Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s

Salam Sejahtera,

Setelah menunggu lama untuk menyertai cabaran iphone 5s anjuran denaihati. Blog aku antara yang terpilih untuk menyertai cabaran iPhone 5s untuk tugasan kedua. Tugasan pertama anda boleh baca iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger. Ini adalah tugasan pertama yang telah di buat. Syukur al-hamdulillah artikel aku melepasi tapisan yang di buat oleh team denaihati.

Hari ini pihak denaihati telah mengumumkan tugasan kedua cabaran iphone 5s.Cabaran kedua ini nampak cukup mudah. Cabaran kedua adalah peserta akan di pilih berdasarkan komen yang di tinggalkan di blog denaihati bermula dari 15/9 hingga 15/10/2014. Bermakna peserta-peserta bolehlah meninggalkan komen mereka bermula pukul 12.00 tegahmalam ini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan tugasan cabaran kedua anda boleh terjah di blog Denaihati.

iPhone-5s

iPhone 5s Gajet Impian

Walaupun iPhone 6 dan iPhone 6 plus telah di umumkan oleh pihak apple, tapi keinginan untuk memenangi iphone 5s ini masih kuat lagi. Doakan kejayaan aku dalam cabaran ini. Dalam cabaran kedua ini ia memerlukan aku untuk memberi komitmen untuk meninggalkan komen yang berkualiti di blog denaihati. Jadi, bersedialah blog denaihati untuk aku korek apa artikel yang belum aku baca sebelum ini.

HotSkrip Pukau Pelanggan – Strategi sebenar tingkatkan jualan anda di Facebook

Cabaran kedua ini akan berlangsung selama 1 bulan. Jadi semua peserta berpeluang untuk memenangi cabaran kedua ini.

iphone-6-dan-iphone-6-plus

Gambar kredit to : denaihati

Persoalan aku sekarang ini, bagaimana pihak denaihati menapis komen yang di buat oleh orang berlainan tapi menggunakan nama, emel dan url blog yang sama. Bermakna peserta dibantu oleh orang lain untuk membuat komen untuk dirinya.

Apa yang aku harapkan semua peserta mengikut cabaran ini dengan jujur. Dan aku percaya team denahati dapat mengatasi masalah sebegini memandangkan mereka ada kepakaran dalam bidang ini.

Akhir sekali, semoga kita dapat bersaing dengan sihat dan jujur sesama kita. Kalah dan menang itu adat dalam persaingan. Cuma kejujuran itu amat di tuntut supaya hubungan kita sesama blogger mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Jika anda perserta cabaran iPhone 5s anjuran denaihati, tinggalkan komen di bawah. Aku harap 1 dari iphone 5s akan terbang menyeberang laut china selatan.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

35 Comments

Add a Comment
  1. Rasanya tak perlu risau mengenai komen dari orang berlainan tuh sebab peserta yg menang hanya dapat 1 jer..tak mungkin dia nak berkongsi iPhone 5S tuh dgn yg lain..hehe

    Good Luck!Semoga berjaya dalam Cabaran iPhone 5S tuh.. πŸ˜‰
    ENTRI UpProfits β˜› Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple WatchMy Profile

    1. Mungkin dia upah dgn syarat di dpt pusingan seterusnya…mana tahukan nak menang apa2 pun org boleh buat..

  2. Semoga menang dlm cabaran iphone 5

  3. Salam.. tahniah dah mara ke peringkat kedua. Saya ada cuba mungkin perlu usaha lebih lagi πŸ™‚
    ENTRI Fyda Noh β˜› Fahami Bahasa Bayi, Tempoh Pantang Lebih BermaknaMy Profile

  4. Good luck awak.
    Sebenarnya saya tak faham ttg top 70 komen tu.
    Kena komen entry tugasan ke 2 sebyk 70 kali ke? πŸ˜‰
    ENTRI Mrsyatie β˜› Apa itu GREATβ„’ 2014My Profile

    1. Maksudnya 70 peserta yg paling banyak menulis komen di blog denaihati sepanjang cabaran berlansung akn layak ke cabaran seterusnya.

  5. tahniah bro πŸ™‚ hihi
    samala kita terpilih untuk next task .. all the best
    ENTRI faizuddin fuad β˜› Terpilih Ke Pusingan Ke-2 Cabaran iPhone 5SMy Profile

    1. Tq..bro faizuddin…semoga bro pun terpilih utk task seterusnya…

  6. Cabaran sudah bermula maka tindakan perlu dilakukan dengan segera.
    ENTRI Bahrain β˜› Review Movie The Maze RunnerMy Profile

    1. Tindakan tgh malam ni start bro…
      ENTRI Arman β˜› Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5sMy Profile

  7. Semoga berjaya πŸ˜‰
    ENTRI Sally Yatiey β˜› Sweet September Giveaway by MellyaMy Profile

  8. Selamat bersaing sama dari ika ye. πŸ™‚
    ENTRI Atikah Norbaki β˜› CERITA KASUT AKU – #CABARAN30HARIMy Profile

    1. Ok..semoga berjaya jadi top 70..

  9. payah juga tu nak buat 70 komen dalam sebulan
    nak kena banyak membaca juga
    ENTRI TehR β˜› Belajar Mengembek Dalam Kandang KambingMy Profile

    1. Bkn 70 komen bro, 70 peserta akan terpilih utk pusingan akhir.
      ENTRI Arman β˜› Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51My Profile

  10. payah juga tu nak buat 70 komen
    nak kena banyak membaca
    ENTRI TehR β˜› Belajar Mengembek Dalam Kandang KambingMy Profile

  11. Tahniah bro sebab berjaya ke pusingan seterusnya. Good Luck.
    ENTRI Zali β˜› Dip n DipMy Profile

    1. Terima kaih bro Zali..
      ENTRI Arman β˜› Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5sMy Profile

  12. saya berharap bukan 1 tetapi 2 akan terbang ke Borneo nanti..semoga berjaya tuan wiramerah aka arman.
    ENTRI Hero Borneo β˜› Cabaran Kedua Kontest iPhone 5s BermulaMy Profile

    1. Harap begitulah Hero Borneo…
      ENTRI Arman β˜› Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5sMy Profile

  13. jap, wawa tak faham lagi maksud dia. keliru sana sini. Cabaran ini kita kena komen dekat setiap entri dekat blog denai hati ke atau macam mana?
    ENTRI wawaabdulhadi β˜› CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAKMy Profile

    1. Komen je kat mana entri yg ada kat blog denaihati…dengar citer nak tambah lagi 2 iphone 5s..harap jadi..harap wawa berjaya pusingan seterusnya. Kalau wawa AF2014 dah keluar mlm tadi he..he..he…

      1. alamak, af2014 ada peserta nama wawa jugak ker? Adoii terlepas lagi haha. Nasib baik arman bagitahu. Boleh tengok siaran ulangan. Kikiki.

        Mintak-mintak jadi la nak tambah 2 lagi iphone tu, satu untuk wawa, satu untuk arman, yang lebih untuk peserta lain. hihi. In Sha Allah kalau ada rezeki kita ye nk menang. πŸ™‚
        ENTRI wawaabdulhadi β˜› CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAKMy Profile

        1. Amin..harap2 dimakmulkan doa tu.
          ENTRI Arman β˜› Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51My Profile

  14. masih berdebar walau dah tahu dapar tersenarai. satu saingan hebat.komen baik lebih dari 10 patah kata katanya.
    ENTRI suri β˜› CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair BodylineMy Profile

    1. Tapi suri jaguh komen kat blogger. Ada peluang cerah sbab dah biasa meninggalkan komen.
      ENTRI Arman β˜› Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51My Profile

  15. Tahniah bro arnam.. terima kasih jugak singgah blog saya. Sama-sama kita kerusaha keras ya. Insyaallah semua peserta akan jujur. Btw, good luck! πŸ™‚

  16. sakit la nak mengomen.

    aku pun dah serabut tengok dan baca komen kat blog denaihat hari ini..
    ENTRI titan β˜› Teknik Sannin VS Blueprint TSMy Profile

    1. Aku dah pening juga sebenarnya, tapi sebab dah cabaran aku redah je….

  17. Tahniah bro..saya selaku admin pondok kecil, rasa macam tak larat aje nak harungi cabaran kedua ni..besar komitmennya..
    ENTRI Hafizul β˜› Gembira Hutang PTPTN SelesaiMy Profile

  18. Wah.. Tugasan yg cukup menarik dan perlukan komitmen penuh utk komen. Slmt maju jaya..

    1. Betul nampak senang, tapi sangat sukar sebenarnya. Peserta hebat2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme