Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Musim Durian Di Sarawak Sudah Tiba

Salam Sejahtera,

Musim Durian Sudah Tiba – Semalam aku eskot isteri hantar pesakit ke hospital sibu. Perjalanan dari Kapit ke Sibu mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Menggunakan bot ekspress. Sampai di Sibu aku terus ke Hotel. Dan isteri hantar pesakit ke hospital.

Hanya berjalan kaki ke hotel. Sampai di market Sibu. Pesta menjual buah durian. Aku memang minat makan durian. Walaupun belum lama kena tipu. Boleh baca entri aku pasal durian bagi yang belum baca.

Jika ikut polisi hotel. Durian tidak di benarkan masuk. Lama juga berfikir nak beli ke tidak. Akhirnya aku buat keputusan beli durian dan makan kat situ juga. Risiko dapat durian belum masak atau buruk kurang.

Memang puas hati makan. Durian memang cantik dan manis. Tapi yang tak best nye, aku makan sorang-sorang. Aku beli sebiji durian. Harga sebiji RM7.00. Masih mahal lagi. Tapi apa boleh buat nafsu nak makan durian kuat sangat.

musim durian

Musim Buah Sudah Tiba

Sambil berjalan ke hotel yang memakan masa lebih kurang 10 minit. Aku beli buah rambutan 1 kilo. Harga sekilo buah rambutan RM7.00.

Bila musim durian ni teringat aku dengan durian crepe. Terus terang cakap aku memang belum pernah merasa lagi durian crepe ni. Tahun lepas cuma tengok kawan-kawan post kat facebook gambar. Memang teringin nak makan durian crepe.

musim durian

Musim Buah Di Sarawak

Selain dari buah durian dan rambutan. Musim buah di Sarawak tidak bermakna kalau tiada buah dabai. Ini baru permulaan musim buah. Lepas ni mungkin akan ada banyak lagi buah yang akan di jual. Bagi yang merancang untuk melancong di Sarawak jangan lupa singgah di market sibu untuk melihat kemeriahan pesta buah-buahan yang di jual.

buah dabai buah durian

Musim Durian Dabai

Gambar di atas ni adalah buah dabai. Buah dabai sedap di makan dengan nasi panas. Sebelum di makan buah dabai hendaklah di rendam dengan air yang panas selama lebih kurang 10 minit. Lebih baik jika air jangan panas sangat dan jangan guna air suam. Kira panas yang sedang-sedang sahaja.

Bina Perniagaan Dengan Jenama Sendiri

 

Lepas di rendam dalam air panas tadi, air di buang. Kemudian boleh campurkan buah dabai dengan garam atau kicap dan gula. Saya lebih suka makan buah dabai campur dengan kicap dan sedikit gula.

cek darah lepas makan durian

Musim Durian dan Cek Tekanan  Darah

Malam tadi sempat juga cek darah. Kira ok lah tekanan darah aku 136/72 . Sebelum ni cek pada bulan Mac lepas bacaan 142/92. ‘Indu Misi’ kata tekanan darah tinggi. Alhamdulillah semalam isteri cek dah turun bacaan. Senang hati sikit. Patutlah sekarang kurang rasa pening kepala.

Minggu depan akan balik ke kampung untuk bercuti ( 18 – 28 November 2013 ). Jadi mungkin aktiviti berblog akan berkurangan. Apapun aku akan berusaha untuk update blog ini dengan aktiviti semasa bercuti nanti.

Bagaimana di tempat anda. Musim buah-buahan  sudah bermula ke belum. Jika ada pengalaman berkaitan dengan musim buah-buahan ni bolehlah dikongsikan di ruangan komen. Anda kacak sebab habis baca entri aku. Terima kasih. Jangan lupa tinggalkan komen.

16 Comments

Add a Comment
  1. petang tadi pun di sibu.hehe. kat pasar ni gak.hehe
    ENTRI pahan ☛ Jadi, apa telefon yang terbaik tahun 2013?My Profile

    1. Ya kah..tak ada rezeki jumpa Pahan. Balik cercuti ke..
      ENTRI Arman ☛ Musim Durian Di Sarawak Sudah TibaMy Profile

      1. tak. saja nak tengok wayang.hehe. bro dari kapit eh? sy nak apply pindah kat pkg kapit.hehe
        ENTRI pahan ☛ Jadi, apa telefon yang terbaik tahun 2013?My Profile

        1. Betul ke, bagus lah. Tak sibuk sangat kat pkg kapit..

  2. tdk ada g ctok juak.hehe.
    ENTRI pahan ☛ Jadi, apa telefon yang terbaik tahun 2013?My Profile

    1. Buah durian yg di jual kat Sibu ni kebanyakkan dari Sarikei..

  3. first time datang sini, terbaik macam pesta di sarawak 🙂
    ENTRI Khairul Zamri ☛ Cara Beli Rumah LelongMy Profile

    1. Tq bro..sudi singgah. Pesta buah sekarang. Tapi tak semua tempat bro..
      ENTRI Arman ☛ Sangat Mudah Dan Mudahnya BerniagaMy Profile

  4. harap satu hari nanti dapat pergi ke sarawak juga 🙂
    ENTRI Klinik Cinta ☛ Doa Putus CintaMy Profile

    1. Amin.Semoga dapt dtg ke Sarawak.

  5. dekat kampung aku dah abis dah durian ni
    ENTRI blogger lelaki ☛ Teman Lelaki Untuk DisewaMy Profile

    1. Kami baru bermula bro.Kalau tak silap musim durian ni ikut tempat. Tak sama.

  6. Kat sini tak ada lagi bro..namun lepas tengok durian ni rasa macam nak makan jerrrr…
    ENTRI Hafizul ☛ Anak Meragam Tandanya???My Profile

    1. Belum masanya tu bro..musim durian ni ikut negeri. Tak sama.
      ENTRI Arman ☛ Sangat Mudah Dan Mudahnya BerniagaMy Profile

  7. gua hadap rambutan aje sekarang ni. Sampai pening dah. haha..
    ENTRI titan ☛ Pengalaman jadi Full Time Blogger selama 2 tahun.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme