Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Otak Blurr Tak Tahu Nak Tulis Apa

Otak Blurr Tak Tahu Nak Tulis Apa

Otak Blurr – Mind Block | Image :

Otak Blurr Tak Tahu Nak Tulis Apa | Salam Sejahtera,

Semenjak dua menjak ini otak aku semacam blurr tak tahu nak tulis apa kat blog ni. Sebagai blogger memang tidak di nafikan kita akan mengalami masalah tiada idea menulis atau juga dikenali sebagai mental block.

Memang agak merunsingkan bila blog tidak di update dalam beberapa hari ini. Dalam otak sentiasa terfikir ‘aku nak tulis apa hari ini’. Jadi oleh kerana dah memang aku tidak idea aku jadikan masalah aku ni sebagai idea menulis.

Sebelum ini aku pernah menulis 7 Tips Mendapat Idea Penulisan Blog. Namun aku masih lagi kekeringan idea. Adakah aku benar-benar tiada idea atau kerana apa ? Sebenarnya aku ada menulis beberapa entri dalam blog ini tapi 70% je siap. Tiap kali nak publish atau memberi sentuhan akhir pada penulisan aku. Ada satu bisikan di kepala aku ‘tak best lah entri ni’, ‘tak payah publish dululah’ dan ‘buat entri lain lah’.

Inilah antara bisikan-bisikan yang menyebabkan 16 entri aku tertidur dalam draf dan selebihnya ada dalam 5 entri aku delete. Rugikan. Bila dah buat entri tapi tidak di publish atau di delete.

Otak Blurr Tak Tahu Nak Tulis Apa

Adakah anda pernah mengalami situasi seperti yang aku alami ? Jadikan masalah ini satu entri dan terus publish. Jadi selesai masalah tiada idea penulisan. Simplekan.

Sebenarnya aku dah lama ada perasaan sebegini setiap kali aku buat entri. Aku cuba lawan perasaan sebegini. Jika di layan memang tidak di publishlah entri ini. Bagaimana nak jadi blogger jika tidak update blog. Nanti pengunjung blog berkurang susah nak naikkan balik. Anda boleh baca 5 Sebab Pengunjung Blog Berkurang yang aku tulis pada entri lepas.

Oleh kerana aku sayangkan blog ni. Aku cuba juga bangkit untuk menulis di sini. Demi blog ,demi pembaca dan demi rakan-rakan blogger yang banyak menyokong aku dalam dunia blog ni.

Sebenarnya aku tidak minat sangat menulis, tapi aku berminat membuat blog. Maknanya aku suka buat blog tapi tak berapa minat nak menulis. Antara sebab aku membuat blog adalah untuk membantu orang lain membuat blog. Bermakna tugas aku hanya membuat blog dan pengisian itu terpulanglah kepada pemilik blog. Tapi hajat ini belum lagi kesampaian kerana aku tidak pernah war-war tentang niat aku ni.

Pernah terfikir nak beri perkhidmatan percuma kepada rakan-rakan pembaca yang belum ada blog dan juga untuk rakan-rakan FB. Tapi ada beberapa kekangan yang menyebabkan niat ini tergendala.

Dan aku juga telah merancang untuk membuat satu panduan bersiri dalam blog ini bagaiman hendak membuat blog melalui platform wordpress.org. Yang ni pun belum di laksanakan. Tapi draf awal berkenaan dengan tajuk-tajuk yang hendak di ketengahkan dah lama dalam draf.

Kesimpulan

Bila di nilai balik, sebenarnya kita mempunyai banyak idea yang hendak diketengahkan. Cuma kita takut orang tidak menerima ide kita. Atau kita takut nak keluarkan idea kita. Dan untuk melawan perasaan takut memberi idea perlu sedikit keberanian.

Ya kita perlu berani, berjaya atau tidak itu bukan ukuran yang penting bagaimana kita hendak bermula. Kerana kegagalan kita adalah kebanyakkannya disebabkan kita tidak bermula, tidak berani dan tidak berani mengambil risiko. Akhir sekali ‘spiderman pun ambil risiko, kitakan blogger je’.

Anda memang hebat kerana berjaya membaca entri ni sampai habis. Jangan lupa tinggalkan komen anda ya.

15 Comments

Add a Comment
  1. belasah aje.

    kekadang..aku pun malas nak tulis apa-apa walaupun idea bersepah kat dinding rumah nih..
    ENTRI titan ☛ Buat Duit dengan EMAS memang BEST sebenarnya.My Profile

    1. Aku pun kadang2 main belasah juga…takut hilang mood berblog…
      ENTRI Wira Merah ☛ Otak Blurr Tak Tahu Nak Tulis ApaMy Profile

  2. Idea ada.. Cuma kadang tu tak der masa dan turut disusuli perasaan malas nak menulis…
    ENTRI Anuar ☛ Pengalaman Buat Duit Online Paling MenyeronokkanMy Profile

    1. Betul tu, perasaan malas ni yg susah nak buang kalau dah datang…
      ENTRI Wira Merah ☛ Otak Blurr Tak Tahu Nak Tulis ApaMy Profile

  3. Bro buatlah perkhidmatan web design,alang-alang kalau otak tengah blur.
    ENTRI Abdur ☛ Perspektif SEO Internal Link BuildingMy Profile

    1. nak buat nilah yg belum ada kelapangan bro…In Sha Allah jika di ada kelapangan nanti.
      ENTRI Wira Merah ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  4. Kena bawa kertas selalu.Kadang-kadang idea datang secara spontan sahaja.

    1. Tak pernah buat lagi bawa kertas, boleh cuba ni.
      ENTRI Wira Merah ☛ Otak Blurr Tak Tahu Nak Tulis ApaMy Profile

  5. kalau cerita pengalaman akan ada orang baca punya tinggal lagi ada rajin tinggalkan jejak/tinggalkan komen atau tak.selalu itu adalah “pembaca setia”
    ENTRI suri ☛ Cara Cepat Bakar Lemak Perut Dan PehaMy Profile

  6. Pernah jugak mengalami masalah tu. Tapi selalunya time tu mood diganti dgn blogwalking. hehe
    ENTRI Scha Nazri ☛ #31 Wordless WednesdayMy Profile

  7. kawe idea banyak nak terjemahkan dalam tulisan tu asyik terganggu..hee
    ENTRI cikgu naman ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  8. kalau aku, aku perbanyakkan DRAFT supaya ada aku ada idea paling kurang di saat blurr
    ENTRI myrujukan ☛ Cara Buat Duit Dengan Youtube AdsenseMy Profile

  9. samalah dengan fyna. kalau boleh bila pandang monitor je dah siap entri. tapi sayang kalau nak tinggalkan blog macam tue je kan.
    ENTRI fyna ☛ Doa Harian | Doa IstikharahMy Profile

  10. saya suka menulis dan tak suka bina blog..sebab bina blog rumit dengan pemilihan theme,susunan layout dan sebagainya
    ENTRI Kakiblog ☛ Tips Berkesan Berbalas BlogwalkingMy Profile

  11. aku pun dah kena sindrom yang sama nie..dah berapa hari tak update blog
    ENTRI blogger lelaki ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme