Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Pengalaman Membeli Belah Di Lazada Malaysia

Lazada Malaysia | Salam Sejahtera,

Lazada Malaysia adalah antara pusat membeli belah online terbesar di Malaysia. Cari sahaja apa barang yang hendak dibeli. Aku yakin 99% barang tu ada di lazada Malaysia. Cawangan lazada bukan sahaja terdapat di Malaysia, mereka juga begitu aktif di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.

Adakah anda masih ragu-ragu untuk membeli belah secara online. Jika jawapan anda ya boleh baca dulu entri Tips Membeli Secara Online. Memang tidak dapat di nafikan banyak penipuan yang berlaku secara online. Sebab itu kita harus berhati-hati. Di lazada Malaysia memang sudah terbukti merupakan tempat yang selamat untuk membeli belah secara online.

lazada malaysia

Lazada Malaysia – barang sampai minggu lepas . Pampers bukan order kat Lazada ye…

Lazada Malaysia

Sepanjang mengenali lazada malaysia, banyak juga barang yang di beli di sana.

Aku juga pernah membeli smartpone lenovo vibe x, sebelum tu isteri membeli lenovo S939. Walaupun berada di Kapit, barang yang dipesan tetap sampai dengan selamat. Cuma masa penghantaran mengambil masa agak lama iaitu dalam 3 – 5 hari bekerja baru sampai.

Ini adalah kerana faktor lokasi Kapit,Sarawak yang agak jauh dan memerlukan beberapa pengangkutan dan barang terpaksa bermalam di sesuatu kawasan sebelum sampai destinasi. Bagi kawasan lain di Sarawak terutama bandar-bandar besar seperti Kuching, Samarahan, Bintulu dan Miri barang akan sampai dalam masa 2 -3 hari.

Sebab itu jika hendak membuat pembelian online, aku akan membuat pesanan pada hari Ahad atau paling lewat hari Isnin. Supaya barang sampai pada hari Khamis atau paling lewat Jumaat. Jika pesanan selepas hari Isnin berkemungkinan barang akan sampai pada minggu seterusnya.

Masa aku membeli smartphone Lenovo Vibe X, pihak lazada telah memberi tracking number yang salah. Nombor yang diberikan ialah nombor kod bar harga pada kotak smartphone. Bukan nombor tracking gdex.

Risau juga masa itu, bila semak online barang tidak dapat di kesan kedudukan, pergi jumpa dengan wakil gdex kawasan. Barang belum sampai walaupun dah hari ke-4. AKhirnya aku telefon customer servise lazada. Layanan memang bagus. Cuma mereka kata akan semak pada bahagian penghantaran.

Sehari selepas itu barang sampai, bila di semak nombor tracking memang salah. Sepatutunya nombor tracking gdex ada 10 digit. Tapi nombor yang diberikan pada aku adalah 12 digit. Nasib baik barang dah samapi. Jadi aku tutup case sebab barang memang selamat sampai.

Aku rasa ini kesilapan yang tidak sepatutnya belaku. Walaupun barangan sampai, tapi ia menyebabkan kita susah hati. Harap pihak pembungkusan dan penghantaran tidak mengulangi kesalahan seperti ini.

 

Kesimpulan

Setakat ini aku memang berpuas hati dengan harga, kualiti, service dan layanan dari pihak Lazada. Anda masih ragu-ragu untuk berurusan dengan mereka. Cuba cari kat google berkaitan dengan lazada. Aku pasti anda akan jumpa yang komen yang baik-baik pasal lazada ini.

Anda ada pengalaman membeli belah di Lazada Malaysia. Tinggalkan komen anda.

47 Comments

Add a Comment
  1. nasib baik barang sampai juga, kalau saya memang cuak no track salah
    ENTRI ainun ☛ Ziarah KematianMy Profile

    1. Tu lah, hari tu dah risau juga. Nasib baik brg sampai..

      1. Handphone tu original set ke ap set bang

        1. AP set, sebab software je warranty setahun, camera, bateri 3 bln je..tu yg dpt beli harga murah.

  2. lagipun sekarang tangah ada promosi hebat di lazada
    ENTRI blogger lelaki ☛ Proton Iriz Vs Perodua MyviMy Profile

    1. betul tu, jom kita sama2 serbu lazada…

  3. saya pun pernah beberapa kali beli barang di lazada..ada pernah sekali je masalah baang tak sampai..dekat 2 minggu la baru dapat barang nya..memamg barang di lazada murah2 sebab tu tetap jadi pilihan untuk membeli belah.

    1. 2 minggu . lama tu. Aku paling lama pun 5 hari..itupun jika ada cuti umum.

      1. Aku beli barang dkat lazada tapi x sampai² g dh nk maksud empat minggu, bila aku cek tracking ad dkat pos sha alam.. Bila aku call pos sha alam pos tu ckp barang tu xder pun???

  4. cantik blog anda..singgah di sini sambil kita sambung komen di denaihati..ayuh rakan-rakan
    ENTRI hpmurah2u ☛ Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogenMy Profile

    1. Tq hpmurah2u, ok..masih banyak kerja ni. Ada masa terluang nanti lepak kat blog denaihati…

  5. kalau ikut pengalaman aku pun, lazada ni bgus sbb tak byk maslaah esp courier system dia.
    ENTRI JMR ☛ Cara berbelanja dengan bijak di akhir bulan. Jimat sehingga 95%.My Profile

    1. Betul tu JMR, silap sikit2 tu ada lah juga. Tapi barang tetap sampai.
      ENTRI Wira Merah ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  6. Setakat ni tak pernah lagi beli online lagi kat LAzada ni, kalau ada rezeki boleh lah try beli kat sini plak.
    ENTRI Bahrain ☛ Namoo On The Park Di Publika Shopping GalleryMy Profile

    1. Semoga murah rezeki bahrain, lepas ni bolehlah beli brg kat lazada…
      ENTRI Wira Merah ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  7. Saya juga pernah mas belanja di lazada, pelayanannya memang sangat memuaskan.

  8. Dh bnyk kali soping kat lazada…so far so good… 🙂

  9. pernah beli juga, buat masa ni puas hati..:D
    ENTRI reezluv ☛ Apa Blogger Baru Perlu Faham Tentang Blog?My Profile

  10. belum pernah lagi kerana ada sesuatu belum izinkan..nasib baik barang sampai kalau tak terjejas juga reputasi lazada nie
    ENTRI Hero Borneo ☛ 7 Jenis Mimpi Yang Mesti DiketahuiMy Profile

    1. Tu lah, kalau tak sampai, memang masuk blog. Tapi lazada sekarang bkn macam mula2 beroperasi dulu.

  11. Huhu…terbaiklah..saya belum cuba lagi beli kat lazada ni..hehe
    ENTRI Hafizul ☛ Ayah… Adik Sayang AyahhhMy Profile

    1. Biar betu. Kalau belum boleh cuba..lazada sentiasa ada diskaun harga…

    1. HP dah lama dah rosak, tu yg angkat baru…

  12. Memang best dan berbaloi beli online di Lazada Malaysia ni. Selain servis yang baik, ia juga beri kemudahan bayar secara COD … setakat ni, saya dah lebih 5 kali beli online di Lazada, siap dapat potongan diskaun lebih lagi.
    ENTRI Hasrul Hassan ☛ Cara Padam Imej Sensitif Google Map Street ViewMy Profile

  13. saya pernah membeli tapi bila agaknya nak review heee..beli hp ye so ok tak hp tu?
    ENTRI suri ☛ Kecantikan Kerana Maruah Dan Hujung KainnyaMy Profile

    1. HP ok…saya beli lenovo vibe x..

  14. Saya pun pernah beli tp lepas kawan saya beli lebih 2 minggu baru barang sampai saya rasa serik n ragu dgn lazada
    ENTRI Safiya ☛ 6 Rahsia Mealshake Shaklee Yang Buat Orang Jatuh Hati PadanyaMy Profile

  15. Salam, nak tanya. handset tu beli dgn lazada at what price ye? Sebab tengok banyak sangat harga utk AP set. Then Vibe X AP set tu ok ke? In terms of quality. Niat nak beli tp ragu2.

    1. Price, masa tu saya beli pd harga RM599.00. Yg saya beli pun AP set. Rasanya kebanyakkan yg di jual tu AP set.Qualiti mmg sama. AP dan ORi set beza cuma dr segi warranty je. Ap warranty dr Lazada dan ORI waranty dari Lenovo.

  16. salam..sy nak tnya masa beli hp tu barang semua complete tak dlm box contohnya ada charger bateri,earphone,guide book atau yg lain2?

    1. Lengkap bro, semua ada…termasuk card warranty..

  17. At bwu nk try beli belah at Lazada ni tp mslh wt pembayaran2..human CREDIT card n visa je ke bole?.. Lau mcm sy pkai Cimb click, maybank2u, irakyat cmne?..

  18. Beli tablet. Order warna lain. Dapat warna lain. Sampai barang charge 8jam completed. Tapi tak boleh on. Return tablet tu. Customer service kata nak buat replacement tapi stock habis. Dia minta tukar brand lain tapi sama harga. Nak tak nak order la brand lain sebab harga memang tengah da promosi. Malangnya bila sampai barang tablet 2nd hand. Skrin dah calar. Kotak pun dah koyak dan disaletip balik. Macam barang recond. Memang confirm recond. Call customer service minta return balik. Berapa kali nak return?? Aku marah kenapa replcament barang 2nd hand. Last dia cakap dia nak refund duit je. Malas dah nak return. Pakai ajelah tablet 2nd hand tu. Sorry…no more lazada.

    1. samalah nasib..beli power bank tapi xboleh guna..da charge full power bank tp bila nk charge enset skejap je chrge nthen mati..ermm..

  19. Salam..taw x cara nk beli kat lazada guna dia punye app..sbb saya x tahu dan tetekan oder barang saya dua kali.. Cara nk remove satu oderlagi tu acaner…

  20. set kecantikan mcm sk 11 tu ori ke tidak ye…saya tengok mcm murah tapi takut bukan ori pulak…

    1. Bandingkan dgn harga pasaran. kalau jauh sangat beza harga harus berhati2.Lebih baik tanya dgn pihak lazada sblm beli.

  21. Bro..kalau beli lazada dan pos ke sarawak, ade tak kos perlu dibayar?ke include sekali time buat payment guna debit card?

    1. Bergantung dgn barang nak dibeli. Ada free post ada perlu byr..

  22. Setakat nie beli tak jd masalah sbb Nya time check Kat masa penghantaran dh maklumkan awal bila sampai so can sekarang Keyboard tuk tab s inshaAllah Akan sampai 8 Jun nanti tp ingat Nk beli note 2 di lazada p takut AP n tak leh guna errmmmm

  23. sy ade order 2 jam tangan dari lazada .. tetapi delivery dr us dan china ….
    sekarang nie .. saya risaukan barang saya yang dihantar dari china .. sebab saya cuba track dengan no tracking yang pihak lazada bagi .. tp x de dalam sistem .. sy try call lazada pn x dapat ….admin ade no lazada yang boleh saya call xx …

  24. ..ni nak tnya..u byar dulu ke??atau mcm mna ye??sya pun org srawak ni..

  25. ..ni nak tnya..u byar dulu ke??atau mcm mna ye??sya pun org srawak ni..

  26. Kenapa confirmation nombor saya tidak dapat ya..sepatutnya selepas place order..lazada akan hantar melalui email ataupun sms

    1. Maksud bro, tracking number ke? Jika tracking number biasa mmg akan diberi.Jika guna emel mungkin boleh cek dlam spam box..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme