Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Penjenamaan Blog Supaya Mudah Diingati

Salam Sejahtera,

Setelah membaca artikel dari En. Titan. Dan mengambil beberapa nasihat dari otai-otai blogger di laman sosial facebook. Aku mengambil keputusan untuk membuat sedikit perubahan untuk aktiviti blog ini.

Penjenamaan Blog

Penjenamaan Blog | Image : FotoTeacher.com

Jenama

Penjenamaan blog. Bermula pada bulan oktober ini, segala aktiviti blogwalking akan menggunakan nama Wira Merah. Sebelum ini aku menggunakan nama sendiri.

Ini bertujuan supaya orang mudah nak ingat nama blog aku wira merah. Jadi kalau lupa nak bookmark pun senang nak taip kat browser nama blog aku. Atau mudah nak cari kat google.

Harap usaha untuk memperkenalkan jenama wira merah ini berjaya. Dah setahun menggunakan nama sendiri. Jadi jika anda menerima komen dari wira merah harap dapat di luluskan segera.

Keputusan ini di buat juga kerana mengikut syarat yang di tetapkan dalam Cabaran Kedua Iphone 5s anjuran denaihati.

Alang-alang dah menggunakan nama Wira Merah baik teruskan sahaja walau dimana aku meninggalkan jejak.

HotVideo Pantas – Panduan Bina Blog WordPress

Niche

Setelah setahun menulis di blog wira merah ni. Aku masih lagi dalam dilema apakah niche untuk blog ini.

Dan untuk masa-masa akan datang aku akan cuba untuk menulis mengikut niche. Memang pening kepala juga memikirkan niche blog ini.

Ini kerana pada asalnya blog ini adalah merupakan personal blog. Seperti kata Cikgu SEO Merah Jambu “Blog personal susah nak buat duit”.

Jadi perubahan perlu juga di lakukan kerana sasaran utama tahun ke-2 blogging adalah untuk mendapatkan pendapatan dari blog.

Laman Sosial

Begitu juga di laman sosial, aktiviti di laman sosial akan di tingkatkan dan harus selaras dengan berkembangnya blog wira merah.

Blog dan laman sosial hendaklah berkembang selari. Ini juga adalah merupakan usaha untuk menjenamakan blog wira merah.

Dan beberapa laman sosial aku juga telah menggunakan nama wira merah. Kecuali laman facebook. Masih menggunakan nama sebenar. Laman facebook pada asalnya untuk urusan rasmi dan mencari rakan-rakan lama.

Jadi nak ubah nama menggunakan nama domain perlu fikirkan kesan negetif. Bagaimana rakan-rakan blogger. Apa cadangan anda ?

Kesimpulan

Sedikit perubahan ini harap dapat membantu penjenamaan blog wira merah. Seperti kata pakar seo Malaysia saudara Hasrul Hassan ” Sampai bila kita jadi pengikut”.

Ini seperti satu cabaran untuk blogger-blogger Malaysia termasuk aku. Dalam maknanya. Jadi penjenamaan blog perlu di lakukan sebagai langkah awal untuk berjaya di masa depan.

Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk keluar dari dunia “menjadi pengikut sahaja”. Jadi kita harus berubah dan membuat sesuatu yang baik untuk diri kita dan seterusnya boleh membantu orang lain untuk berjaya.

Dan untuk keluar dari dunia “menjadi pengikut” bukan satu kerja yang mudah. Ia memerlukan banyak pengorbanan dan usaha yang tidak pernah mengenal erti jemu dan putus asa.

27 Comments

Add a Comment
  1. Ohhh patutla…ok..saya dah approvekan..haha
    ENTRI Hafizul ☛ Ayah… Adik Sayang AyahhhMy Profile

  2. setuju..nama wira merah lebih mudah diingati…
    ENTRI diana ☛ LAMAN SUKAN YANG DIULAS TAK KIRA MASAMy Profile

  3. Wira merah. Ok tu macam Red Warrior..
    ENTRI JAWATAN KOSONG TERKINI ☛ JAWATAN KOSONG HERITAGE HOTEL IPOHMy Profile

  4. semoga terus berjaya dengan nama wira merah.
    ENTRI Denaihati ☛ NajibRazak.com dari kaca mata seorang rakyat marhaenMy Profile

    1. Tq Tuan denaihati, inspirasi berblog…

  5. Semoga akan lebih sukses dengan usaha dan penjenamaan yang bro buat ini…Amin
    ENTRI Wan Zawawi ☛ Wordless Wednesday #97My Profile

    1. Amin, semoga doa dimakbulkan..tq byk2 Wan.

  6. Tahniah wira merah…moga makin boom lepas nih 😉
    ENTRI siti hazreen ☛ Selamat Tinggal Kad Smiles Mobil, Selamat Datang Kad Smiles Petron!My Profile

    1. Tq siti..moga masin mulut tu..

  7. asal ko tak ambil nama harimau hitam atau naga merah sudah la.

    Haha..
    ENTRI titan ☛ Mudahnya Berniaga di Facebook – Zul SmartusahaMy Profile

  8. Semoga lebih berjaya dengan penjenamaan baru
    ENTRI Malaysia Tercinta ☛ Senarai Produk Yang Diharamkan KKMMy Profile

    1. Tq malaysia tercinta…

  9. baguslah tu jenama blog dengan nama yang senang diingati..
    ENTRI zool ☛ Pencapaian September dan Perancangan Oktober 2014My Profile

    1. Senang nak ingat. ligakampung pun mudah nak ingat.
      ENTRI Wira Merah ☛ Penjenamaan Blog Supaya Mudah DiingatiMy Profile

  10. semoga lebih maju ke hadapan..
    ENTRI zie fauzi ☛ Sakit Mata Merah dan Bengkak BerjemaahMy Profile

  11. jenama wira merah lebih mudah diingati berbanding arman seman..terbaik bro dan semoga terus sukses ..
    ENTRI Hero Borneo ☛ Minyak Naik Penyebab Naik DarahMy Profile

  12. Kala saya dari dulu dalam berkomentar blog, lebih suka guna nama blog dr pada nama sendiri, klau guna nama blog bisa jd branding jg
    ENTRI Rizkyzone.com ☛ Apa Sih Blog ItuMy Profile

    1. Betul tu mas,branding penting..

  13. Nama wira merah tu sndr dh unik.I loiikkeee

  14. jenama ni untuk orang mudah mengingati produk kita…
    ENTRI blogger lelaki ☛ Diskriminasi Anak Lelaki?My Profile

  15. Oooh ingatkan ksatria merah.. Takper. Selamat maju jaya dgn jenama wira merah..

  16. Tahniah atas usaha anda wira merah
    ENTRI Safiya ☛ Cara Makan Lecithin dan Alfalfa ShakleeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme