Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Jurujual Di Telefon Layan Atau Tidak

Salam Sejahtera,

Jurujual Di Telefon Layan Atau Tidak – Hari ini aku ingin berkongsi tip atau trik. Aku percaya ramai rakan-rakan sering mendapat panggilan dari nombor yang tidak di kenali. Bila mendapat panggilan nombor sebegini rasanya serba salah kita nak jawab telefon. Kerana biasanya nombor yang tidak dikenali adalah dari jurujual di telefon.

Teknik jualan sebegini biasanya di lakukan oleh pihak insurans atau agensi pelancongan. Dan yang menghairankan Aku ialah bagaimana mereka mendapat maklumat kita. Adakah pihak bank mendedahkan identiti kita. Atau ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjual maklumat diri kita dengan pihak ketiga. Jika benar, ini adalah perbuatan yang tidak beretika dan melanggar hak kita sebagai pelanggan mereka.

jurujual di telefon

Image – Kredit dreamstime.com

Baiklah kita balik semula kepada tajuk. Bagi rakan-rakan yang memang kerjanya sebagai jurujual di telefon ni. Aku minta maaf awal-awal. Sebab sebenarnya aku memang tidak suka teknik jualan seperti ini.

  • Berterus-terang

Jika anda menerima panggilan seperti ini anda harus berani berterus terang. Sebelum mereka mempromosikan. Katakan anda tidak berminat dengan promosi yang di tawarkan. Terus terang adalah lebih baik daripada mereka terus mendesak anda.

  • Tengah Memandu

Ini adalah jawapan biasa yang aku berikan. “Maaf Cik, sekarang saya sedang memandu”. Walhal sebenarnya Aku tengah layan cerita Tamel siaran 202 pukul 2.30 petang. He..he..he..Ingat, adalah menjadi satu kesalahan traffic jika kita memandu sambil telefon. Jika ini jawapan anda. Jurujual akan kata “Maaf encik kerana mengganggu, boleh saya telefon encik kemudian”. ok.. Mudahkan.Letak telefon. Pastu dengan hati gembira sambung layan cerita Tamel.

  • Tentukan Berapa Masa

Kebanyakkan jurujual menggunakan telefon ini mereka menentukan masa untuk bercakap dengan kita. Contoh kalau dia tetapkan dua minat. Pastikan bila tamat masa ada suruh mereka berhenti. Katakan masa dia bercakap dah habis. Dan putuskan talian telefon.

  • Load Speaker

Cara ini anda perlu gunakan ‘load speaker’ handphone atau smartphone anda. Biarkan mereka bercakap . Ini kalau anda mahu melayan mereka. Biar bil telefon mereka tinggi. he..he..he…Cara ini anda boleh buat kerja anda . Biarlah mereka bercakap. Bila mereka habis bercakap. Kemudian katakan sahaja anda belum bersedia untuk membeli produk mereka.

  • Terus putuskan talian telefon.

Ok. yang ni agak kejam sikit. Dengar suara jurujual memperkenalkan diri, terus putuskan talian telefon.Tak payah susah-susah nak melayan mereka.

Aku rasa cukup 5 tips melayan jurujual di telefon. Anda boleh menguji keberkesanan tip-tip ini satu persatu. Kadang-kadang rimas juga melayan mereka. Kalau silap haribulan tak semena-mena duit dalam kad kredit atau bank kena potong.

Aku rasa pihak ini harus menukar strategi jualan mereka. Sebab bagi aku cara telefon ini lebih kepada memerangkap mangsa. Tapi kadang-kadang aku layan juga mereka ini.Tanya macam-macam soalan. Dapat juga ilmu.

Jika anda ada pengalaman dengan panggilan jurujual seperti ini. Apakah tindakan anda. Layan atau tidak. Jom kongsikan di sini.

Letupkan Jualan Melalui Facebook

 

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

26 Comments

Add a Comment
  1. Hehehe kalau awek yang call boleh mintak no telefon handset, kalau laki tutup terus jer. Ohoho
    ENTRI adikensem ☛ 450 Unit Rumah Mampu Milik Alam Prima 2 Shah Alam Oleh SPNBMy Profile

    1. Adikensem bolehlah he..he..he..aku ni dah tak larat nak mengorat lagi :).

  2. Saya selaluje cakap, not interested…settle
    ENTRI eyriqazz ☛ Restoran Marhaba – Masakan Arab TerbaikMy Profile

    1. Tq eriqazz. Memang dah tak der point dah nak promosi.

  3. kalau di indonesia jarang ada kejadian mas, tapi yang paling sering adalah SMS, pengalaman saya baru mengaktifkan card telepon sudah dapat SMS pemberitahuan menang undian, saya juga heran dari mana dapat nomor saya
    ENTRI Rizkyzone.com ☛ Label Made In Indonesia Vs Made In ChinaMy Profile

    1. Rasanya pihak dalam telco yg jual maklumat kita.
      ENTRI Arman ☛ Jurujual Di Telefon Layan Atau TidakMy Profile

  4. bisa jadi begitu mas, pernah juga saya tanyakan ke pihak terkait, malah dalam penjelasannya tak jelas, seakan akan merasa tak tahu
    ENTRI Rizkyzone.com ☛ Label Made In Indonesia Vs Made In ChinaMy Profile

  5. kekadang aje layan. tengook mood. haha..
    ENTRI titan ☛ Jobdirumah Payment – Kali ke 77My Profile

    1. Ni mmg layan awek suara menggoda he..he..he..

    2. setuju dengan kata bro titan 😉 masa tengah angin kita akan jawab sambil lewa padahal boleh jer kita bagi alasan yer dak
      ENTRI suri ☛ Hasil Tuai jobdirumahMy Profile

  6. tenagah drive tu adalah alasan aku selalu beri
    ENTRI blogger lelaki ☛ Edisi Jumaat : IstidrajMy Profile

    1. Stakat ni aku mmg byk guna alasan ni..
      ENTRI Arman ☛ Jurujual Di Telefon Layan Atau TidakMy Profile

  7. Kadang jurujual telefon ni, kalau yang perempuannya tu bercakap macam nak mengorat je bunyinya. Kalau bini terdengar, tak ke perang besor jadinya.
    ENTRI Anak Askar Pencen ☛ Menanti Gelembung Hartanah PecahMy Profile

    1. Ha..ha..ha..betul bro. Tu yg malas nak layan.
      ENTRI Arman ☛ Jurujual Di Telefon Layan Atau TidakMy Profile

  8. kalau ada masa layan juga..sambil2 berkenalan..mana tahu dia boleh jadi pembaca blog kita..tambah satu lagi trafik
    ENTRI kakiblog ☛ Terima Kasih Pengomen Tegar Oktober 2013My Profile

    1. Sempat tarik traffic blog.

      1. sentiasa cari peluang bro!

  9. memang mengganggu tele-marketing insuran cara ni, tak semena-mena terus nak hantar polisi…heee. kalau mode baik bolehlah layan dengar walaupun tak minat…heee. biasanya tip akhir tu berguna.
    ENTRI Denaihati ☛ Asia Internet CongressMy Profile

    1. Betul tu bro…paling aku rimas. Bila kita layan, mereka siap paksa kita lagi.

  10. kalau ada pun TM jer tuan admin tu naik meluat pasal call semata mata minta bayaran padahal bukan pernah miss pastu mula lah dia salekan kita heeee
    ENTRI suri ☛ Bingkai Kata BermasalahMy Profile

  11. selalu saya gunakan alasan “tengah meeting” dan “tengah drive” untuk panggilan2 sebegini…
    ENTRI Farid Adam ☛ Promosi CompuShack Sepanjang Bulan November 2013My Profile

    1. Begitulah bro kalau malas nak melayan.

    1. Cam tu lah.Malas nak layan..

  12. Emm biasanya bagi banyak alasan lah..yang paling terbaik sedang bermesyuarat..hehe
    ENTRI Hafizul ☛ Gambar Payudara Di HisapMy Profile

    1. Aku blm guna alasan ni lagi. Kalau guna alasan ni suara mesti berbisik bro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme