Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Mudahkan Blogwalking Dengan RSSOwl.

Salam Sejahtera,

Blogwalking adalah merupakan satu aktiviti wajib bagi blogger. Dengan aktiviti blogwalking kita boleh mengeratkan hubungan sesama blogger. Saling kenal mengenali dan yang penting dapat belajar dari apa yang dikongsikan.

Sebelum ini aku mengalami masalah untuk blogwalking. Ini kerana banyak blog yang perlu di kunjungi. Lagipun kita perlu peka dengan blog yang mempunyai kemaskini terkini supaya kita tidak ketinggalan mengikuti perkembangan . Aku cuma bookmark di browser mana-mana blog yang aku kunjungi dan selalu baca. Aku rasa cara ini sangat leceh dan membuang masa.

Kemudian aku gunakan fungsi reading list yang ada pada browser safari. Memang memudahkan cuma terdapat kekurangan dan menyebabkan aku tidak seronok menggunakan fungsi reading list  yang ada.

rssowl

RSSOwl

Pernah juga mengunakan google reader, memang membantu untuk aktiviti blogwaking. Rasanya sekarang pihak google telah menghentikan perkhidmatan google reader. Tidak tahu apa sebab.

Untuk mencari alternatif yang lebih baik untuk blogwalking aku mencuba beberapa RSS feed. Sehinggalah aku teruja untuk menggunakan RSSowl. RSSOwl ini adalah merupakan perisian berasaskan sumber terbuka dan ianya adalah percuma.

Subcribe guna emel memang aku tak berapa nak minat. Memenuhkan kotak inbox emel je. Maaf ya kalau ada blog yang aku langgan subcriber mereka tapi sekarang aku dah unsubcribe. Sebab ini semua kerana RSSOwl.

Antara kelebihan menggunakan RSSOwl ni ialah ia mudah digunakan. Untuk menambah senarai blog yang ingin ada feed cuma perlu copy url kat browser. Kemudian klik news feed and finish. Lain-lain fungsi anda boleh explore sendiri.

Dan dengan RSSOwl anda mudah untuk mengetahui blog mana yang ada kemaskini . Dan anda juga dapat mengetahui entri mana yang sudah dibaca dan belum dibaca. RSSOwl ini juga boleh berfungsi terus sebagai browser. Jadi anda hanya perlu buka RSSOwl untuk blogwalking dan boleh meninggalkan terus komen pada entri yang dibaca tanpa perlu membuka browser lain. Nak jadi suami kacak beli wimax di blog lelaki kacak ni. Mencelah sikit.

rssowl feed

RSSOwl Feed

Apa kata anda mencuba menggunakan RSSOwl bagi yang belum guna tu.Siapa dah guna boleh kongsi apa kelebihan lain RSSOwl ni. Sebenarnya ada banyak lagi fungsi lain yang aku belum guna lagi. Aku hanya menggunakan fungsi asas yang ada cuma untuk memudahkan aku blogwalking.

Dan dengan cara ini juga aku ada banyak idea untuk menulis. Cuma belum di manipulasi sepenuhnya. Sebab idea itu nampak dalam satu paparan dalam RSSOwl.

Akhir sekali, siapa yang hendak mencuba RSSOwl ni boleh downlaod SINI. RSSOwl ni sesuai untuk semua plaform operasi sistem. Sesuai untuk Mac OS X, Window, Linux dan Linux Ubuntu. Selamat mencuba.

Jika rakan-rakan lain ada menggunakan perisian RSS feed yang lain boleh kongsi di ruangan komen. Berkongsi itu nikmat. Jadikan hidup anda semakin kacak.

24 Comments

Add a Comment
  1. bro, blogger baru ker, apa apa pun selamat berkenalan
    ENTRI Juan ☛ Komisen Panduan Pegawai Gred S41My Profile

    1. ok. bro juan. tq singgah.

  2. Thanks, bagus info ni. Tak adalah menyusahkan sangat nak bookedmark semua blog…. Satu hal pulak nak remove blog yang tak aktif…
    ENTRI saljuhumairah ☛ Video Yang Menaikkan Semangat TRW VS JDTMy Profile

    1. welcome. tq singgah bro.

  3. bagus juga guna RSSOwl ni
    salam perkenalan yer bro
    ENTRI wazy ☛ Pengalaman Beli-Belah Di ZaloraMy Profile

  4. Salam perkenalan bro 🙂
    ENTRI Khairul Zamri ☛ Selamat Pulang ke Kampung HalamanMy Profile

    1. W’salam, tq bro sudi singgah sini.

  5. Wahhh menda baru ni dalam kehidupan saya..terima kasih kongsikan..
    ENTRI Hafizul ☛ Apabila Terlebih Aura JobdirumahMy Profile

    1. Sama2..cubalah.Semoga lebih mudah blogwalking.Jgn lupa feed blog aku sekali.he..he..he.

  6. salam kenal..sy pun udak baru jugak
    ENTRI blogger lelaki ☛ Rahsia Lantai Masjidil Haram Tidak PanasMy Profile

    1. w’slm, sama2lah kita mengejar impian 🙂
      ENTRI Arman ☛ Pemilihan Tema Blog Wira Merah : FrontierMy Profile

  7. bisa nggak ini sob di cuba ke mozilla, soalnya browser saya untuk sagari belum saya instal
    ENTRI Rizkyzone.com ☛ Sulitnya Daftar Di IdBlogNetworkMy Profile

    1. Bisa di install di Windows xp,vista,7 dan 8, Mac OS dan Linux OS. RSSOwl boleh berfungsi sebagai browser.

      1. oke deh mas saya coba intal dulu
        ENTRI Rizkyzone.com ☛ Sulitnya Daftar Di IdBlogNetworkMy Profile

  8. agak baru juga untuk saya..terima kasih kerana berkongsi.
    ENTRI kakiblog ☛ Segmen Inspirasi JutawanMy Profile

    1. OK.Semoga blogwalking semakin mudah.

  9. Ish..gua kena bookmark ini blog sebab banyak kongsi pasal aplikasi yang gua tak tahu. Ok sudah download. Memang blogwalking wajib
    ENTRI adikensem ☛ Pengalaman Pertama Cabut Undi Rumah Alam Prima 2 Shah Alam SPNBMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme