Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Regatta Samarahan Pertandingan Gubahan Kulit Ambal

Salam Sejahtera,

Tempat Kedua Pertandingan Gubahan Kulit Ambal –  Entri ini aku buat khas untuk Mak aku yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan gubahan kulit ambal.

Pertandingan gubahan kulit ambal ini berlangsung semasa Regatta Samarahan 2013 pada 9-10 November 2013. Regatta ini di adakan di Kampung Tambirat, Asajaya. Ni adalah kampung aku. Tapi aku tak dapat datang masa Regatta ini. Tak dapat balik kampung. Kerja jauh sangat. So semua gambar ini aku ambil dari facebook rakan-rakan dan adik aku. Jadi terima kasih untuk gambar kalian.

regatta

Regatta Samarahan 2013

Ambal adalah sejenis haiwan yang mempunyai cengkerang. Nama lain bagi ambal ni ialah Siput Buluh. Tengok gambar kat bawah ni. Inilah ambal.

ambal regatta samarahan

Ambal @ Siput Buluh

Untuk Mak aku tahniah di ucapkan kerana dapat tempat kedua. Tahun depan cuba lagi. Mana tahu dapat tempat pertama pulakan.

regatta samarahan

Gubahan Kulit Ambal

Inilah hasil kerja gubahan kulit ambal yang Mak aku buat. Kulit ambal jangan di buang boleh buat sebagai perhiasan. Sama seperti kulit siput yang lain. Siapa berkenan boleh bid harga he..he..he…

Bina Perniagaan Dengan Jenama Sendiri

Gambar bawah ni Mak aku bersama anak gadisnya yang comel. Yang sebelah kiri sekali tu Mak akulah. Masih cantik lagi. Awet muda. Nak petua kuruskan badan boleh minta dengan mak aku. Dua orang tu adik aku. Yang di tengah tu nak kahwin hujung tahun ni. Sebelah kanan adik aku yang bongsu. Tengah menduduki SPM. Lepas regatta ni jangan lupa belajar. Semoga berjaya Honey.

regatta samarahan

Tempat Kedua – Gubahan Kulit Ambal

Ini saja kisah Mak aku. Tahniah dapat nombor 2 dalam pertandingan gubahan kulit ambal.

Untuk pengetahuan, hujung tahun begini biasanya adalah musim ambal. Balit cuti ni , rasanya nak pergi mengambal. Lama dah tak pegi. Untuk rakan-rakan lain yang melancong di Sarawak boleh cari pengalaman mengambal. Ambal ni banyak di kawasan pantai di daerah Asajaya, Samarahan.

Entri selepas balik bercuti nanti aku akan kongsikan cerita pasal ambal ni. Ada gambar senang lagi nak cerita. Ok ni sahaja cerita pasal Mak aku. Jika ada komen atau pendapat sila tinggalkan di ruangan komen.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

22 Comments

Add a Comment
    1. Tq..ktk kat kuching ndak. Dah pegi ngambal kah ?
      ENTRI Arman ☛ Regatta Samarahan Pertandingan Gubahan Kulit AmbalMy Profile

  1. Tq…tuk rasa sik sabar maok balit cuti. Maok makan ambal.
    ENTRI Arman ☛ Regatta Samarahan Pertandingan Gubahan Kulit AmbalMy Profile

  2. Tahniah..tumpang gembira sbb org Tambirat dpt no.2.

  3. Tahniah… err, kulit ambal itu, kulit apa sebenarnya?
    ENTRI Akuro San ☛ 7 Sebab Kenapa Anda Mesti Tahu Asas Buat Duit Dengan BlogMy Profile

    1. Ambal ni ada cengkerang. Cengkerang ni kita kat Sarawak panggil kulit ambal…
      ENTRI Arman ☛ Regatta Samarahan Pertandingan Gubahan Kulit AmbalMy Profile

  4. tahniah untuk mak kitak..terbaik pun.

    ambal memang nyaman molah sop..cuma reganya boleh tahan juak!
    ENTRI kakiblog ☛ Mengapa Blogger Baru Wajib BlogwalkingMy Profile

  5. rugi juak sik pergi regatta samarahan ya tek! apa-apapun tahniah untuk mak kitak yang awesome dalam gubahan kulit ambal ..terbaik pun
    ENTRI kakiblog ☛ Mengapa Blogger Baru Wajib BlogwalkingMy Profile

    1. Tq. Kakiblog, kitak orang Sarawak kah ? Orang kpg nie ktk ?
      ENTRI Arman ☛ Regatta Samarahan Pertandingan Gubahan Kulit AmbalMy Profile

      1. auklah orang Sarawak..nie tok dah diam perumahan..rasa sopan mok madah dalam blog tek?

        p/s : ada masa boleh pekena teh tarik kat J & J Samarahan!
        ENTRI kakiblog ☛ Review Blog: jantan.myMy Profile

        1. Supan ndak macam. In Sha Allah mun ada kelapangan boleh lepak2 kelak.
          ENTRI Arman ☛ Regatta Samarahan Pertandingan Gubahan Kulit AmbalMy Profile

  6. wahh..dapat tempat kedua tu. terer..terer..
    ENTRI titan ☛ Why do you have to be like others?My Profile

  7. tahniah 🙂
    ENTRI Eridy ☛ Apa yang penting?My Profile

  8. wow kira kreatif juga tu…bleh dijadikan perahu plak yer
    ENTRI blogger lelaki ☛ Dah! Jangan Kutuk Proton LagiMy Profile

  9. tahniah.hehe. ingat kuching jak ada regata.hehe
    ENTRI pahan ☛ Bisnes Online menurut pandangan PahanMy Profile

  10. Nice.. Cantik jugak. Tak try cuba jual kraft macam nie kat Kuching ke?
    ENTRI Joe ☛ Komisyen Ke-51 Dari JobdirumahMy Profile

  11. kraf dr sana cantik cantik,
    ppsttt.. gambir ada tak?
    ENTRI encikarman ☛ Larian lembu tanduk berapi di SepanyolMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme