Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Pengalaman Bersama NetKL.com

Pengalaman bersama NetKl.com | Salam Sejahtera ,

NetKl.com adalah merupakan sebuah syarikat dari Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penjualan domain dan hosting. Bagi mereka yang membina blog menggunakan platform wordpress.org syarikat domain dan hosting ini sangat penting.

Ini kerana kesalahan memilih syarikat domain dan hosting akan menyebabkan blog anda akan bermasalah.

Aku kenal dengan NetKl.com ini adalah dari cadangan smartusaha aka smartzul yang menerbitkan ebook Panduan Asas WordPress. Aku adalah antara mereka yang membeli ebook panduan asas wordpress. Ebook ni memang top pada masa itu.

Pengalaman Bersama NetKl.com

Pada awal artikel blog ini aku ada menulis tentang Pemilihan Hosting Blog. Kenapa aku memilih NetKl.com sebagai tapak untuk blog wiramerah ini.

pengalaman-bersama-netkl.com

Bila aku baca artikel yang aku tulis tu balik. Agak tidak patut aku menulis review terlalu awal berkenaan NetKl.com.

Sebenarnya ialah ini bukan blog pertama aku yang menggunakan netkl.com. Aku mula membuat blog pada pada penghujung 2007 atau awal 2008. Tapi waktu itu aku cuma nak buat blog sahaja. Kalau tak silap blog wiramerah.com ini adalah blog yang ke-4 menggunakan servis dari netKl.com.

Cuma blog wiramerah ini sahaja aku dapat teruskan. Dan hari ini aku telah membuat bayaran untuk meneruskan perkhidmatan dengan netKL.com untuk tahun ke-2.

Ada 3 sebab aku sangat suka dengan NetKl.com ni.

1. Pantas Menyelesaikan Masalah

Sepanjang setahun bersama netKl.com aku pernah menghantar beberapa tiket ke bahagian support team mereka. Apa yang aku perhatikan ialah setiap mesej yang di hantar akan dibalas dan di selesaikan dalam masa yang singkat. Aku pernah terfikir. Tak tidur ke dia orang ini. Tengah malam hantar support tiket pun mereka balas dalam masa yang cepat. Memang aku puas hati sangat dengan layanan mereka.

2. Penggunaan Bahasa

Oleh kerana syarikat ini adalah syarikat dari Malaysia, jadi penggunaan bahasa memang menggunakan Bahasa Melayu. Jadi ini sangat memudahkan aku, kerana blog aku memang target pengunjung dari Malaysia.

Jika anda seperti aku yang  tidak berapa mahir menggunakan Bahasa Inggeris, syarikat tempatan adalah pilihan utama. Apa-apa masalah boleh diselesaikan dengan mudah kerana tiada malasah bahasa.

3. Domain Percuma

Percuma, semua orang suka dengar bila sebuat percuma. Ya setiap pembelian pakej hosting akan diberi satu domain percuma. Bermakna aanda dah jimat RM35 setahun untuk pembayaran domain kerana pihak netkl akan memberi domain percuma sekiranya anda melanggan mana-mana pakej hosting dengan mereka.

Lain-lain sebab kenapa aku memilih NetKl dan masih setia dengan mereka untuk kali kedua boleh teruskan membaca artikel lama aku –> DISINI <–

Kesimpulan

Pengalaman bersama netkl tidaklah sama seperti pengalaman aku bersama isteri. Bersama isteri memang seronok sangat he..he..he…

Bagi yang nak membina blog wordpress.org bolehlah mencuba NetKl sebagai tapak blog anda. Aku yakin anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan dari netkl.

Kongsikan diruangan komen apa syarikat domain dan hosting yang anda gunakan.

18 Comments

Add a Comment
  1. buat masa ni masih kekal dengan rocksoft..formerly known as onebytes.. so far ok takde banyak masalah sejak 2009.
    ENTRI fitrijohari ☛ Pakej Aksesori Xiaomi Redmi 1S Semurah Seringgit!My Profile

    1. onebytes pun ok. Banyak review bagus aku tengok. Rocksoft aku 1st time dengar.
      ENTRI Arman ☛ Pengalaman Bersama NetKL.comMy Profile

  2. terima kasih perkongsiannya. servis baik, insyaAllah bertahan lama.
    ENTRI Denaihati ☛ Azmin Ali Menteri Besar Baru SelangorMy Profile

    1. Sama2, setakat ni mmg bagus servis.

  3. banyak syarikat yang menawarkan khidmat web hosting dan jualan domain dengan harga yang berpatutan. walau bagaimanapun servis tu yg paling penting. cam aku selesa guna hosting awn.my dan nak tolong kawan gak 🙂

    btw penah guna netKL sebelum ni. servis diorg pun bagus
    ENTRI mohd rasul abu hanipah ☛ Rantau Eco Park Tarikan Terbaru Di Negeri SembilanMy Profile

    1. Betul tu. Sekarang banyak pilihan. Di malaysia pun semakin bertambah syarikat hosting baru.

  4. aku masih pakai netkl untuk beli domain.

    domain situ murah sikit aku rasa. haha..
    ENTRI titan ☛ Banyak juga sales dari Lazada ni rupanya.My Profile

  5. Dalam persewaan hosting, yang paling utama yang harus di perhatikan adalah pelayanan yang fast respond, jika sewaktu – waktu blog mengalami kendala, kalau saya sendiri antara hosting dan domain beda tempat, hosting saya guna penyedia di Jakarta Web Hosting dan untuk domain saya guna di hosbisnis.com..
    Kalau target visitor dalam negeri ya alangkah lebih bagus memang guna penyedia dalam negeri..

  6. suka dan puas hati sangat-sangat. kita harus bijak memilih kalau salah pilih susah juga masa akan datang nanti.ia ibarat satu mimpi yang ngeri.
    ENTRI suri ☛ CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your VMy Profile

  7. aku juga guna netkl
    dah lama

    semuanya baik2 saja
    ENTRI TehR ☛ Main Ekor Untuk Isi Masa LapangMy Profile

  8. tengah mengintai syarikat hosting juga nie..
    ENTRI Hero Borneo ☛ Pertandingan Borneo Bird Race 2014My Profile

    1. Boleh cuba start guna pakej RM60 setahun bro kat netkl.

  9. perkongsian bermanfaat plus pengalaman sendiri.
    ENTRI ainun ☛ Ziarah KematianMy Profile

  10. assalamualaikum tuan tanah..
    tahniah anda ada blig yg banyak info. akak suka sangat baca blog kamu.
    jemput blogwalking
    ENTRI kak yatiadam ☛ CABARAN 30 HARI| DAY 24 |RUMAH IMPIAN ANDA.My Profile

  11. netkl memang best.
    boleh cuba bagi sesiapa yang berminat.
    ENTRI ohcikgu ☛ Kelebihan menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41My Profile

  12. saya setuju.. kestabilan dan customer service yang bagus dari NetKL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme