Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Pengalaman 3 Tahun Guna MacBook Pro

Salam Sejahtera,

Hari ini tanggal 12.12.2013 genap sudah aku menggunakan MacBook Pro. Komputer ini aku beli pada tahun 2010. Aku akan cuba kongsi pengalaman aku menggunakan Macbook Pro ini.

Sepanjang aku menggunakan computer ini banyak juga soalan yang di tanya dengan aku. Jadi di sini aku akan cuba jawab persoalan itu.

macbook pro

MacBook Pro baru 3 hari selepas beli, anak dulu pandai guna.

1. Tahap Kesukaran

Banyak yang berpendapat menggunakan komputer Mac ini adalah susah. Bab ini aku tak berapa pasti apa yang susah. Bagi aku jika kita baru hendak bermula memang susah. Tapi jika ada sikap ingin mencuba dan sentiasa ingin belajar sesuatu yang baru. Kita akan sentiasa akan jumpa sesuatu yang terbaik untuk kita.

Apa yang boleh aku katakan jika anda boleh guna Windows OS anda juga boleh guna Mac OS. Cuma mula-mula tu kekok sikit lah.

2. Perisian / Software

Pasal perisian ini mungkin menjadi satu masalah. Ini kerana perisian yang dibangunkan tidak semuanya sesuai untuk komputer mac.

Ini sedikit asas berkaitan dengan perisian mac os x, windows (xp, vista, 7 / 8) dan ubuntu. Untuk perisian mac os x fail perisian adalah berakhiran dengan .dmg . Untuk windows .exe dan Linux ubuntu .deb .

file mac os

Perisian Mac OS , Windows

Kebanyakkan pembangun perisian akan membina perisian yang sesuai dengan sistem operasi. Sebagai contoh, pihak microsoft juga ada membangunkan perisian MS Office untuk Mac . Maksudnya mereka membangunkan dua jenis MS Office. Satu untuk MS Windows dan satu lagi adalah untuk Mac OS X.

Jika anda pengguna baru dan mencari software untuk macbook anda. Taip ” NamaPerisian for mac os x “.

NamaPerisian tukar dengan apa-apa nama yang anda hendak cari. Kalau file yang anda download nanti berjenis .dmg betullah tu.

3. Window xp, vista, 7 dan 8.

Sistem Operasi ( OS ) boleh di intsall dalam komputer macbook pro. Setakat yang aku tahu dan pernah cuba. Ada dua cara install windows dalam MacBook Pro.

Pertama menggunakan ( Virtual Box ). Cara ini Windows akan di install dalam Mac OS menggunakan Virtual Box. Kira macam OS dalam OS. Tapi cara ini akan sedikit menggangu prestasi windows kerana ia akan menggunakan banyak RAM.

Cara kedua boleh menggunakan Boot Camp Assistant. Cara ini sangat bagus kerana ia tidak mengganggu prestasi Windows yang anda gunakan nanti. Jika dibandingkan dengan mengguakan virtual box. Menggunakan boot camp assistant ini kita membaut dual boot OS.

4. Virus

Aku rasa inilah sebab utama kenapa aku berpindah dari pengguna laptop biasa kepada Macbook pro. Selama 3 tahun aku menggunakan MacBook Pro aku belum ada lagi jumpa virus yang menyerang komputer aku.

Dan setakat ini komputer aku tidak di pasang mana-mana anti-virus. Aku tidak kata komputer Apple tidak di serang virus. Tapi kebarangkalian kena jangkitan virus adalah sangat kecil.

Antara kelemahan

Kelemahan menggunakan komputer mac ini adalah bergantung kepada pengguna sendiri. Ini kerana setiap pengguna ada tujuan sendiri untuk menggunakan komputer.

Kelemahan ini bagi aku lebih kepada penggunaan perisian. Sekiranya perisian yang anda gunakan tiada versi untuk mac os x. Sebagai contoh, dalam bidang pekerjaan aku sendiri. Satu perisian yang di bangunkan oleh pihak KPM tidak dapat di install dalam Mac OS X. Jadi aku terpaksa install Windows menggunakan Boot Camp Assistant. Oleh kerana aku jarang menggunakan Windows OS jadi ia membazikan ruang storan HD.

Lagipun menggunakan Windows dalam Komputer Apple akan menyebabkan bateri cepat habis. Ini pengalaman aku sendiri lah. Tak pasti pula orang lain.

Kesimpulan

Aku bukan duta barangan Apple. Aku cuma ingin membantu sahaja. Jadi artikel ini mungkin membantu mereka yang ingin atau berminat untuk menggunakan MacBook Pro atau mana-mana komputer apple.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan MacBook Pro ini anda boleh kemukakan di ruangan komen. In Sha Allah, kalau saya dapat jawab saya akan jawab. Kalau tidak dapat mungkin rakan yang lain boleh membantu memberi jawapan.

Jika artikel ini boleh membantu rakan anda kongsikan di laman sosial dengan klik butang social di bawah. Terima kasih. Anda memang kacak.

27 Comments

Add a Comment
  1. Bagussssssssssssssss

    1. Org kuat Apple tuk..

  2. Tak pernah lagi merasa pengalaman pakai Mcbook Pro.. Setakat ini baru mampu membeli dua notebook Acer..

    Satu saya beli tahun 2006 dan masih digunakan sehingga sekarang sewaktu saya mengajar di dalam kelas…

    Satu lagi saya beli pada bulan Disember 2012, ACER juga tapi guna Windows 8 sebab ada Tourch Screen… Yang ni saya sayang sangat, itu sebab saya tak bawa pergi ke tempat kerja…

    Walauapapun terima kasih di atas perkongsian pengalaman menggunakan Mcbook Pro selama 3 tahun.. Satu hari nanti kalau ada rezeki, saya nak beli juga Mcbook Pro ni untuk menambahkan koleksi notebook saya….
    ENTRI Anuar ☛ Cara Paling Mudah Meletakkan Blog Anda Di Page Pertama Google.. Terbukti berkesan!!My Profile

    1. Boleh cuba bro..guna dulu baru tahu, mahal mng mahal tetapi berbaloi dgn harga..

  3. masih tak mampu nak angkat macbook pro. hoho..
    ENTRI titan ☛ Cara kira penggunaan kadar elektrik di rumah.My Profile

    1. Betul ke bro…aku tengok berdesup je duit masuk..

  4. Saya pula sudah 2 tahun dengan Macbook Pro saya.
    Memang best woo~ ngee 😀
    ENTRI hafidz ☛ Wordless Wednesday – Encyclopedia CoffeeMy Profile

    1. Betul bro..tapi kadang2 rindu juga aku dgn windows..

    2. Boleh tau x cara nk install microsoft office??

      1. Nak install ms office kat macbook kena cari installer ms office for macbook…ext filenya .dmg kalau utk windows .exe…

  5. tahun depan baru nak angkat satu…:D
    ENTRI reezluv ☛ Komisen Ke 19 & 20 Dari KlikjerMy Profile

  6. Kalau be MacBook.. ade siap install Microsoft untuk mac x??atau kene beli masing… Dan Mahal kan klu beli masing??

    1. MS kena beli asing..

  7. kalau nak download adobe photoshop macam mane eh?

    1. Aku download kat pirated photoshop guna utorrent..he.he..he..

  8. saya nak tanya..camna nak install iwork untuk macbook versi lama….

    1. Macbook tahun bila bro…bergantung dengan OS versi brp…

  9. bro..sya juga pengguana macbook pro..sya dh downloaad adobe photoshop cc tapi trial jaa..bro ada link x tutorial cara nk download photoshop guna torrent

  10. ternyata macam tu ya macbook pro

  11. nak tye kalau nk buang windows dlm mac tu cmne ye ,gne bootcamp asst,pastu nk restore os x cmne..tq..

    1. Delete guna bootcamp sahaja, tak perlu restore balik mac os…ia tidak seperti kita buat install dua os dlm komputer biasa..

  12. salam bang… saya ada install window dlam mac pro sya,
    tapi dalam beberapa hari nie sya nak tukar ke pada os xboleh…besenye semasa nak on kene tekan ‘option’ n kita dapat pilihan samada nak mngunakan window @ os tapi skung nie bile tekan option still die buka window juga…tu virus atau saya yg x pandai pkai??

    1. Wslm, cuba restart melalui windows os. Cuba klik bootcamp. Kedudukan penjuru sebelah kiri bawah. kat menu bar. Warna hitam bentuk cam diamond. Kemudian pilih ‘Restart in Mac OS X’…

  13. Nak tanya, saya masih baru lagi guna. Pening kepala carik cara bagaimana nak transfer data dati hard disk masuk dlm macbook pro tu? Mcm mana ye? Boleh bg link apa2 tutorial. Pening sudah mencari. Tq in advanced

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme