Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Pertama Kali Guna Iklan Facebook

Salam Sejahtera,

Alhamdulillah syukur, iklan facebook aku telah diluluskan oleh team facebook. Ini adalah kali pertama aku membuat iklan facebook. Eksperimen pertama beriklan di facebook (FB ads) untuk projek menjual barang fizikal.

Untuk FB ads pertama ini objektif iklan yang aku buat adalah untuk mendapatkan jumlah ‘LIKE’ fanpage. Dan hari ini juga lebih kurang pukul 4 petang tadi iklan yang aku buat itu aktif. Tentang keberkesanan iklan ini aku belum pasti lagi dan aku cuma buat berdasarkan prinsip ‘cuba jaya’. Sama ada ia berkesan atau tidak kita tengok nanti.

facebook-ads

Contoh Facebook Ads

Terus-terang aku katakan yang aku ‘buta’ dengan fb ads ini. Cuma melalui pembacaan di blog dan forum aku cuba beranikan diri untuk beriklan di facebook. Aku tahu banyak yang mengeluh dengan iklan di facebook yang memakan belanja yang besar tapi tiada apa yang dapat. Malah ada juga yang sampai berhutang dengan facebook. Tidak kurang juga ada yang berjaya hanya dengan beriklan di facebook. Bagi yang berjaya aku rasa ia bukan berlaku dalam sekelip mata. Mereka pun banyak melabur untuk berjaya.

Oleh kerana facebook adalah merupakan lubuk kepada penjual-penjual jadi pemilihan untuk beriklan di facebook adalah merupakan pilihan yang baik. Cuma perlu ada seni dalam beriklan. Bila sebut pasal seni, ini adalah satu kelemahan yang ada pada aku. Aku ni memang ‘buta’ seni he..he..he..apapun aku tetap mencuba dan meniru apa yang orang lain buat.

Bagi yang ingin mencuba beriklan di facebook jangan takut untuk mencuba (walaupun sebenarnya aku cuak juga pada mulanya). Tapi aku dapat mengatasi perasaan itu. Mengatasi rasa cuak ini juga adalah merupakan kejayaan bagi aku.

Pada mulanya ada juga rasa nak beriklan cara spam yang baik. Bila difikirkan balik kalau dah spam mana ada yang baiknya. Biar lambat asal selamat. Yang penting kita hormat dengan orang. Jangan sesekali SPAM di facebook kerana ia akan menjahanamkan perniagaan anda.

–> Panduan dapat LIKE fanpage cepat.

–> Panduan Letupkan Jualan di Facebook.

Sekiranya rakan-rakan ingin memberi pandangan tinggalkan komen dibawah. Jika mempunyai pengalaman mengunakan facebook ads kongsikan juga. Banyak lagi yang hendak dipelajari berkaitan dengan facebook ads ini.

Sebagai tanda sokongan sila ‘LIKE’ fanpage –> Smart Rayban .

p.s: Untuk mendapatkan diskaun di Smart Rayban boleh inbox mesej di fanpage dengan menghantar kod <WIRAMERAHOFF> tarikh tamat diskaun ini adalah pada 16 Mei 2014 .

p.s: Diskaun ini khas untuk pembaca dan pengunjung blog ini. Terima kasih atas sokongan anda semua.

2 Comments

Add a Comment
  1. Nak buat facebook ads ni kena ada ilmu… Tak boleh main terjah jer.. Sebab itu ada yang berjaya dapatkan hasil… Dan ada pula yang, habuk apa pun tarak, buat habis duit jer…
    ENTRI anuar ☛ Download PERCUMA Review Rujukan Peperiksaan Akauntan W41My Profile

    1. Betul tu Anuar,ilmu mesti ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme