Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Pengalaman Berniaga Di Ebay

Salam Sejahtera,

Berniaga di Ebay suatu masa dulu pernah menjadi satu fenomena di mana banyak rakyat Malaysia yang cuba untuk menjual barangan di pusat membeli belah terbesar di dunia iaitu Ebay. Ada yang mendapat untung malah ada yang kerugian. Untung atau rugi, yang penting pengalaman untuk mencuba sesuatu yang baru itu mesti ada. Kalau tak silap, aku mula menjual di ebay pada tahun 2008.

Orang yang berjaya dalam perniagaan kebiasaannya mereka telah mencuba pelbagai jenis perniagaan sehingga mereka berjaya menjumpai perniagaan yang betul-betul sejiwa dengan mereka. Dan kini kita lihat banyak mereka yang berjaya.

Aku pernah berguru dengan Noorisham Shah dan Sifu Lan untuk berniaga di ebay. Tapi aku tak pernah berjumpa dengan mereka. Aku beli buku panduan ebay mereka, yang bestnya beli ebook masa itu, mereka akan menyediakan forum khas untuk pembeli. Pembelajaran akan belajar secara dua hala di sana.Umpama kita belajar di Universiti secara PJJ (Pendidikan Jarak Jauh). Semua pembeli mereka akan berkumpul di forum khas dan berbincang di sana. Sehingga masing-masing berjaya mendapat jualan pertama dan seterusnya mendapat keuntungan.

pengalaman-berniaga-di-ebay

pengalaman berniaga di ebay – komen pembeli

Banyak pengalaman pahit dan manis bila bersama ebay ni. Bagi yang pernah berjual di ebay tahulah bagaimana sepak terajang berniaga di ebay ni. Ada juga barang yang aku jual kena suspended kat ebay. Ini kerana melanggar terma dan syarat yang di tetapkan pihak ebay. Sebab itu wujud kata peransang dari Sifu Lan. Nak berniaga di ebay mesti ‘hati kering’. Kerana sifat ini sangat kurang dalam diri aku, akhirnya aku melangkah keluar dari gelanggang ebay.

Yang paling bestnya bila kita berniaga di ebay terutama untuk ebay.com target market orang Amerika. Mereka ni tak lokek keluar duit untuk berbelanja. Mereka beli tanpa banyak soal.  walaupun sebenarnya ada segelintir yang ‘poret’. Selepas mereka membuat pembayaran yang penting barang mesti cepat di hantar.

Apa yang menarik ialah aku tak pernah tengok barang yang aku jual. Aku cuma tengok gambar je. Dan kebanyakkan barang yang aku jual adalah dari pembekal dari negara China.

Nak berurusan dengan peniaga dari China juga perlu berhati-hati. Takut barang tidak berkualiti. Jadi sebelum menjual pastikan anda cuba membeli satu barang dengan mereka. Cari yang harga paliing murah. Lihat bagaimana proses penghantaran adakah menepati masa seperti dalam deskripsi mereka.

Tapi kini aku cuba untuk fokus dengan perniagaan simkad toneplus. Ini kerana sasaran atau misi aku ialah untuk mendapat pendapatan pasif. Tidak rugi mencuba, lagipun modal hanya RM90 sahaja. Kalau tidak pun kita akan menggunakan telefon juga. Cuma yang bezanya simkad toneplus membayar kita jika kita adalah pengguna simkad mereka.

Kesimpulan.

Apapun perniagaan yang hendak anda lakukan, buat sahaja. Jangan tunggu, jangan tangguh. Masa tidak akan menunggu anda. Mungkin kita belum berjumpa lagi jalan lurus untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Tapi percayalah kita akan samapi juga ke destinasi yang hendak kita tuju. Asalkan kita tidak pernah berputus asa. Kejayaan yang tertangguh. Kejayaan mungkin bukan milik kita hari ini. Mungki esok, mungkin lusa. Tapi kalau kita tidak bermula pasti kita tidak akan sampai kedetinasi.

MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA DAFTAR TONEPLUS SEKARANG

29 Comments

Add a Comment
  1. saya tak ada pengalaman. tapi seronok membaca pengalaman orang lain.cuma berniaga di internet sahaja.itu pun produk sendiri uh…
    ENTRI suri ☛ Panduan Dan Cara Menjahit Baju Kurung Bayi Buat Ke Beli Dah Siap?My Profile

    1. Jual produk sendiri lagi bagus. Boleh jual kat ebay…
      ENTRI Arman ☛ Pengalaman Berniaga Di EbayMy Profile

  2. hoho..teringat pengalaman lama dengan ebay.

    Best memang best.

    Tapi..ebay bukan base utama aku dah. Sekarang..menulis lebih lumayan bagi aku untuk satu jangka masa yang lebih lama.

    Tone excel. Aku pun kurang minat.
    ENTRI titan ☛ New life, Ashadee yang kacau bilau, Duit Blogging, MLM mengarut dan kisah kahwin.My Profile

    1. Ada juga pengalaman dgn ebay en. titan. pasal tone excel, byk juga aku ikut komen titan kat FB sebelum aku join toneplus. Lama dah berkira-kira nak join tone excel or toneplus. Last aku pilih toneplus…
      ENTRI Arman ☛ Pengalaman Berniaga Di EbayMy Profile

  3. saya amat berharap menjadikan online sebagai sumber rezeki!..pernah dengar ebay dan baca buku tentang ebay..cuma tak buat kerana fokus menulis dalam blog macam best sahaja…
    ENTRI Hero Borneo ☛ Bekerja Dari Rumah Pilihan TerbaikMy Profile

    1. Bisnes online ni banyak cabang. Ebay cuba platform untuk kita menjual. Sama juga mcm kita menjual kat FB. Hero borneo ni dulu ada blog ‘kakiblog’ kan…
      ENTRI Arman ☛ Kenapa Mesti Mendaftar Di Smart TonePlusMy Profile

  4. Tak pernah berniaga di ebay… dan tak tahu cara bagaimana, tambahan pula kurang fasih bahasa inggeris. he..he..
    ENTRI Kamil Salleh ☛ Piala Dunia 2014 Di Brazil Semakin DirasaiMy Profile

    1. Akupun tak fasih bahasa inggeris bro. Tapi google translate banyak membantu aku, dan juga isteri aku. Selalu jadi kamus bergerak.
      ENTRI Arman ☛ Kenapa Mesti Mendaftar Di Smart TonePlusMy Profile

  5. kawan suami ada buat benda eby ini kata laku.tapi dia sendiri yang cari barang tu dna jual internet.
    ENTRI suri ☛ KECEMASAN !! Menjadi Sebuah Mimpi Yang BurukMy Profile

    1. Kalau barang cari sendiri, lagi bagus..margin untung lebih tinggi kalau betul brg yg dijual…

  6. Salam bro, nak tumpang tanya sikit..sy buyer dalam ebay..dah lama..ok jugak dpt 10 star feedback..cuma nak start niaga dlm ebay tu ada error, sy cuba jual dlm international tpi ada account limits. macam mana nak buat?

    1. w’slm, error macm mana tu zul, unlimited ni mungkin akaun zul masih baru lagi…

  7. menarik ni. kawan aisyah pun ada meniaga toneplus ni.. tak tergerak hati lagi nk join,..hihihi.. kena baca byk info lagi ni..
    ENTRI Aisyah ☛ Cara Pasang Commentluv Di BlogspotMy Profile

  8. salam bro.sy baru menjual brg di ebay,untuk sy menghantar barang ke US.boleh ke sy guna pos malaysia?

    1. Boleh, rasanya cas mahal…cuba guna gdex lebih selamat sebb international…dulu saya buat dropship je bro…semua brg dari china…

      1. Mcm mana nak join agen dropship cmtu??

        1. Daftar kat laman web mereka. Kemudian cuba hubungi mereka tanya ada tak menyediakan perkhidmatan dropship.Jika ada cuba buat tempahan brg utk kegunaan sendiri…

  9. bro buat ebay juga rupanya..ahaha..ok teringat kenangan lama kembali 😛

    1. Ni zaman Sifu Lan dan Noorisham…lama x dengar brita sifu Lan dan Noorisham…org kuat Ebay.

  10. salam…boleh ajar sikit2 cara beerniaga di ebay?

    1. Wsalam, lama dah meninggalkan dunia ebay ni. Apa yg di ajar sifu sy dulu.
      1. Kena ada akaun kat ebay.
      2. Cuba beli brg kat ebay. Cari brg yg murah2 utk dapatkan positif feedback dr penjual. Bila dah ada feedback positif baru dpt berjual kat ebay.

      1. Assalammualaikum tumpang tanya

        1. mmg kena beli barang kat ebay dulu ye sebelum start nk jual barang.
        2. mcm mana nak beli ebook sifu lan tu?
        3. saya mmg nak cuba sell barang kat sana tapi tak tau mcm mana

        1. Jawapan :
          1. Beli brg tu utk kita dpt positive feedback dr customer. Kalau x de feedback susah nak jual.Ia juga membantu utk kita tahu bagaimana irusan jual beli di ebay. Better kita jadi pembeli dulu sbln jadi penjual. Beli brg yang berharga murah seperti stem dan duit syiling.
          2. Rasanya dah tiada lagi jualan ebook Sifu Lan.
          3. Kena belajar, cuba cari kat forum seperti wangcyber.com.In sya allah ada otai ebay kat sana.

  11. sya baru beli ebook dari sorang player ebay 98.

    pastu dia suruh join seminar 499.

    soalan

    mcmana nk dpt dorship dri cina. boleh explain x encik hensem?

    1. Dulu masa beli ebook, diajarkan sekali macam mana nak dpt dropship dari china ni.Boleh cuba cari di alibaba.com. Kena try and error. Lihat kat laman web mereka ada tak menyediakan dropship. Cuba order brg sendiri dulu.Ni tempat yg saya gunakan dulu artsnow.com (berbayar), chinavasion.com dan everbuying.net.Harap membantu.

  12. salam boss… baru dok baca ilmu ebay mlm ni.. soklan buat boss yg dok buat dropship dr china…ok saya skrg ada gak la beli brg dr china utk guna sendiri n skit2 jual di pasaran Msia.. cuma td tgok dlm ebay ada tulis dlm iklan di ebay yg brg nk jual tu..ship from xxxx.. so klau kita jual kt ebay usa.. nk kena tulis ‘ship from mana’… ada tips ke or mmg tulis from china sbb kita pos direct from supplier china.. cuba bantu skit caranya…tq

    1. Wsalam bro.,ship from tu kena tulis dari mana supplier pos brg.Bergantung dgn dropship dari mana yg kita nak guna. Jika dari China tulis je dr China.

      1. Tq boss.. tk buat ke ilmu ebay kt org2 yg nk belajar..?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme