Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

SEO itu Seni dan Bukan Ilmu 100% Pasti

Salam Sejahtera,

SEO itu seni dan bukan ilmu 100% pasti. Mereka yang mengelarkan diri pakar SEO pun tidak akan berani menjamin kata kunci yang di target akan keluar di page 1 enjin carian. Maaf, aku bukan pakar SEO. Aku cuma budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan. Aku cuma nak berkongsi.

Apa itu SEO ? SEO adalah merupakan Search Engine Optimization. Dimana kita akan mengoptimasikan blog kita supaya berada di page 1 di search engin. SEO ni ada dua jenis. Pertama, SEO on page dan kedua SEO off page. Anda boleh cari sendiri apa itu SEO on page dan SEO off page. Ada banyak tulisan blogger mengenai perkara ini.

Blog aku bukan blog pakar SEO, cuma aku belajar dan terus belajar bagaimana memantapkan ilmu SEO. Cara aku senang, buat yang asas dulu berkaitan SEO. Yang lain tu biar masa dan keadaan yang menentukan. Jangan paksa diri anda, jangan paksa blog anda. Kalau blog anda dah berumur 1 tahun, tapi satu keyword pun yang anda target tidak masuk laman pertama google, ini bermakna asas SEO blog anda belum kukuh.

Di sini aku nak kongsikan sedikit tips asas yang perlu dilakukan terutama mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogging yang sangat sadis ini.

HotPanduan SEO Dalam Bahasa Melayu

Pilih Theme Blog.

Tak kisahlah sama ada anda ingin menggunakan blogspot atau wordpress, perkara pertama adalah pemilihan theme. Cuba ambil masa anda untuk mengkaji berkenaan dengan theme yang anda pilih. Kerana salah pemilihan theme blog akan menyebabkan anda menukar theme blog berkali-kali.

Keadaan ini sangat tidak sihat untuk blog anda. Pening kepala Panda 4.0 nanti.Jika perkara ini berlaku pada anda, suka tukar-tukar theme ia akan mempengaruhi optimasi blog kita. Pilih theme yang mesra SEO dan selalu update.

Tetapan blog.

Maaf untuk pengguna blogspot. Tetapan untuk blogspot aku tidak tahu sangat. Sebab kenal sahaja dengan blog terus guna platform wordpress (self-host).

Tetapan atau ‘setting’ blog sangat penting kerana ini antara perkara asas yang perlu anda lakukan. Setelah anda memasang theme blog . Beberapa perkara harus anda lakukan:-

1. Hapuskan semua link bawaan wordpress.

2. Setting >General : Isikan nama blog anda deskripsi blog ( ingat harus mengandungi keywords.

3. Setting > Writing : Pada bahagian ‘update service’ masukkan list ping seperti berikut :

http://audiorpc.weblogs.com/RPC2
http://blog.with2.net/ping.php
http://blogpeople.net/ping
http://blogpeople.net/servlet/weblogUpdates
http://blogsearch.google.com/ping/RPC2
http://blogsearch.google.co.cr/ping/RPC2
http://blogsearch.google.co.id/ping/RPC2
http://blogsearch.google.co.jp/ping/RPC2
http://blogsearch.google.co.uk/ping/RPC2
http://blogsearch.google.com.au/ping/RPC2
http://blogsearch.google.com.co/ping/RPC2
http://blogsearch.google.com.do/ping/RPC2
http://blogsearch.google.com.ua/ping/RPC2
http://blogsearch.google.de/ping/RPC2
http://blogsearch.google.fr/ping/RPC2
http://blogsearch.google.gr/ping/RPC2
http://blogsearch.google.ie/ping/RPC2
http://blogsearch.google.it/ping/RPC2
http://blogsearch.google.jp/ping/RPC2
http://blogsearch.google.lt/ping/RPC2
http://blogsearch.google.nl/ping/RPC2
http://blogsearch.google.pl/ping/RPC2
http://blogsearch.google.pt/ping/RPC2
http://blogsearch.google.ro/ping/RPC2
http://blogsearch.google.ru/ping/RPC2
http://blogsearch.google.se/ping/RPC2
http://blogsearch.google.sk/ping/RPC2
http://blogsearch.google.us/ping/RPC2
http://ping.blo.gs
http://ping.blogs.yandex.ru/RPC2
http://ping.fc2.com/
http://ping.feedburner.com
http://ping.kutsulog.net/
http://ping.myblog.jp
http://ping.wordblog.de
http://rpc.blogbuzzmachine.com/RPC2
http://rpc.bloggerei.de/ping/
http://rpc.pingomatic.com/
http://rpc.reader.livedoor.com/ping
http://rpc.twingly.com
http://rpc.weblogs.com/RPC2
http://serenebach.net/rep.cgi
http://services.newsgator.com/ngws/xmlrpcping.aspx
http://www.blogpeople.net/servlet/weblogUpdates
http://xping.pubsub.com/ping
http://zhuaxia.com/rpc/server.php

4. Setting > Permalinks

setting-permalinks

Setting Permalinks

Install Plugin

Untuk install plugin, aku menyarankan install plugin yang wajib sahaja dahulu. Lain-lain plugin boleh di install kemudian sekiranya anda memerlukannya. Antara plugin yang wajib anda install untuk SEO blog anda ialah :

  1. Yaost SEO/ SEO Altimate/ All In One SEO
  2. Easy Privacy-Policy
  3. Google XML Sitemap
  4. All In One Webmaster

Ini adalah antara plugin asas yang perlu anda install dalam wordpress anda. Lain-lain plugin terpulang kepada anda, tapi ingat install mengikut keperluan anda.

Apa yang aku bincangkan di sini adalah berkaitan dengan SEO on page. Satu perkara lagi yang perlu di optimasi adalah konten blog. Yang ni aku minta maaf tak dapat bincangkan disini. Kalau ada masa nanti mungkin aku buat mengikut pemahaman dan pengalaman aku sendiri.

Kesimpulan.

Bila asas dah kukuh, kita cuma perlu fokus pada konten blog dan juga membina linkbuilding untuk SEO off page. Dan proses ini akan mengambil masa yang agak lama untuk dikembangkan. Jadi jika asas dah kuat, perubahan macam mana sekalipun algroritma google, blog kita masih lagi berada dalam landasan yang betul. Kalau keluar pun mungkin keluar sedikit dari garisan putih dan tidak masuk longkang.

Hot Jana Pendapatan Dan Percuma Tiket Air Asia

Jika anda rasa artikel ini berguna kepada saudara mara dan rakan-rakan anda klik share button dibawah.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

22 Comments

Add a Comment
  1. mantapkan content dan pastikan natural content, kompem la google suka..:D
    ENTRI reezluv ☛ Jimmy & Jedi Ke Klinik HaiwanMy Profile

    1. Betul tu reezluv, optimasi konten, pastikan original…kalau google dpt detect duplicate konten bahaya tu..
      ENTRI Arman ☛ SEO itu Seni dan Bukan Ilmu 100% PastiMy Profile

  2. setuju ngan bro…. pemilihan theme tu penting utk blog kita mesra seo… 😀

    1. Tq bro.. salah theme susah juga bro..
      ENTRI Arman ☛ SEO itu Seni dan Bukan Ilmu 100% PastiMy Profile

    1. Banyak lagi benda kena hadam pasal SEO ni. Cuba cari ‘Seni SEO’ kat google, kat page 1 ada tak artikel dari blog ini keluar. Kalau tak ada macam mana aku nak mengajar ye…
      ENTRI Arman ☛ SEO itu Seni dan Bukan Ilmu 100% PastiMy Profile

  3. Senang je SEO ni kalau kena pada cara dan rajin.
    ENTRI Ammar ☛ APA ITU MALAM NISFU SYAABAN?My Profile

    1. Yang bab rajin ni la banyak org tak de…
      ENTRI Arman ☛ SEO itu Seni dan Bukan Ilmu 100% PastiMy Profile

  4. Yap..kene banyak belajar lagi ni..
    ENTRI titan ☛ Powerbank Tenaga Solar – Boleh percaya ke?My Profile

    1. Imu SEO ni memang tak habis nak belajar. Tapi prinsip aku ikut yang mudah dulu. Biar hadam yang mudah. baru senang sikit nak belajar SEO advance.
      ENTRI Arman ☛ SEO itu Seni dan Bukan Ilmu 100% PastiMy Profile

      1. Yap.

        Asalkan asas tu dah tau. Itu dah cukup.
        ENTRI titan ☛ Berapa jumlah pendapatan blogger dalam sebulan?My Profile

  5. saya belajar yang mudah-mudah pun belum lepas lagi..adui SEO!
    ENTRI Hero Borneo ☛ Ranking Alexa Hero Borneo MerudumMy Profile

    1. Aku pun masih banyak nak belajar bro. Aku amalkan yg asas2 dulu…
      ENTRI Arman ☛ Cara Mengatasi Trackpad Macbook Pro BermasalahMy Profile

  6. Terima kasih atas perkongsian ini. Dulu-dulu pernah la juga belajar2 SEO ni..

    Sekarang ni , dah lama tinggal.. Plugin2 yang bro rekemen tu pun , ada yang belum install..Walaupun , plugin2 asas yang sepatutnya memang seorang blogger patut tahu , plugin tu perlu di install.

    1. Sama2..boleh cuba plugin2 to bro..
      ENTRI Arman ☛ Menangi RM500 Cabutan Bertuah Setiap HariMy Profile

  7. Bagus semua tips di atas tu. Thank you. Btw, bukan Matts Cutts ada ckp yg “All In One SEO” ada security breach?
    ENTRI Ismail N ☛ Sunday Market @ Gaya Street Kota KinabaluMy Profile

    1. Sama2, pernah juga dengar pasal ‘security breach’pada All In One SEO,sekarang aku dah guna Yoast SEO…

  8. terima kasih atas informasi berguna tentang seo ni
    ENTRI brohantu ☛ Harga Reel Pancing Daiwa SaltigaMy Profile

  9. fokus pada nice, tanam keyword dalam blog yang berkaitan dan seterusnya backlink.

    saya suka dan masih setia dengan yoast SEO plugin. super jugak kesannya.

    1. Tq Izwan..blog personal,keyword berterabur…he..he..he..

  10. terima kasih atas informasi berguna ni.. sangat menarik unyuk aku yang newbie
    ENTRI brohantu ☛ BX Jointed Minnow Gewang Terkini RapalaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme