Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Tip Membeli Secara Online

Salam Sejahtera,

Tip Membeli Secara Online – Apa yang akan saya kongsikan di sini nanti ialah berdasarkan pengalaman sendiri. Walaupun sekarang ini membeli secara online adalah merupakan satu trend terkini rakyat Malaysia.

tip membeli online

Tip Membeli Online – Image Google

Namun masih banyak lagi rakyat Malaysia yang masih takut untuk membeli secara online. Memang tidak dinafikan. Masih banyak penipuan yang berlaku. Malah penipuan ini bukan sahaja berlaku secara online malah secara offline pun masih banyak.

Memang sukar untuk menghentikan penipuan-penipuan ini. Tapi sebagai pembeli anda harus sedar. Penipuan itu boleh di elakkan jika kita mengamalkan sedikit tips mudah bagi mengelakkan penipuan membeli secara online.

1. Akaun Bank Online Tempatan.

Sebelum anda mula untuk membeli secara online. Pastikan anda aktifkan akaun bank online anda. Dengan mengaktifkan bank online seperti Maybank2u, CIMB, Public Bank ia akan memudahkan anda untuk membuat pembayaran. Ini bagi mereka yang ingin membuat pembelian dengan penjual tempatan.

2. Akaun Pay Pal.

Jika anda beniat untuk membeli barangan dari luar negara. Akaun Pay Pal adalah antara yang wajib anda miliki. Ini bagi memudahkan pembayaran menggunakan kad kredit atau debit kad.

Bagi saya laman web yang menyediakan pembayaran menggunakan pay pal sangat boleh di percayai. Saya juga sentiasa elakkan dari membeli di laman web yang tiada kemudahan bayaran secara pay pal.

Jika anda belum mempunyai akaun pay pal boleh Daftar Akaun Pay Pal. Jika tidak faham mendaftar dan menggunakan pay pal anda boleh cari di google. Ada banyak tutorial.

3. E-mel.

Sebelum anda membuat pembelian kali pertama. Apa yang perlu anda buat ialah e-mel. Hantar emel kepada penjual bertanyakan tentang barang yang anda hendak beli. Saya lebih suka jika penjual boleh respon emel yang saya hantar dalam masa 24 jam.

Lagi awal emel di balas adalah lebih baik. Jika boleh jangan hantar satu emel. Hantar lebih 2 atau 3 emel. Ini bagi memastikan yang penjual itu betul-betul berniaga. Jika puas hati dengan balasan emel yang di terima anda boleh mempertimbangkan untuk membeli.

4. Telefon.

Untuk jual beli dalam Malaysia adalah lebih baik jika penjual ada menyertakan nombor telefon. Cuba hubungi penjual.Telefon terus atau SMS sahaja. Ini bagi memastikan nombor telefon yang mereka gunakan adalam aktif.

Hantar SMS sama seperti  kita menghantar emel. Ini bagi mengelakkan kita tertipu. Dan kita perlu tahu sama ada stok barang yang hendak di beli sentiasa ada. Ini kerana kadang kala, penjual tidak kemaskini rekod barangan mereka di laman web.

Ini bagi megelakkan anda memesan barang yang sudah habis dalam stok mereka. Jika barang habis dalam stok, ini akan menyebabkan anda terpaksa menunggu lama barang sampai kepada anda. Jika penjual tiada rekod pengurusan stok yang baik, berkemungkinan barang anda tidak akan di hantar terus. Jadi berhati-hati .

Bina Perniagaan Dengan Jenama Sendiri

 

5. Baca deskripsi barang.

Anda haruslah faham dengan barangan yang anda hendak beli. Ini bagi mengelakkan anda membeli barangan tiruan atau clone. Ini kerana di bahagian deskripsi, penjual biasanya ada menerangkan tentang keadaan barang.

Sesetengah orang malas hendak membaca. Tengok gambar barang cantik dan harga murah terus hendak membeli. Ini adalah antara kesilapan yang sering kita buat. Bila barang sampai. Anda kecewa sebab barang yang di pesan tidak seperti yang di harapkan.

6. Lihat komen atau feedback pelanggan.

Kebiasaannya di laman web jualan seperti ebay, lelong , facebook atau mana-mana web jualan. Pembeli kebiasaanya akan meninggalkan komen. Baca komen dari pembeli lain. Dengan membaca komen atau feedback dari pelanggan lain. Ini dapat mengelakkan anda dari tertipu.

Kesimpulan.

Diharap harap sedikit tip membeli secara online dapat membantu anda supaya tidak di tipu oleh penjual. Membeli belah dengan hati yang senang. Setakat ini melalui pengalaman saya sendiri. Cuma sekali barang yang saya pesan tidak sampai.

Oleh kerana pembelian di buat di ebay jadi agak mudah untuk menuntut pembayaran balik. Dalam masa tidak lebih 24 jam. Penjual dengan rela hati memulangkan kembali duit saya. Kesilapan saya masa itu adalah saya membuat pesanan seminggu sebelum cuti Tahun Baru Cina. Memang akan mengganggu proses penghantaran jika kita membeli terlalu dekat dengan masa perayaan.

Jika anda mempunyai pengalaman dan tip tambahan untuk mengelakkan penipuan pembelian di internet. Tinggalkan komen anda. Semoga pengalaman perkongsian anda dapat membantu orang lain dari tertipu.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

15 Comments

Add a Comment
    1. Encikarman lagi rajin, satu hari sampai 7 entri. Macam nak dapat idea byk cam tu yer…..

  1. Akaun paypal ada..tapi tak tahu nak guna macam mana..emm
    ENTRI Hafizul ☛ Aku Jadi Hantu Villa NabilaMy Profile

    1. perlu ada kredit kad atau debit kad utk atau terima bayaran guna pay pal. Tapi nak cash out pelu juga debit kad …
      ENTRI Arman ☛ Tip Membeli Secara Online My Profile

  2. Dulu mase mule mule shoping online, mmg excited. main beli je.
    Tapi sekarang dah banyak pengalaman…. Huhu
    ENTRI Joe ☛ Komisyen Ke-57 Dari JobdirumahMy Profile

    1. betul tu joe, kalau tak di kawal. Macam2 benda mahu dibeli he..he..he..
      ENTRI Arman ☛ Tip Membeli Secara Online My Profile

  3. bila dah biasa shopping online, confirm takde rasa was2 lagi…tapi betul, kena ada ilmu online shopping juga…
    ENTRI Farid Adam ☛ Survey Rumah Sublet Untuk DisewaMy Profile

    1. Ada yg masih takut lagi atau trauma. Masing2 ada pengalaman baik dan tak kurang juga pengalaman buruk masa 1st time berurusan online…
      ENTRI Arman ☛ Tip Membeli Secara Online My Profile

  4. yg paling penting kena check dulu ada unsur2 SCAm ke tak..lau tak saje je kena tipu..kena berjaga2 juga tu

    1. Betul tu…kalau tawaran harga melampau murah mesti jaga2 …
      ENTRI Arman ☛ Tip Membeli Secara Online My Profile

  5. yang penting sekali, mesti ada duit nak shopping.

    takde duit, tak leh shopping. haha.
    ENTRI titan ☛ Macam cantik jer, macam comel jer – Syasya Solero.My Profile

  6. part wajib ialah baca komen orang dulu. kalau tak, punah la.hehe
    ENTRI pahan ☛ Bagaimana kau patut gunakan Sabtu?My Profile

    1. Betul tu pahan..komen orang lain penting utk mengelakkan tertipu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme