Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Onexox Tak Kenal Maka Tak Cinta

Salam Sejahtera | Onexox Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Ramai yang dah kenal dengan onexox, ramai dah tahu dah. Tapi berapa ramai yang pernah mencuba onexox ? Onexox adalah merupakan simkad prabayar sama seperti simkad dari telco yang lain seperti celcom, maxis, digi, tunetalk dan pelbagai macam jenis lagi nama yang ada.

onexox

Bandingbeza cas panggilan telefon

 

Pencarian untuk mencari telco yang lebih baik bermula. Saya merupakan pengguna setia celcom. Dan telah setia dengan celcom sejak tahun 2001 lagi. Masa tu harga simkad sangat mahal. Masih ingat lagi saya beli simkad celcom ni pada harga RM168.00. Punyalah mahal.

Pengalaman pahit menggunakan celcom ialah duit kredit selalu hilang. Entah kenapa. Di mana silap. Pernah sekali saya topup RM50. Langgan internet RM38. Baki sepatutnya dalam akaun RM12. Tapi yang peliknya. Belum sampai 2 jam saya online. Baki kredit RM12 pun lesap. Lepas itu memang saya takut nak langgan internet.

Perkara ini bukan terjadi sekali dua. Dah banyak kali. Itupun saya tetap setia dengan celcom. Saya juga pernah mencuba line DIGI memang bagus juga. Masa ni guna DIGi khas untuk online sahaja. Itupun saya guna selama sebulan sahaja. Cuma untuk cas penggilan agak mengecewakan.

Awal tahun ini saya cuba menggunakan talian maxis. Cuma saya kecewa dengan talian maxis ni kat rumah mak saya tak dapat line internet. Kat luar rumah baru ok. Sedangakan line celcom dapat 3g. Jadi cancel guna maxis. Lagipun keluarga dan rakan- rakan ramai yang tak guna maxis ni.

Terlupa pula nak beritahu, saya juga pernah mencuba simkad toneplus. Cuma apa yang saya dapati cas panggilan agak mahal. Lagipun kesian tengok mereka yang bukan kaki bisnes guna simkad ni terpaksa bayar lebih untuk topup setiap bulan. Cuba kalau dapat kaki bisnes memang berbaloi menggunakan toneplus. Tone excel jangan tanya. Aku tak pernah cuba. Tapi apa yang saya tahu toneexcel dan toneplus adalah adik-beradik.

Untuk onexox terus terang saya cakap. Saya belum lagi menggunakan untuk melanggan internet. Buat masa ini saya cuma menggunakan onexox untuk membuat panggilan dan sms sahaja. Dari penggunakan panggilan memang agak menjimatkan jika saya bandingkan dengan simkad yang pernah saya gunakan. Apa yang dapat saya perhatikan. Panggilan onexox ke celcom hanya 5sen sahaja dan panggilan yang saya buat selama 5saat. Apabila saya membuat panggilan celcom ke celcom juga selama 5 saat cas yang dikenakan adalah 12 sen. Ini adalah untuk nombor 10 daftar family. Jika bukan nombor di daftar family cas yang dikenakan ialah 17 sen. Memang sangat menjimatkan.

Nampak penjimatan hanya sen-sen sahaja. Tapi bila kita lama menggunakan hanphone sebenarnya kita banyak membuat pembaziran. Sedangkan kita ada pilihan untuk menggunakan simkad yang mengenakan cas yang lebih murah.

Kesimpulan

Setiap talian telefon yang kita gunakan ada mempunyai kelebihan dan kelemahan. Cuma kita perlu memilih mana yang terbaik dan memenuhi keperluan kita. Dan saya percaya ramai yang menggunakan dua simkad. Cuma pastikan simkad yang anda pilih jimat untuk panggilan dan jimat untuk internet. Sebab hak memilih adalah hak anda. Pilihan yang tepat akan menjamin penjimatan untuk jangka masa panjang.

Jika anda ingin mendapatkan simkad Onexox anda boleh menghubungi :

# Arman – 013-847 5721 ( Wechat/ WhatsApp/ Telegram )

# Harga 1 simkad : RM10.00 ( tidak termasuk kos pos )

4 Comments

Add a Comment
  1. ya..baru tahu juga onexox ini murah..
    ENTRI mrhanafi ☛ Taklimat Percuma BestMobile Bersama BloggerMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme