Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Selamat Tahun Baru 2015

Selamat Tahun Baru 2015 | Salam Sejahtera,

Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2014. Seperti biasa bila menjelangnya tahun baru, kita sibuk dengan azam masing-masing. Bagaimana dengan tahun azam tahun 2014 dah tercapai ke belum. Harap azam tahun 2014 tercapai dan jika belum tercapai usahakan supaya tercapai pada tahun 2015.

selamat tahun baru

Selamat Tahun Baru 2015

Alhamdulillah untuk blog wiramerah ini, aku masih dapat bertahan. Apa yang aku harapkan blog wiramerah ini akan dapat bertahan lebih lama dan dapat bersaing dengan blog-blog otai dan blog baru yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Antara azam dan impian aku pada tahun 2014

1. Buat duit dengan blog.

Sebenarnya aku kurang yakin untuk buat duit dengan blog. Tapi setelah mendapat komisyen walaupun sedikit dari program affiliate dan contest yang di sertai. Ini membuktikan bahawa dengan berblog memang boleh buat duit. Sebab itu blog wiramerah ini masih bertahan sehingga sekarang. Kalau tidak dah terkubur pada bulan oktober yang lepas. Syukur sangat pada Tuhan. Usaha akan diteruskan untuk tahun 2015 bagi menambah pendapatan melalui blog.

2. Memiliki iPhone 6

Pada tahun ini juga aku berjaya mendapatkan smartphone impian aku. Impian untuk memiliki iphone ini sebenarnya dah lama. Iaitu semenjak keluarnya iphone 4 dan juga setelah aku memiliki Macbook pro pada penghujung tahun 2010. Apa yang menarik perhatian aku pada produk apple ni ialah berkaitan dengan sistem operasi yang mereka bangunkan. Walaupun agak mahal tapi sangat berbaloi untuk di miliki.

iphone 6

Impian Memiliki iPhone 6

Tak sempat nak tunggu keputusan Cabaran iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger. Kalau menang itu satu bonus tahun baru ni nanti he..he..he..

Aku pernah gunakan sistem operasi android untuk smartphone samsung dan juga lenovo vibe x. Agak bagus juga tapi masih banyak kekurangan bagi aku dan tidak dapat memenuhi kehendak aku sebagai pengguna.

3. Kempiskan Perut yang boroi.

Ini adalah azam aku yang tidak kesampaian. Walaupun tidak berjaya, tapi saiz pinggang aku tetap menurun dari saiz 34 menjadi 33 ha..ha…ha..Rasanya biarlah perut menten boroi. Tak kuasa rasanya nak menurunkan kadar keboroian perut aku. Nak kuruspun mesti ada panduan seperti Teknik Kurus Diet Atkins ni. Jangan ikut macam aku, main hentam je.

4. Azam Tahun Baru 2015

Untuk azam tahun 2015. Aku akan cuba lebih fokus pada pembangunan blog wiramerah ini. Dan perlu mencapai beberapa sasaran yang belum tercapai . Harap aku di beri kekuatan untuk mengukuhkan lagi jenama blog ini. Dan semoga pengunjung blog ini pada tahun 2015 ini akan meningkat sekurang2nya 1K sehari.

Kitab SEO Merah Jambu ni akan membantu mencapai Azam 2015 melalui blog ni. Banyak dah blogger berjaya yang menjadikan kitab merah jambu ni sebagai panduan blogging.

Ada lagi sebenarnya azam aku untuk tahun 2015 ni. Tapi biarlah menjadi rahsia. Malu nanti kalau tak tercapai. Harap tahun 2015 ni akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Kesimpulan.

Apa pula azam rakan-rakan tahun 2015 ni. Aku harap azam kalian tahun 2014 semuanya tercapai. Doakan semoga tahun 2015 ini segala kesusahan yang melanda negara kita akan meninggalkan kita seperti mana kita meninggalkan tahun 2014.

Aku juga berharap tahun 2015 ni tiada lagi perkara buruk yang besar berlaku di negara kita. Cukuplah dengan banjir besar yang telah berlaku. Aku doakan semoga banjir ini akan cepat pulih dan berharap mangsa banjir banyak-banyak bersabar. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ini ujian dari Allah untuk kita. Semoga tahun baru 2015 ini kita akan  memberikan kita kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.

Selamat Tahun Baru 2015.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

17 Comments

Add a Comment
  1. ALHAMDULILLAH! Memang membantu untuk boost semangat saya!

    AZIRA FOOD CHARITY kendalian saya dan NGO AMALTEAM sedang mengumpul dana bantuan banjir dan akan tamat pada 2 Januari 2015 (Jumaat) ini. Boleh ke link blog saya di :

    [ISU HANGAT] AZIRA FOOD CHARITY dan AMALTEAM Kumpul Dana Banjir 2014

  2. Tahun 2014 akan pergi meninggalkan Seribu Kenangan… Semoga berjaya mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun 2015 nanti… Good Luck!!
    ENTRI Anuar ☛ Selamat Tahun Baru 2015 : Cabaran dan Motivasi untuk mencapai Azam baruMy Profile

  3. azam no.3 tu bro kena usaha lagi tahun ini..hahaha
    ENTRI blogger lelaki ☛ Salam Tahun Baru 2015My Profile

    1. Tak kuasa dah nak mencapai azam no.3 tu. bab mkn x leh kontrol.

  4. nombor 3 tu sama ngan aku..ehehe
    ENTRI reezluv ☛ 5 Design Kad Kahwin Menarik Tahun 2014My Profile

  5. semuanya yeop nak capai, kecuali iphone sbb dah dapat masa Sepetang Bersama Blogger 2014 dulu. yang lain bab kuruskan perut, yeop nak gemuk pulak. hahaha
    ENTRI Khairil Mazri ☛ Recommend Review: Mudahnya Beli RumahMy Profile

  6. wooooow! Seribu kenangan :))))

  7. Selamat Tahun Baru 2015. Semoga makin sukses dan rejekinya lancar terus. Aamiin.
    ENTRI Outbound ☛ Happy New Year 2015My Profile

  8. Azam nak kempiskan perut yang boroi itu wajib dipenuhi ye 🙂
    ENTRI Noriza Rahman ☛ Masalah Keputihan Menghantui Hidup Anda?My Profile

  9. samalah azam kita, nak ada iPhone 6 tahun ni….kena kerja kuat2 ni
    ENTRI Suriya ☛ Anak Demam Berulang-ulang Sampai Terpaksa Cuti Tak Bergaji, Apa Nak Buat?My Profile

  10. Selamat Tahun Baru 2015 wiramerah.Semoga tahun ini anda lebih cemerlang.
    ENTRI BloggInspired ☛ Malaysia Best Blog 2015My Profile

  11. bagus, mencatat dengan jelas impian yang ingin dicapai pada tahun 2015. saya pun ada beberapa azam tapi rasa malu nak tulis kat blog . hehe… tapi memang banyak sangat impian besar tahun 2015 ni.

    saya terbaca pasal nak kempiskan perut tu… so far saya tengah bantu beberapa kawan untuk kuruskan badan.. ada yang berjaya ada yang sedang berusaha.. cuma setelah beberapa ramai org saya berurusan, saya perasan faktor yg paling penting untuk berjaya kuruskan badan ialah keinginan yang kuat. tanpa keinginanan yg kuat walauapun guna set yg mahal sekalipun kadg sukar nak berjaya 🙂

    selamat berjaya ya wira merah.
    saya memang byk prmote shaklee untuk kurus tapi kat blog saya banyak info general tentang nutrisi, exercise, hilang otos vs hilang lemak dll . jemput datang ye semua.
    ENTRI Safiya ☛ Vitalea for Children: Kegemaran Anak-anakMy Profile

  12. tak terasa yak sekarang sudah tahun 2015, padahal kemarin baru saja tahun 2014. Wah harus semangat lagi nih di tahun baru ini. Terimakasih banyak sobat atas motivasinya 🙂
    ENTRI Taqorrub ☛ IAIN Walisongo Semarang Kini Resmi menjadi UINMy Profile

  13. semoga bisa terus berbagi dalam dunia blog ini
    ENTRI islam di dadaku ☛ Postingan atau Status Terakhirmu (Pesan untuk Rekan Blogger )My Profile

  14. Selamat tahun baru diucapkan walau sudah menjangkaui bulan Mac
    ENTRI Khairul Zamri ☛ Malaysia Best Blog 2015My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme