Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Siapalah Google Tanpa Blogger

Siapalah Google Tanpa Blogger | Salam Sejahtera,

Hari ini kepala sakit, pening. Hari ini dah 3 hari kepala aku pening. Tak pernah pun macam ni. Kita lupakan pasal pening. Tapi hari ini aku cuba untuk mengupas tajuk ‘Siapalah Google Tanpa Blogger’.

Selalu kita dengar rakan-rakan kita kata ‘cari sahaja kat google’. Semacam google ini seperti seorang yang tahu segalanya. Apa sahaja masalah, apa sahaja yang kita nak cari semuanya boleh kita dapatkan di google.

Google Tanpa Blogger

Siapalah Google Tanpa Blogger

Apa yang sebenarnya berlaku ialah bukannya google yang memberikan segala informasi yang kita nak. Tapi hasil daripada susah payah para blogger dan web master yang menyajikan pelbagai jenis informasi.

Rahsia Bijak Temuduga Kerja Kerajaan Dan Swasta

Informasi yang dikongsikan ada pelbagai bidang. Sehingga google mendapat nama besar hasil dari penat lelah para blogger ini. Merekalah yang banyak menyajikan pelbagai jenis maklumat untuk dikongsikan secara percuma dengan semua pengguna internet.

Pernahkah kita berterima kasih dengan mereka ? Pernahkah kita kenal dengan blogger ini. Walaupun mereka tidak diberikan apa-apa penghargaan mereka tetap menulis dan berkongsi maklumat yang boleh membantu kita untuk menyelesaikan masalah.

Malah ada yang tidak tahu atau tak pernah dengarpun perkataan blogger. Sungguh malang. Tapi para blogger tetap menjalankan tugas mereka. Ini kerana mereka berminat melakukan tugas mereka. Mereka ikhlas berkongsi ilmu dan pengalaman mereka.

Tanpa blogger siapalah google. Google bijak. Mereka sediakan platform percuma untuk blogger membuat blog dan menyediakan program Adsense untuk blogger buat duit online dengan blog. Dan blog yang di buat menggunakan platform blogspot sangat tinggi nilai domain authority sehingga sering kali berada di ranking pertama google. Bagi yang guna wordpress jangan kecil hati. Sebab akupun pengguna wordpress.

Kesimpulan.

Sebelum aku melalut cerita perkara yang tiada kaitan dengan tajuk. Baik aku buat kesimpulan untuk menutup entri ini. Entri ni dah minggu lepas aku draf. Pasal pening kepala tu minggu lepas juga berlaku. Malas dah nak edit biar je.

Terima kasihlah pada blogger yang menulis entri yang anda jumpa di google. Kerana bukan google yang membuat entri yang anda gunakan tapi para blogger. Google cuma sebagai alat atau sarana untuk anda sampai ke blog yang berinformasi yang anda cari.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

17 Comments

Add a Comment
  1. bak kata perpatah..susu punya lembu..sapi dapat nama..eh betul ke perpatah aku nie..lantaklah..hahaha
    ENTRI blogger lelaki ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  2. Antara google dan blogger memang berkait rapat lebih-lebih yang selalu mengaplikasikan SEO.
    ENTRI Saimi Ramlan ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

    1. Google ni pentingkan blog yg SEO..
      ENTRI Wira Merah ☛ Siapalah Google Tanpa BloggerMy Profile

  3. Ye betul..blogger yang menghidupkan google..heheh..sebenarnya kita saling memerlukan..kan??

    1. Rapatnya macam isi dengan kuku, tak boleh dipisahkan…
      ENTRI Wira Merah ☛ Siapalah Google Tanpa BloggerMy Profile

  4. blogger dan google tak bole dipisahkan…hihi
    ENTRI jaymiee ☛ Kad Prabayar Shell EasiGO American Express.My Profile

    1. Ada juga blogger yg tak kisah dgn google ni…
      ENTRI Wira Merah ☛ Siapalah Google Tanpa BloggerMy Profile

  5. bener banget, banyak post para blogger yang memenuhi indeks google, sehingga konten google dalam indeks nya selalu bertambah dari hari ke hari, tapi kalau nggak ada blogger, mungkin hasil pencarian di google tidak selengkap sekarang ini ya mas. Apa-apa sekarang ada di google. Kita tinggal tanya aja sama dia. Dan yang pusing bikin post ya para blogger hehe 😀
    ENTRI ririn ☛ Daftar Akun WhatsApp Messenger di Hp AndroidMy Profile

  6. biasalah tu.

    macam aur dengan tebing maa..
    ENTRI titan ☛ Komisen ke 4 dari MobicowMy Profile

  7. Setuju! Memang tanpa adanya kontribusi dari blogger, bisa dipastikan bahwa informasi yang ada di Google juga akan berkurang. 😀
    ENTRI Chaidir ☛ Belajar SEO Bersama, Bagaimana Caranya?My Profile

  8. antara kerja yang takde paksaan, jadi seorang blogger..untunglah google dapat nama
    ENTRI Suriya ☛ Siapa Kak Mah Sebenarnya? Wujud Ke?My Profile

  9. kesimpulan, Google kena lah sayang blogger, kasi up entry kat first page.. 🙂
    ENTRI myrujukan ☛ Part Time Dengan Bisnes Makanan Dari RumahMy Profile

  10. Huhu..kagum kejap saya pegang title blogger..huhu
    ENTRI Hafizul ☛ Sampai Demam Kediri Kerja MalamMy Profile

  11. Google dan blogger, bagai kembar siam
    ENTRI Noriza Rahman ☛ Masalah Sembelit Dalam Tempoh BerpantangMy Profile

  12. Kalau menurut saya sih google rajanya Si segala tahu,mengapa demikian? coba tanya apa saja, pasti akan memberikan pencerahan dan jawaban apa yang kita butuhkan.
    ENTRI Basri Abdullah ☛ Medical Treatment for Acne VulgarisMy Profile

  13. Alamak, yang begini tak pernah ku pikir sebelumnya. Ternyata betul pula blogger itu banyak guna di internet
    ENTRI PS ☛ Pantai Wediombo untuk Wisata KeluargaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme