Wira Merah

| DUIT Will Make Your Handsome

Siapa Kita Sekarang Tidak Penting

Salam Sejahtera,

Siapa kita sekarang tidak penting. Ya, anda jangan risau siapa anda. Sebagai seorang blogger baru kita harus memikirkan siapa kita 1 atau 2 tahun yang akan datang. Mungkin sekarang kita tidak di kenali, mungkin kita sekarang tiada pendapatan blog, mungkin dan mungkin. Terlalu banyak mungkin yang negatif. Inilah perasaan yang banyak membunuh kita untuk terus berusaha dan berjaya. Sememangnya semua orang ada mimpi. Ya mungkin mimpi ini mainanan tidur. Tapi jika mimpi ini kita olah dan ingin menjadikan realiti kita mesti ada mimpi yang smart.

Mimpi

Mimpi – Kredit Imej untuk Farishanafi

Setiap orang bermimpi menjadi kaya, berharta terkenal, memiliki pendapatan yang besar, kereta besar rumah besar dan berbagai lagi mimpi yang indah. Mimpi jika kita ingin merealisasikannya ia akan menjadi sebuah cita-cita yang besar. Walaupun sekarang kita tiada apa-apa. Tapi fikirkan siapa kita 2 atau 3 tahun yang akan datang.

Untuk mencapai apa yang kita mimpikan kita mesti ada mimpi yang smart. Mimpi yang smart ini maksudnya kita mesti mempunyai perancangan, teknik dan strategi untuk menjadikan mimpi kita satu kenyataan. Yang penting kita harus berusaha dan tidak berputus asa dengan usaha kita. Kerana kejayaan pasti akan menunggu sesiapa sahaja yang tidak berputus asa dan terus berusaha.

Bagi yang baru bermula seperti saya, jangan risau kerana otai-otai blogger yang ada sekarangpun ia bermula seperti kita. Tiada siapa yang kenal mereka. Tiada pendapatan dari blog. Malah ada yang zero terus dalam dunia IT tapi sekarang mereka terkenal dengan blog mereka. Dan saya pasti otai-otai ini mempunyai mimpi yang smart dan mereka kini menikmati apa yang mereka usahakan.Kita lihat mereka berjaya hari ini, tapi sebenarnya mereka telah bersusah payah 5 atau 10 tahun yang lalu. Nak jadi seperti mereka kita kena tunggu giliran kita mungkin tahun depan..tahun depan atau tahun depan lagi. Yang penting kerja kena terus buat. Hasil cepat atau lambat ia pasti milik kita juga jika itu bahagian kita.

Jadi jangan risau siapa diri kita sekarang. Tumpukan pada usaha. Jika kita tidak bermula yang pasti kita tidak akan berjaya. Langkah pertama kita dah lakukan cuma kita perlu murnikan langkah-langkah kita supaya ia tidak terpesong dari Fokus untuk menjadikan siapa diri kita di masa yang akan datang. Seperti kata Billy Lim dalam bukunya Berani Gagal, tumpukan pada usaha jangan pedulikan tentang hasil. Jika kita terlalu memikirkan hasil ia akan menyebabkan kita cepat patah semangat dan berputus asa. Jika hasil yang kita dapat tidak seperti yang diharapkan. Dan yang terakhir banyak-banyak berdoa dan bersabar.

20 Comments

Add a Comment
  1. salam..berani hadapi dari bawa maka kita akan belajar meningkat dengan ilmu makin lama kita akan berani juga capai target.biarlah lambat tapi berusaha lama kelamaan ia dapat hasil juga
    ENTRI suri ☛ CPUV Campaigns Nuffnang 8 & 9_ 2013My Profile

    1. Tq suri sudi singgah disini. Betul apa yang Suri kata. Kita mesti berani, hanya dengan sedikit keberanian ketakutan akan hilang. In Sha Allah kalau kita berusaha, hasilnya mesti ada. Cuma perlu tunggu dan bersabar. Jika tidak melepas…
      ENTRI Arman ☛ Siapa Kita Sekarang Tidak PentingMy Profile

  2. semoga bro juga sukses suatu hari nanti, insyaAllah.
    ENTRI Denaihati ☛ WordPress Master Class dan Insentif bulananMy Profile

    1. Tq. Bro. Atas doa dan sokongan.

  3. wira merah?

    napa tak pilih naga merah ke..harimau hitam ke..teringat aku dengan komik dewata raya bila baca domain ni. hehe
    ENTRI titan ☛ Jobdirumah Payment – Kali ke 68My Profile

    1. Tq. Bro Titan. Aku tak minat komik. Wira merah aku tu, byk jasa dan kenangan.Macam saga hitam kau.he..he..he..

  4. Arman, gua encikarman… cam sama je, mesti ensem cam gua nih.
    ENTRI encikarman ☛ Cara Senang Redeem Treatpoint Maybank – Lenovo A706My Profile

    1. Salam perkenalan. Sama hensem he..he..he..selalu tengok en.arman. Mmg aktif tinggalkan komen. Tq. Singgah.

  5. ada kaitan dgn the reg warriors ke ni
    ENTRI blogger lelaki ☛ Sifat Keibuan Dalam Diri LelakiMy Profile

    1. Tak ada kaitan bro. Dgn Red devil pun tidak. Tapi harap suatu hari nanti boleh berjaya seperti team red warriors dan MU red devil.

  6. ada kaitan dgn the red warrior ke bro
    ENTRI blogger lelaki ☛ Sifat Keibuan Dalam Diri LelakiMy Profile

  7. Saya setuju dengan pandangan saudara tentang penumpuan terhadap usaha berbanding hasilnya. Kalau kita dok ralit dengan hasilnya, alamatnya bulan ni tulis blog, bulan depan terus tutup. Hidup ini, selagi bernyawa, selagi itu kita terus berusaha belajar.
    ENTRI Anak Askar Pencen ☛ GST akan Buatkan Rakyat Jadi Lebih Peka terhadap Bajet NegaraMy Profile

    1. Betul tu,usaha dan doa penting. Tak berjaya usaha lagi.Rezeki kita tu ada. Cuma cepat atau lambat je.Kalau lambat tu mungkin Tuhan nak uji kesabaran kita.

  8. salam kenal.. yg penting rasanya diri sendiri tahu mana yg lebih penting dan percaya pada diri sendiri. jgn lupa belajar dan terus usaha..
    ENTRI fiezaradzi ☛ Gejala Penyakit KeputihanMy Profile

    1. Tq fieza, belajar dan aplikasikan apa yg dipelajari.

  9. senang cakap yang lepas biarlah lepas yang pasti hari ini lebih baik daripada semalam 🙂
    ENTRI Khairul Zamri ☛ Teknik Pemasaran Facebook BerkesanMy Profile

    1. Betul tu, masa depan yang penting..

  10. Emm janji kita jujur dengan diri kita..haha..itu dah memang lumrah manusia..mahukan kemewahan untuk kehidupan ini..
    ENTRI Hafizul ☛ Maafkan Aku Jika Ada Yang TerasaMy Profile

    1. Betul tu. Kalau kita tidak jujur pd diri sendiri cam mana nak jujur dgn org lain.

  11. Mimpi hari ini kenyataan hari esok jangan berputus asa Allah mempergilirkan hari-hari yang penting kita berusaha dan tawakal, sukses selalu….
    ENTRI Ami Mulyadi ☛ Paket Umroh Maret 2017 Penuhi Panggilan AllahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright 2017 Wiramerah.com - All Rights Reserved Frontier Theme