan dan ia akan membersihkan file cache ram secara automatik. Macbook kita akan dapat bekerja dengan lebih efisien dan cepat dengan penggunaan memory clean.

Sebarang soalan dan pertanyaan boleh di tinggalkan diruangan komen. Jika ada aplikasi lain yang mempunyai tugas yang sama dengan memory clean, sama ada untuk komputer apple atau windows sila tinggalkan nama aplikasi diruangan komen.

Anda memang hebat kerana dapat membaca artikel ini sehingga habis. Dan terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme