Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Pemilihan Hosting Blog Wira Merah

Salam Sejahtera,

Hari ini ingin berkongsi tentang hosting yang digunakan untuk membangunkan blog Wira Merah. Saya rasa blogger yang sudah biasa dengan blog self-hosted ini memang sudah kenal apa itu hosting. Jika anda baru dan tidak tahu apa itu hosting boleh cari di google. Terdapat banyak artikel yang ditulis oleh blogger tentang hosting.

Untuk memilih hosting sebagai tapak blog ini, saya telah memberi keutamaan untuk memilih syarikat hosting Malaysia. Jika kita cari di google ada banyak syarikat penyedia hosting yang terdapat di Malaysia seperti Servefreak, SyokHost, Rajawalihosting, DataKL, NetKL, ProfitHoster dan banyak lagi. Saya tidak mahu menyentuh syarikat hosting luar negara kerana mereka memang sudah terkenal di dunia seperti Hostgator.

hosting

Hosting

Saya percaya perkhidmatan yang di tawarkan oleh syarikat hosting Malaysia juga menyediakan perkhidmatan terbaik setanding dengan syarikat luar negara. Jadi , untuk hosting blog Wira Merah ini saya memilih syarikat NetKl.com.

Ada beberapa sebab kenapa saya memilih hosting NetKL.com ini. Antaranya ialah :

1. Bayaranan Tahunan

Dari segi bayaran saya rasa NetKL adalah yang termurah setakat ini. Dengan hanya bayaran sebanyak RM60.00 pakej My Silver ( 1 domain dan hosting ). Saya rasa sangat berbaloi sebagai pelaburan untuk blog baru. Harga tetap dan tidak berubah dari dulu hingga sekarang. Lagipun ia menepati budget saya zaman semua harga barang naik. Kecuali harga hosting di NetKL.

2. Review Positif

Selain dari harga murah, NetKL mendapat reviews yang positif dari rata-rata blogger yang menggunakannya. Anda boleh cari di Forum dan blog-blog yang membuat review ini. Sepanjang saya membuat carian review berkaitan hosting saya belum jumpa lagi komen negatif dari pengguna NetKL. Kalau ada pun mungkin saya tidak jumpa komen negatif itu.

3. Pantas Menjawab Soalan/masalah

Jika anda masih ragu dengan perkhidmatan NetKL anda boleh membuat pertanyaan dengan support team mereka. Anda mungkin tidak percaya mereka boleh menjawab soalan atau masalah anda dengan pantas. Jangan tanya soalan yang merapu mungkin mereka tidak layan.

4. Sokong Produk Malaysia

Jika kita rakyat Malaysia tidak menggunakan produk Malaysia siapa lagi. Saya juga tidak nafikan ada sesetengah syarikat hosting Malaysia ini yang memberi perkhidmatan yang tidak bagus. Saya pernah mempunyai pengalaman dengan pihak profithoster. Bila kita ada Masalah nak tunggu jawapan dari mereka sangat lama. Perkhdmatan lepas jualan memang teruk. Saya rasa seminggu menunggu jawapan dari support team mereka memang melampau lama. Tapi saya tidak serik kerana saya percaya banyak lagi rakyat Malaysia yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam bidang perniagaan ini. Sebab itu saya tetap sokong produk Malaysia. Cuma beralih arah kepada syarikat lain sahaja.

5. Mudah berkomunikasi

Oleh kerana Bahasa Inggeris saya berterabur, saya memilih untuk menggunakan NetKL. Mudah menggunakan Bahasa Melayu untuk berkomunikasi. Tidak pening kepala. Pernah ada pengalaman menggunakan hostgator (try 1 bulan dengan code diskaun) dulu. Bila ada masalah google translation dan isteri jadi penterjemah aku. Oleh kerana blog ini cuma target pengunjung dari Malaysia jadi saya rasa tidak ada keperluan untuk blog ini menggunakanan perkhidmatan dari luar negara. Kecualilah anda ada banyak blog yang ingin dibangunkan.

Kesimpulan

Pemilihan hosting yang tepat adalah merupakan satu fasa yang penting bagi seorang newbie. Ini kerana salah pilih hosting akan menyebabkan blog yang akan dibangunkan nanti menjadi masalah. Ia juga bagi mengelakkan anda berpindah randah. Dari satu hosting ke satu hosting. Leceh kerja ni. Pastikan anda memilih hosting yang bagus perkhidmatannya.

16 Comments

Add a Comment
  1. perkonsian pintar dr manusia bernama Arman.
    ENTRI encikarman ☛ Cara Senang Redeem Treatpoint Maybank – Lenovo A706My Profile

  2. Hehe..Netkl tak pernah cuba lagi..ada rezeki nanti boleh lah cuba..hehe..terima kasih kongsikan..
    ENTRI Hafizul ☛ Maafkan Aku Jika Ada Yang TerasaMy Profile

  3. Ramai juga yang rekemen NetKL ni
    ENTRI wazy ☛ Pengalaman Beli-Belah Di ZaloraMy Profile

  4. tahniah..Netkl hampir menjadi first hosting aku..tapi tak jadi..:D
    ENTRI reezluv ☛ By: ZuanMy Profile

    1. Reeluv buat banyak blog guna satu hosting tu yg tak jadi pilih NetKL 🙂

  5. Mungkin selepas 6 bulan atau setahun, bro boleh buat review mengenai perkhidmatan web hosting daripada NetKL.
    ENTRI Joe ☛ Ingin Menang Apple iPhone 5s?My Profile

    1. In Sha Allah bro..tq.

  6. aku guna Datakl.com.hehe. banyak dengar org guna netkl ni.hehe. apa2 pun kena rajin sentiasa backup gak.k
    ENTRI pahan ☛ [Terbaik] – APA YANG KAU PERLU TAHU TENTANG PES 2014My Profile

    1. Betul tu pahan.Tak kira hosting mana diguna. Backup tu penting.

  7. nampak mcm servis netKL ramai yang sokong.. Ok la lepas nih boleh cuba
    ENTRI Marhamah ☛ Memahami Javaskrip yang tak Segerak (Async, Asinkron)My Profile

    1. Boleh cuba. Murah jer..

    1. Selagi servis bagus. Selagi itu setia. he..he..he..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme