Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Pengalaman Temuduga Kerja Kerajaan

Salam Sejahtera,

Kerja kerajaan adalah merupakan impian kebanyakkan dari kita. Ini kerana dalam pemikiran kita telah di tanam satu kepercayaan, kalau kerja kerajaan hidup senang walaupun gaji tidak besar. Tapi untuk tahap kaya raya itu kerja kerajaan bukan satu pilihan.

Aku ada 2 pengalaman temuduga kerja kerajaan. Temuduga kerja kerajaan pertama adalah untuk Kursus Pembantu Perubahan U29 taraf Diploma dan temuduga kerja kerajaan kedua ialah untuk memasuki Maktab Perguruan untuk kursus Diploma Pendidikan Malaysia. Kedua-dua temuduga kerja kerajaan ini pada tahun 1997.

Pengalaman Temuduga Kerja Kerajaan

Sebenarnya matlamat utama aku untuk memohon jawatan kerja kerajaan ini pada mulanya adalah untuk mencari pengalaman. Memandangkan sangat sukar juga untuk berjaya temuduga ini. Lebih-lebih lagi untuk kawasan panas seperti di Kuching pada masa itu. Ini kerana permohonan sangat banyak.

temuduga-kerja-kerajaan

Gambar – Ehsan Google

HotRahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Temuduga Kerja Kerajaan Pertama

Permohonan dengan SPA aku pohon semasa aku berada di Tingkatan 6 atas. Pada tahun 1996. Pada awal 1997 aku dapat surat temuduga sebagai pembantu perubatan. Gembira rasa hati.

Dalam diam aku mencari maklumat apa yang patut. Maklumat pertama yang aku harus tahu ialah nama Menteri Kesihatan pada masa itu. Kalau tak silap Datuk Chua Jui Meng. Puas juga menghafal. Maklumlah aku pada masa itu memang tidak berminat nak tahu nama menteri-menteri ini. Itu sahaja fakta yang aku tahu, yang aku study.

Soalan-soalan lain aku doakan ia berkaitan dengan apa yang aku pelajari disekolah. Terutama tentang penyakit. Bila interview kerja perubahan memang tidak akan lari dari penyakit.

Selain itu aku bertanya dengan orang berpengalaman yang memang dah dapat kerja kerajaan. Ada beberapa tips temuduga kerja kerajaan yang di beri. Aku kumpul dan senaraikan di sini.

Tips Temuduga Kerja Kerajaan

1. Mulakan dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim dan langkah kanan….

2. Ketuk pintu, cukup ketuk 3 kali sahaja.

3. Bergerak dengan langkah yang yakin.

4. Berdiri di sebelah kiri kerusi.

5. Ucapkan salam / Selamat pagi / Salam Sejahtera

6. Kemudian bersalaman ( jika sama jantina )

7. Jangan duduk selagi tidak di suruh duduk. Kalau tidak ada arahan suruh duduk. Minta kebenaran. ” Maaf Encik/ Tuan : boleh saya duduk”. Kemudian baru duduk.

8. Jangan lupa ucap terima kasih.

9. Pastikan susunan sijil telah di susun mengikut tertip dan kepentingan. Asingkan yang original dengan fotostat. Supaya tidak kelam kabut. Pastikan salinan original dahulu.

( ingat pastikan semua salinan sijil telah disahkan )

Sembilan tips ini kalau anda ikut In Sha Allah, sebelah kaki dah dapat kerja kerajaan.

Ok, kita pergi kepada teknik menjawab soalan. Macam kita ajar budak-budak UPSR, kalau tidak menguasai teknik menjawab soalan gerenti susah nak jawab soalan.

Bagaimana ?

Biasanya penemuduga akan bertanya tentang latar atau sejarah kita. Bab ini kalau boleh cerita panjang sikit dan cuba cari perkara yang boleh menarik perhatian mereka untuk bertanya lebih tentang latar belakang kita. Kalau kita berjaya tarik, bermakna penemuduga akan masuk perangkap kita dan dia kan bertanya perkara yang kita memang tahu dan berkaitan dengan diri kita.

Soalan pendapat. Kalau soalan pendapat, kita yang kena beri idea. Tidak kira idea kita betul atau salah. Kalau dah beri idea pastikan kita sudah bersedia untuk mempertahankan idea kita. Biar tenguh pendirian. Dan cuba buat soalan untuk mereka. Tanya mereka balik.Ada berani. Cuba. Biar mereka berada dalam topik yang kita bincang.

Soalan Fakta. Ok. Kalau soalan fakta tidak boleh kelentong. Tak tahu, cakap tak tahu.Kalau nak cuba jawab soalan juga mulakan dengan ayat “Maaf tuan, saya tak pasti, seingat saya…..” Sekurang-kurangnya kita cuba jawab.

Temuduga Kerja Kerajaan Kedua

Temuduga kerja kerajaan kedua ( Kursus Diploma Perguruan Malaysia) ini ada perbezaan sikit dengan temuduga pertama. Sebab kita ada di beri satu tugasan. Tugasannya ialah membaca 1 novel untuk di bincangkan secara kumpulan. Aku tak baca novel.

Aku cuma ingat tentang novel pertama yang aku baca semasa aku sekolah rendah. Tajuk ‘Juara Yang Tewas”. Buku ini adalah hadiah untuk pertandingan karom kalau tak silap. Lepas kami habis UPSR. Aku tempat kedua. Juara Yang Tewas ini mengisahkan tentang dua ekor naga di Tasik Cini dan tasik bera kalau tak silap. Sekarang aku tak berapa ingat kisah Juara yang tewas ini. Tapi memang banyak membantu aku dalam mengenal erti hidup. Ceeewah.

Syukur aku dapat menghadapi tapisan temuduga secara kumpulan. Dan terakhir. Temuduga secara individu. Tips dalam temuduga pertama masih diguna pakai. Tiada perubahan sebab aku nak menguji samada strategi ini berjaya atau tidak.

Secara asasnya cara kita di temuduga adalah sama. Tanya tentang latar belakang, pendapat, dan fakta.

Keputusan Temuduga

Untuk keputusan kedua-dua temuduga kerja kerajaan ini aku berjaya. Ya berjaya. Banyak yang kata aku beruntung. Sebab habis sekolah terus dapat tawaran. Tapi tawaran pertama yang aku dapat ialah Kursus Diploma Pembantu Perubatan intake 1997. Tawaran ini aku tolak atas sebab-sebab tertentu. Emak dan bapa aku kecewa, kerana aku ada cita-citaku sendiri.

Setelah menolak tawaran pertama, aku dapat surat untuk tawaran Kursus Diploma Perguruan intake 1997. Tawaran ini pun pada mulanya aku nak tolak, kerana aku masih nak mengejar cita-cita.

Walaupun aku menolak tawaran guru pada awalnya, akhirnya aku mengubah keputusan untuk menerima tawaran. Sebab tidak mahu mendengar ibubapa aku di cemuh. Aku dikatakan bodoh kerana menolak tawaran yang diberikan.

Kesimpulan

Harap tips dan panduan yang diberikan dapat membanu calon-calon temuduga kerja kerajaan. Mungkin pengalaman yang aku kongsikan tidak relevan pada masa sekarang. Tapi aku percaya kalau tidak semua, sebahagian darinya boleh diguna pakai lagi. Jika anda perlukan persediaan lebih terperinci dapatkan panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.

Dapatkan panduan Rahsia Lulus Kerja Kerjaan di sini :

HotRahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

18 Comments

Add a Comment
  1. terima kasih perkongsiannya tip ni. mudahan ramai dapat manfaatnya.
    ENTRI Denaihati ☛ Tun Dr Mahathir pandu Proton IrizMy Profile

    1. sama2, semoga membantu..

  2. Bagus tips2 yang diberi tu..In Syaa Allah akan dapat membantu bakal calon temuduga..

    1. Semoga dapat membantu hairul azni…

  3. Saya dulu cuba mintak kerja.. hantar resume lebih daripada 10 tempat..tapi dekat seminggu tunggu sorang je bagi respon. Itu pun kemudiannya senyap. sungguh kecewa.. Mungkin kalo depan2 (interview) saya boleh tunjukkan keyakinan saya.

    1. Mungkin bukan rezeki bro, hantar 10 dapat 1 respon itu kira bagus bro…byk persaingan..

  4. Tak per…dh tercapai pon cita2 tu 🙂

    1. Betul-betul-betul..tapi feel ada kurang.

  5. Satu jer yang best bab temuduga ni..dapat angka giliran no 1..hahaha..terima kasih kongsikan..
    ENTRI Hafizul ☛ Gembira Hutang PTPTN SelesaiMy Profile

    1. Kalau no. 1 aku mmg ngelabah terus. Kalau temuduga lantikkan biasa aku kena no. 1 sebab nama bermula huruf ‘A’…
      ENTRI Arman ☛ Ibadah Korban Di Kemboja Hanya RM280My Profile

  6. teringat masa temuduga jadi cikgu dulu. haha..berdebar pun ada.
    ENTRI ohcikgu ☛ Soalan Sains UPSR 2014 sudah BOCOR!My Profile

  7. sekarang bro masih jadi cikgu ke..nak tahu juga apa cita-cita sehingga sanggup tolak kerja kerajaan..jaminan masa depan.orang kata!
    ENTRI Hero Borneo ☛ Internet Meragam Hati Tak TenteramMy Profile

    1. Aku tolak tawaran pertama MA/ pembantu perubatan, tawaran kedua aku terima – Cikgu, so skrg masih jadi cikgu..sama dgn bro Titan…
      ENTRI Arman ☛ Ibadah Korban Di Kemboja Hanya RM280My Profile

  8. sekali je ada pengalaman temuduga
    alhamdulillah
    ENTRI TehR ☛ Tidur Bawah Ketiak EmakMy Profile

    1. Terus dapat, rezeki bro. Benda ni bergantung dengan rezeki masing2..

  9. temuduga kerajaan dengan swasta ada beza… tapi situasi dia sama jugak.. yang penting prepare apa yang patut tuh kasi settle dulu.. last sekali tawakal jerla..huhu
    ENTRI zik ☛ Keputusan terkini malaysia u23 vs saudi arab u23 21.09.2014 sukan asia incheonMy Profile

  10. lepas 3 kali pergi temuduga kerajaan baru terima kerja. Lain jawatan lain ragam sesi temuduganya…pengalaman tu yg penting
    ENTRI ismail ahmad ☛ 5 cara RAHSIA Panduan nak lulus Temuduga SPA Tanpa GagalMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme