Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Susah Ke Jadi Suami Jarak Jauh

Salam Sejahtera, | Susah Ke Jadi Suami Jarak Jauh,

Entri pertama tahun 2015, maaf rakan-rakan dan pembaca blog wiramerah dah bersawang dah blog ni. Memang sayang kalau lama tak update. Ada lagi tak pembaca blog ini. Jika masih ada jangan lupa tinggalkan komen anda untuk mengesahkan kewujudan pengunjung blog ini.

Banyak perkara perlu di kemaskini bila blog tidak di login hampir 3 bulan. Perkara paling susah untuk aku lakukan dalam blogging ini ialah konsisten. Kelemahan ini harus di atasi. Bukan kerana tiada idea. Banyak idea yang hendak di ketengahkan. Bila tidak konsisten dan sedikit terganggu dengan sikap malas. Memang jadilah blog terbengkalai.

Balik pada topik yang aku nak tulis ‘Suami Jarak Jauh” . Sebenarnya aku dah lama juga jadi suami jarak jauh ni. Semenjak pertengahan tahun 2010 lagi sehingga kini. Cuma bermula pada bulan Januari 2015 jarak jauh itu semakin bertambah apabila isteri dapat bertugas di salah sebuah klinik di daerah Asajaya, samarahan . Dekat dengan rumah aku di sana. Dulu isteri berada di Kapit. Boleh jumpa setiap minggu. Walaupun jarak jauh perjalanan cuma memakan masa dalam 2 jam dah boleh sampai di rumah. Ini kerana kami masih sama berada di Kapit. Cuma tempat aku bertugas jauh di pedalaman. Maklum ajelah guru sekolah rendah.

jarak jauh

The Spring Food Bazaar – Jalan-jalan dengan keluarga…

Kini aku terpaksa berulang alik dari Kapit ke Kuching dalam masa 2 minggu atau seminggu sekali bergantung dengan bajet. Pengangkutan yang di gunakan untuk aku balik ke kuching ( Hilux –> Perahu panjang –> naik kereta –> Naik bot ekspress –> naik teksi –> kapal terbang –> kereta ). Bayangkan berapa banyak kenderaan yang terpaksa di naiki. Perjalanan ini mengambil masa 10 jam lebih. Begitulah antara rutin aku hampir setiap minggu. Hari Jumaat balik dan pada hari Ahad balik semula ke tempat bertugas. Memang memenatkan tapi berbaloi setelah berjumpa isteri dan anak-anak.

Pindah ? Permohonan dah di hantar pada bulan Ogos tahun 2014. Sampai setakat artikel ini di tulis belum mendapat keputusan lagi. Perpindahan guru besar sudah, perpindahan guru biasa sudah, cuma sekarang menunggu keputusan perpindahan penolong kanan. Bilalah keputusan nak keluar. Tak kisahlah sama ada dapat atau tidak tapi janganlah biarkan kami tertunggu-tunggu.

Mula-mula kata keputusan pindah keluar hujung bulan Januari, lepas tu kata awal bulan Febuari, lepas tu kata hujung Febuari, lepas tu kata awal Mac … sekarang dah pertengahan Mac. Dengar cerita senarai nama perpindahan PK di rombak semula di peringkat JPN. Tak tahulah betul atau tidak. Haraplah pihak JPN dapat segera mengeluarkan senarai nama PK yang dapat pindah. Dah rimas dah menunggu. Jangan sampai kerana menunggu semakin kerja kami semakin menurun. Susah ooo kalau mengajar dah tak ade jiwa. Rasa kosong. Budak faham tak faham suka atilah. Inilah yang cuba aku elakkan. Sabar sabar….

Nasiblah ada juga internet yang walaupun perlahan tidaklah sampai tahap siput, kira perlahan tahap kura-kuralah. Inilah jadi penghubung untuk aku mengetahui aktiviti dan maslah keluarga aku yang di tinggalkan. Aku rasa banyak juga lah yang menerima nasib macam aku. Apa boleh buat dah tugas “Perkhidmatan Masih Diperlukan”. Apa kalau pindah perkhidmatan tidak diperlukan kah. Patutlah banyak juga guru yang buat hal bila tak dapat pindah.

Banyak jugalah cabaran apabila menjadi suami jarak jauh ni. Lebih-lebih macam aku yang dah terlajak hensem ni. Yang penting iman mesti kuat dan jangan tergoda dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri dan keluarga. Tiada lagi dah istilah malam Jumaat. Cuma ada malam minggu je. Yang faham tu faham lah, yang tak faham pegi jauh-jauh.

Kesimpulan

Minta maaflah kalau isi artikel lari dari tajuk. Tidak memenuhi standard KBAT. Apapun harap artikel ini akan menjadi nadi baru untuk blog ini terus di kemaskini. Sememangnya semangat aku memang ada sedikit menurun kerana sebab-sebab yang aku tulis dalam entri ini. Untuk isteri dan anak-anak aku banyak-banyak bersabar. Tak pe esok kita balit kampung dan selamat bercuti untuk rakan-rakan guru. Nukilan suami jarak jauh…

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

13 Comments

Add a Comment
  1. Susah juga jadi suami PJJ ni kan, saya pun pernah merasai pengalaman dengan suami selama 6 bulan dlu..sekarang dah bersama..ok la
    ENTRI Noriza Rahman ☛ AWAS! Bahaya Ulser Mulut Di Kalangan Kanak-KanakMy Profile

    1. Susah kan…saya dah masuk 5 tahun jadi suami pjj ni…

  2. Bila diri berjauhan, kerinduan akan mendekatkan jarak.
    ENTRI ahmadyani ☛ Safa Bakery & Café Masuk RASA April 2015My Profile

  3. Rasanya ini satu cabaran yang betul-betul mencabar apabila berjauhan dengan suami atau isteri.
    ENTRI Khairul Zamri ☛ Contest Petua dan Herba KongsibersamanoraMy Profile

  4. Sabar bro.. Semasa saya berkhidmat di Mukah Sarawak dulu pun ramai rakan-rakan saya yang senasib dengan Bro.. Suami/isteri bekerja di Sarawak, pasangan berada di semenanjung… Ada yang bertahan sampai 5 tahun juga baru boleh dapat berpindah duduk dekat dengan isteri…
    ENTRI Anuar ☛ Pengalaman membeli Peralatan Projek Pelajar di Laman web Lelong.myMy Profile

    1. Yalah bro Anuar,bila anak isteri dah jauh…berkerja dah tak ada jiwa he..he…he…

  5. admin carakuobat.com

    sabar aja bapak.. semoga selalu sehat….
    ENTRI admin carakuobat.com ☛ Cara Sejak Dini Mencegah Kanker ProstatMy Profile

    1. Tq mas,memang sudah banyak sabar ni…

  6. Fuhhh.. gigih! Bertabahlah.. mungkin ada hikmah yang terselindung 🙂
    ENTRI Yeen ☛ Tak suka 7 jenis kecederaan berlari jarak jauh (part II)My Profile

  7. saya cukup memahami situasi tuan..nasib baik masih kat Sarawak..kalau kat Semenanjung lagi jauh..

    dalam PJJ ada sindiran pedas yang terpaksa ditelan iaitu balik kampung nak bayar bil air..aduh kasihan kan..
    ENTRI mrhanafi ☛ Taklimat Percuma BestMobile Bersama BloggerMy Profile

  8. artikel pengobatan

    yang penting harus saling percaya dan pengertian… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme